Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Kisah Hati Terluka - Sampul Merah
- 9
- acsonrobin
- 14 years ago
- 6,256
- FREE
Alfred Johnson seorang pelupa yang sangat teruk. Setiap perkara yang dilakukan, ada saja perkara yang dia terlupa. Bukan sekali, tapi lebih daripada itu. Tapi dia mudah belajar dari kesilapan. Setelah dia sedar bahawa perkara sebegitu sering berlaku, dia mengambil inisiatif untuk menulis nota untuk setiap perkara yang difikirkan oleh dirinya. Nota-nota yang ditulis itu diharapkan dapat mengembalikan ingatannya terhadap perkara yang hampir-hampir dilupakan.
Pada suatu hari, musim bunga Alfred telah tiba. Dia telah jatuh hati kepada seorang gadis. Gadis tersebut bernama Fransisca. Dia menyukai Fransisca dan Fransisca juga menyukai dirinya. Namun setelah sekian lama, Alfred merasakan sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan mereka. Dia tertanya-tanya adakah Fransisca betul-betul mempunyai perasaan cinta yang sama seperti dirinya menyintai Fransisca? Namun, dia tidak cepat melatah. Dia membiarkan saja fikiran itu diam di mindanya. Dia memerhatikan gaya bahasa, lenggok badan, cara interaksi Fransisca ketika berhadapan dirinya dan keadaan sekeliling. Ya, dia yakin dengan apa yang difikirkannya selama ini.
Pada saat itu, Alfred menulis satu nota yang dirasakan amat penting bagi dirinya dan nota itu ternyata istimewa kerana ia dimasukkan ke dalam sekeping sampul merah. Sampul merah tersebut kemudiannya diletakkan ke dalam sebuah peti berkunci yang kodnya hanya diketahui oleh dirinya sendiri. Dia harap nota yang ditulisnya membawa makna kepada dirinya pada masa hadapan. Dia merenung peti berkunci itu dan memeluknya seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Tiba-tiba entah kenapa, dunianya dirasakan gelap...
"Sari Berita Penting - Suatu gegaran gempa bumi kuat yang berukuran 6 skala Richter telah melanda kawasan Deer Hill dan pasukan penyelamat sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan bangunan. Setakat ini, seramai 16 orang telah berjaya diselamatkan dan kami masih menantikan perkembangan seterusnya..."
20 tahun telah berlalu...
Alfred membuka matanya perlahan-lahan. Dirasakan dirinya lemah pada masa itu. Tatkala matanya telah terbuka sepenuhnya, dia mendapati dirinya terbaring di atas katil di sebuah hospital. Tidak dapat dipastikan sudah berapa lama dia terlantar di situ.
"Eh? Pakcik sudah bangun? Doktor! Doktor! Pakcik Alfred saya dah bangun! Oh Tuhan! Syukurlah!"
Alfred terpinga-pinga. Dia betul-betul tidak tahu apa yang sedang berlaku.
"Encik ni...siapa? Apa yang sebenarnya telah berlaku kepada diri saya?" Alfred bertanya pemuda itu.
Setelah doktor selesai menjalankan pemeriksaan ke atas Alfred, pemuda tersebut mula bercerita.
"Pakcik Alfred, apa yang saya bakal ceritakan mungkin akan membuatkan pakcik terkejut. Pertama sekali, nama saya ialah Bruce Wayne. Saya adalah anak kepada adik pakcik. Pakcik telah terlantar koma di hospital ini selama 20 tahun."
Alfred benar-benar terkejut. Dia bertanya lagi.
"Habis tu, sekarang ini tahun apa?"
"Tahun 2032, pakcik," jawab Bruce.
Alfred terkesima buat seketika. Dia mengamati dirinya yang sudah berumur 45 tahun pada masa kini. Jauh 20 tahun ke hadapan dia melangkau hidup ini. Memori yang terkandung dalam kepalanya seolah-olah baru berlaku semalam. Lantas dia teringat sesuatu!
"Peti berkunci! Peti berkunci saya!"
"Peti berkunci? Oh ya! Mak ada cakap yang pakcik memegang erat peti tu ketika ditemui dalam runtuhan bangunan 20 tahun lepas. Mak masih simpankan peti itu untuk pakcik. Nanti saya ambilkan."
"Bruce."
"Hmm? Ya pakcik?"
"Pakcik nak cari seseorang. Fransisca. Fransisca Northman."
Setelah pulih dan dirinya bersedia menjalani kehidupan yang baru ini, Alfred mencari-cari kekasih hatinya pada waktu dahulu, yakni Fransisca. Setelah sekian lama mencari atas bantuan Bruce, akhirnya dia menjumpai tempat Fransisca tinggal. Pada saat dia ingin menghampiri rumah itu dari jauh, tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang lelaki yang sama baya dengan dirinya bersama seorang budak lelaki dan akhirnya dia nampak Fransisca berada di situ. Fransisca mencium pipi lelaki tersebut dan Alfred terdengar yang budak lelaki itu memanggil Fransisca sebagai 'mak'. Mereka bertiga cukup mesra dan bersama-sama ketawa seperti sebuah keluarga. Memang mereka adalah satu keluarga. Alfred akhirnya pasti dengan hakikat yang berada di depan matanya kini.
Tatkala dia duduk berseorangan di bangku taman, Alfred membuka peti berkunci miliknya. Di dalam peti berkunci tersebut terkandung sekeping sampul merah. Di dalam sampul merah itu terkandung sehelai nota yang ditulis oleh dirinya pada 20 tahun lalu. Ianya tertulis:
Pada saat nota ini ditulis, aku sudah sedar akan satu hakikat.
Aku tidak beromong-kosong.
Entah kenapa aku berasa sangat yakin dengan pemikiran aku.
Aku yakin dengan intuisi aku, ramalan aku.
Dan aku rasa ianya akan jadi kenyataan.
Ianya seperti tidak dapat dielakkan.
Seolah-olah aku telah tahu takdir aku sejak dari awal.
Orang lain tidak tahu.
Hanya aku saja yang tahu.
AKU TAHU FRANSISCA TIDAK AKAN MENJADI MILIKKU...
Alfred merenung notanya.
"Ya, aku tahu sejak dari dulu lagi. Aku berbangga dengan apa yang aku pernah fikirkan kerana ianya telah terbukti sekarang. Dan yang paling penting, aku gembira dia bahagia. Sama seperti yang aku pernah harapkan. Dia bahagia."
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) kamu ada style. huhu.
- Rizzy
- 14 years ago
-
2) susunan cerita yang kemas.
- status3008
- 14 years ago
-
3) salam acsonrobin!
wahh. satu sub-cerita kepada watak dalam batman. stail yang menarik
agak mendatar penceritaannya. tapi kemas!- cahatomic
- 14 years ago
-
4) oh seronok dibaca
- kamalia
- 14 years ago
-
5) hope sy xjd cm alfred.. aminn
- caramel
- 14 years ago
-
6) kasihan pada alfred. sangat kasihan... tidak mengapa, yang patah kan tumbuh lagi, yang hilang kan berganti...
- ridhrohzai
- 14 years ago
-
7) Terima kasih atas pandangan anda semua. Saya gembira kebanyakan pembaca agak terkesan dengan cerita ini. Mungkin saya boleh anggap ini salah satu karya terbaik saya. Apa-apa pun, saya akan cuba untuk menjadi lebih baik daripada sekarang. =)
- acsonrobin
- 14 years ago
-
8) ni ada selit citer batman ni sikit ni...huhuhu..koma 20 tahun???
- ciksal
- 12 years ago
-
9) Masa saya nak bagi nama watak utama tu sebagai "Alfred", terbayang watak Alfred dalam filem "Batman & Robin". Itu sebab saya selit nama Bruce Wayne dalam cerita ni, padahal Bruce Wayne yang sebenar bukan anak saudara Alfred. Pasal isu koma 20 tahun, zaman dahulu kononnya ada perkara macam tu tapi sejak ada "mercy killing" di hospital zaman sekarang, jadi ianya nampak melampau kan...
- acsonrobin
- 12 years ago