Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Infiniti diri (2)
Hiruk pikuk pagi tidak aku endahkan
Masyarakat bergerak laju menuju destinasi transit.
Dalam kepala masing-masing mengagak proforma hidup sebelum tampil menghadapi ujian kerjaya.
Dengan teropong kehidupan ditangan, aku pilih satu meja di kafe Starbucks.
Tempat ini adalah 'asylum' buat aku,
Kawasan suci,
Tempat bermeditasi dengan puisi-puisi Gibran,
'Serambi Mekah buat Si Anarkis.
Kopi ais secawan, kaki silang, mata liar melihat pakaian-pakaian ketat terjojol organ luaran.
Sebotol vodka aku sembunyikan didalam beg galas.Jikalau hilang idea, boleh aku campur dengan air perisa anggur disini.
Aku teropong satu sistem illusi yang terpapar dibalik kain dalam mahupun helaian seluar yang dipakai mereka.
Illusi kehodohan manusia bertopeng kejayaan memijak kepala-kepala kuli dari bawah mula terpapar.
Aku panjangkan fungsi teropong ini dengan mengaktifkan butang memori.
Kini teropong menjadi semacam 'rekoder' yang memainkan memori lama.Aku ungkitkan dengan apa yang telah berlaku dua hari lepas.
Pembuka;
Arthur Rimbaud: Je parvins à faire s'évanouir dans mon esprit toute l'espérance humaine.
Bingit! Panas dan berpeluh.
Lori mundar-mandir.Burung gagak bertempiran.Satu bayang awan pun tiada.Matahari cerah membakar tubuh.Pergerakan kenderaan berat kesana kemari bak korupsi yang membancuh nilai kehormatan seorang insan.
Bau sudah semacam minyak lenga. Ketiak kepam-kepam.Kepala panas berminyak hampir jatuh semua kelemumur.
Aku tanggal topi keselamatan dan menuju suatu sudut berhampiran tandas pekerja untuk mencari penyelia bertugas.
Lama aku perhatikan, memang pelik cara dia menulis.Huruf semua sama.Maksud aku lenggok dia macam orang yang tak pernah menulis.Terlalu berhati-hati hatta untuk meletak tanda koma sekalipun dia akan bikin secara teliti.
Macam orang tulis khat.
Aku buka mulut dan bertanya.Sekadar mahu sedikit perbualan bersama orang bawahan.
"Cantik tulisan"
"Aiseh..ini semua sama..saya mana tahu tulis apa.Belajar sekolah pun tarak"
"You memang tak tahu menulis?"
"Iya la..saya tiru sahaja"
"Habis selama in you tulis nama semua pekerja dalam itu borang?"
"Dia orang tulis..lain semua saya isi..semua sama saja.Ikut lepas-lepas punya.Tarak susah"
Aku diam, korek lagi cerita beliau.
"Err..berapa kompeni bayar sama you?"
"Sekali sama O.T ka? Adalah dalam Ampat ribu satu bulan" katanya dalam nada merendah diri.Dalam slang tamil pekat.
Aku akui,
Kita kena rendah diri selalu.Jangan ingat semua yang buta huruf itu tak tahu mencari rezeki.
Celaka! gaji dia lagi mantap dari aku!
Teropong habis main.
Aku duduk disuatu sudut hujung meja Starbucks bersama teropong illusi ini
Si Anarkis yang sibuk mengira tuntutan perbelanjaan telefon dari syarikat.
Propaganda sahaja lebih.Semua orang perlukan wang (dan perempuan)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen AutobiografiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) haha. another piece. welcome back.
- MissClarks
- 14 years ago
-
2) at last, ada juga yg hantar cerpen baru!
- kamalia
- 14 years ago
-
3) tulisan yg santai. dan bererti.
- Rizzy
- 14 years ago
-
4) hohoho... 'keras' sekali nada tulisan ini.
- ridhrohzai
- 14 years ago
-
5) wow aku suka ni 26life..deria aku jd segar rs..
- paktam85
- 14 years ago