Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bamu & Taro

  • 7
  • Rizzy
  • 14 years ago
  • 3,415
  • FREE

 



Bamu duduk menangis di hujung pintu. Emak beliau menepuk-nepuk bahunya dari belakang sambil bernyanyi :


‘Janganlah kau bersedih,

Diri dan hatimu yang pedih ini~

‘Kan ku ubati agar kau tidak kecewa lagi~’


Bamu berpaling merenung mata emaknya sambil menyambung bernyanyi :


‘Ku tak ingin lagi bersendiriaaaannnn~

No, no, no. no…dadada daaa…~’


Bamu lantas membenamkan muka ke dalam pelukan emaknya sambil mengesat hingus yang hampir menitis ke lantai. Dia mula menceritakan kisah yang berlaku semalam.


*****


Wehhh Bamu..!  kalau ko berani ko mari..!  sebelum aku fire ko lebih ko mengelak..!!’ ujar Taro yang bertanduk dua sambil menggamit-gamit dengan kedua belah tangannya.

Apa ko fikir aku takutt?! ..dulu masa kecik-kecik mak aku penah aja aku buat pasu dengan tanah liat tau..cara dia macamni..’ Bamu duduk mencangkung lantas mengorek tanah.Mukanya tekun.

Wooooiii!!!! Ko nk gaduh ke nak main tanah liat??’ Taro terus melompat membuka kaki.

BRgggggHHHHH..!!!!

Tulang skapula Bamu seolah terkehel terkena tendangan Taro. Dia jatuh berguling-guling-guling-guling melanggar pelbagai jenis bangunan seperti Maybank Tower, KLCC, bangunan MARA dan beberapa mapley berdekatan.


Adusss..


Belum sempat Bamu mengurut bahunya yang sakit, Taro datang mencekiknya dari belakang dan menghentak-hentakkan kepalanya ke tanah. Berkali-kali.


Hah..! makan la tanah !! makan makan..!! tadi ko nak main tanah sangat kan..?! kan??!


Bamu cuba meminta bantuan supaya Taro memberhentikan penyeksaaan itu terhadapnya. Dia cuba bersuara, tapi tersekat-sekat.


Aku….hmmmpphh........tak nak mainhhmmmphh…dah la..weiihmmmpphh..kite..main lainhmmmphh laaa..hmmphh…


Taro mengangkat kepala Bamu ke atas dah melepaskkannya. Dia lalu melompat ke belakang bersedia untuk memfire.

Bamu bangun berdiri dengan betul. Dia membersihkan badannya yang kotor dengan tangan.


Wehhh..! Jap, jap..! jangan fire dulu..aku tak ready lagi weii..


Aku peduli ape ko ready ke mekdi ke..?? mana ada pengadil kat sini..ko ingat kite tengah main badminton ke haa??!!


TARO..!!! ko dengar sini eh..! ‘ seperti mendapat secawan kopi Super Power Bamu tiba-tiba menjerit. Dia bercekak pinggang.


Hah!! Apa dia?? kau ada apa-apa pesanan terakhir ke sebelum aku nak fire ko ni??’ Taro bertanya.


Aku..,aku…


Aku! Aku!......................HABIS MASA..!'


ZzkkkhhhhhrhrrrrrrrrrrrrrrrrXxxxxxxxhhhhhhhhhhhhhhhh…!!!!!!


*****


Aku sayang dia maaaaaaakkk~

Aku cinta dia maaaaaaaaaaaakkkk~

Tapi mengapa dia tak mahu membalas rasa hatikuuuuuuuuuuuuu…??


Bamu meneruskan tangisan di dalam pelukan emaknya.

 


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hampeh.....xtau camne nak bunyikan sound effect tu....hahah
  • 2) eh?
    haha.
  • 3) oit, kurang faham. ni percintaan di antara bamu & taro ke?

  • (Penulis)
    4) kama : haa ..bamu tak sempat nk bgtau taro isihatinya. huhu
  • 5) sampai hati taro! menci!
  • 6) selambe taro! kan dah kono. hehe.
  • 7) Waktu Bamu terguling-guling-guling-guling tu aku tga minum teh tarik kat mapley tu..patut ar tetiba putus elektrik..cess

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy