Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Aku dan Dia
“ Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam ,” salam dijawab. Aku memanjangkan leher menjenguk ke luar. Eh, Mak Deq?. Kenapa tiba–tiba saja datang?. Soalan–soalan itu hanya bermain di minda.
Tatkala ibu saudaraku dan suaminya melangkah masuk ke dalam rumah , aku sekali lagi terpana. Amin pun ada sama?. Aku mendekatinya. Cuba untuk bertegur sapa.
“ Datang dengan Mak Deq ke?”aku memulakan bicara , sambil ekor mataku menangkapbayang seseorang di sisinya. Seorang gadis yang nampak sebaya dengan kami. Keadaan fizikalnya,aku sendiri tidak perasan. Agak sukar untuk aku mengecam raut wajahnya dalam kesamaran senja.
Kini hanya tinggal kami bertiga di halaman rumah. Soalanku masih belum berjawab. Amin hanya membisu seribu bahasa,lalu duduk di sebuah kerusi berhampiran pagar. Dan si gadis begitu asyik merenungku, dari atas ke bawah. Kemudian anak matanya naik semula ke atas. Aku rimas diperlakukan sedemikian. Kebingungan membelenggu fikiran.
“ Jadi ,awaklah Amira ?”tanpa disangka ,tiba- tiba gadis itu bersuara, memecah kesunyian yang sekian lama menyelubungi suasana.
“ Kenapa ?” pertanyaannya kujawab dengan soalan. Hatiku digaru kehairanan. Bagaimana dia boleh tahu namaku sedangkan kami masih belum berkenalan?
“ Tak ada apa. Cuma, Amin selalu cerita pasal awak”.
Aku menoleh ke arah Amin. Mencari kepastian di sebalik keredupan sirna matanya. Sayangnya dia masih membatu.
“Really? Dia cakap apa ? Mesti mengata ni,” pandangan dihalakan semula ke arah si gadis. Perasaan inkuiri menguasai diri.
“ Macam – macam . Tentang zaman kanak – kanak dan persekolahan kamu berdua ,” jelasnya selamba. Jawapan itu membuatkan aku mengulum senyum.
“Alaa….aku jadi polislah kali ni. Sebab basikal aku kan warna biru.”
“Eh, mana boleh. Takkanlah sebab basikal kau biru ,kau jadi polis. Habis basikal aku warna merah,takkan asyik jadi pencuri aje”
“Jadilah bomba!”
“Mana ada kebakaran. Lagipun main Police-Sentry mana ada bomba-“
“Boleh apa …bomba bekerjasama ngan polis tangkap pencuri,”potongku sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.
“Abis tu,sapa nak jadi pencuri?”
“Fendi”,aku mencadangkan seorang lagi teman sepermainan kami,Fendi Firdaus yang tinggal di rumah paling hujung sekali,sebaris dengan rumahku. Selalu juga dia bermain dengan kami. Kadang – kadang kami bertiga bermain bola sepak. Dan selalunya akulah yang menang. Biasalah budak lelaki nampak sahaja kuat tetapi yang sebenarnya ‘lembik’ dan tidak boleh diharap. Walau apa pun ,kami tetap serasi biarpun Fendi dua tahun lebih muda daripada kami.
“ Min pun ada cerita betapa seronoknya kamu berdua menghabiskan masa bersama,”suara sinis itu mengembalikan aku ke alam nyata. Ada kelainan pada nada pertuturannya. Aku tersenyum manis mengiakannya.
Ketika itu memeng seronok. Ada saja yang hendak dimainkan. Hidup bagaikan sang rama – rama yang terbang riang di taman indah. Tiada apa yang menyesakkan kepala. Tiada masalah yang mengusutkan fikiran. Dunia kami cuma dihiasi oleh warna – warna pelangi.
Pernah sekali itu, aku tidak membenarkan kakakku pergi ke sekolah kerana takut untuk tinggal seorang diri di rumah. Entah berapa umurku ketika itu. Mungkin masih belum bersekolah lagi. Tengah hari itu aku menangis semahunya, namun kakakku masih juga mahu pergi. Akhirnya kak Ain , kakak Amin mencadangkan supaya aku tinggal di rumahnya. Seharian aku dan Amin bermain bersama. Hanya ada kami berdua di rumahnya pada hari itu. Ibu bapanya bekerja manakala abang dan kakaknya yang lain ke sekolah. Habis berserak ruang tamu rumah itu kami buat. Maklumlahkan, main ‘masak- masak’. Kami bukan setakat suka –suka,tetapi kami buka restoran. Malangnya ‘restoran’ kami terpaksa ditutup tepat jam empat petang sebab ruang tersebut mesti dikembalikan seperti asal sebelum ayah Amin pulang dari kerja. Terus terang aku katakan, aku sebenarnya bukanlah takut sangat dengan ayah Amin - sebab dia tidak garang. Aku cuma tidak mahu dia pengsan nanti apabila melihat keadaan rumahnya. Apa pun, petang itu aku siap minum sekali bersama mereka.
Itulah aku dan Amin. Aktiviti harian kami tidak terbatas. Amin tidak kisah bermain dengan anak patung dan begitu juga aku yang sudah biasa bermain dengan ‘kereta kebal’. Tiada istilah ‘permainan budak lelaki’ atau ‘permainan budak perempuan’ dalam diari persahabatan kami. Semuanya menjadi ‘universal’. Ada masanya kami akan bermain ‘perang – perang’ atau ‘kapal terbang kertas’. Kadang kala kami bermain permainan‘galah panjang’ atau ‘getah’. Paling tidak pun kami akan terlompat – lompat bermain ‘teng – teng’. Semua itu merupakan kenangan silam yang abadi di ingatan. Kenikmatan zaman kanak – kanak amat dirasai, sampaikan agenda memberi ikan makan pun boleh menjadi hiburan. Perhubungan kami begitu unik disulami oleh gurau senda dan pertikaman lidah.
“ Daripada apa yang saya dengar, nampaknya awak agak rapat dengan Min. Betul ke?” tiba –tiba soalan kontroversi diajukan. Lain macam saja bunyinya.
“Agaknya. Saya tak dapat nak jawab soalan awak tu. Mungkin ya, mungkin juga tidak. But for your information, we were best friends.”
“Saya tak percaya!” tingkah si gadis dengan wajah yang sarat dengan amarah. Serasa seperti ada sebiji batu besar menghempap kepalaku. Reaksinya itu membuatkan aku benar – benar bengang. Apatah lagi mata – mata orang yang berada di dalam rumah turut tertumpu ke arahku. Malu betul!
“Bertenanglah,”aku cuba untuk menenangkannya. “Memang kami ni agak rapat,tapithere was nothing special between us. Lagipun, itu kan masa kami budak – budak lagi.”
“Mustahil seorang lelaki dan seorang perempuan boleh menjadi sahabat karib untukjangka waktu yang panjang tanpa sedikit pun perasaan sayang,” nampaknya si gadis masih belum mahu mengalah. Tersentap tangkai jantungku mendengarnya. Aku mengucap panjang.
“Memanglah sayang. Sayang seorang kawan terhadap kawannya. Kami kenal dah lama… lebih 16 tahun. Tempoh itu sudah cukup untuk membuatkan kami kenal hati budi masing – masing. Kami ni dah macam adik beradiklah,” aku menerangkan keadaan sebenar. Aku tidak berbohong biarpun dalam diam aku tidak dapat menafikan ‘perasaan itu’ pernah berbunga di hati ini suatu ketika dahulu. Namun itu semua hanya tinggal sejarah. Tambahan pula, ayah Amin pernah menawarkan dirinya untuk menjadi bapa angkatku. Walau bagaimana pun , cadangannya itu aku tolak dengan sopan.
“Oh, iya ke? Jangan nak berdolak – daliklah. Saya tahu awak ada hati pada Amin-“
“Ini dah melampau! Siapa awak nak masuk campur urusan saya? Nama awak pun saya tak tahu, datang rumah orang nak bising –bising. Itu kebenaran, terpulang kepada awak nak percaya atau tidak !” aku sudah mula bosan dengan sikap gadis itu. Bertambah panas hatiku melihat Amin yang tidak ubah seperti bangkai bernyawa. Sungguh menghairankan. Hanya aku dan gadis itu yang bersuara. Orang lain bagaikan tidak wujud!
“Dahlah, Min. aku rasa kau balik lagi bagus. Bawak sekali perempuan ni,” itulah ayat terakhirku. Entah apa yang terjadi selepas itu, aku tidak ingat langsung.
* * *
Bahang tengah hari sudah mula terasa. Jarum jam sudah melewati angka dua. Aku masih bermalasan di perbaringan. Mainan mimpi semalam masih terbayang di layar memori. Aku keliru dalam usaha mengungkap jawapan yang terlalu sukar untuk ditafsirkan. Siapa sebenarnya gadis itu? Dan kenapa Amin tidak bersuara langsung sedangkan gadis itu menuduh kami yang bukan – bukan? Aku mohon ke hadrat Ilahi agar bayangan fantasi semalam tidak akan menjadi realiti.
p/s: tulisan masa form 4 atau 5 kot...x ingat da...ntah apa2..ilham dari mimpi:P
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) Hmm o cte ni..ingat2..
- cancer
- 14 years ago
-
2) diam2 sudah...huhu
- Kekasih
- 14 years ago
-
3) ok la mase tu boleh tulis cmni..
- Rizzy
- 14 years ago
-
4) ntah apa2....huhu
- Kekasih
- 14 years ago
-
5) masa sekolah lagi dah tulis cerita cinta? wah, wah...
isinya ada cuma jika perkemaskan lagi, ia boleh jadi lebih baik- ridhrohzai
- 14 years ago
-
6) betul2 mimpi..terus tulis tu yg terabur kot....ikut betul2 dlm mimpi..huhuhu
- Kekasih
- 14 years ago
-
7) ep! pompan kecik2 memang la lagi kuat dan ganas dari laki
hehe.
drama tau ck ni mimpi- cahatomic
- 14 years ago
-
9) gud story! serius saya suka. Terutamanya masa Bomba takde dalam polis sentri tu, kreatif dan bijak. cayalah CK!
- Kurusawa
- 14 years ago
-
10) hahha....zaman budak2....lagipun ayah amin tu ahli bomba...tu termasuk sekali tu
- Kekasih
- 14 years ago
-
11) woshh...jd askar xde ke?
aku suka "hatiku digaru kehairan" , "perasaan inkuiri menguasai diri"...klu dulu aku dpt tulis kini kan..mesti leh femes kat skolah mcm ko..- paktam85
- 14 years ago
-
12) bila plak ko komen ni pak tam..x perasan.....tp mslh nye aku tulis pun x femes2 gak..
- Cahaya Kekasih
- 13 years ago