Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Gadis Kebaya Biru
Mok..!
Paktam bertempik sambil melambai.Dia berlari mendapatkan seorang gadis gempal berkaca mata. Gadis itu berpaling dan berhenti dari jalankaki ke arah baratdaya.
‘Hey..! Nama aku bukan tu la bongok..! Ni tak nampak ke ha..??!’ Gadis itu sedikit berang sambil menunjukkan ‘nametag’ yg terpin di bahu kirinya.
RIJI
‘Sape suruh ko pin..huh..huh.. dekat bahu..mana la aku nampak..’ Ujar Paktam sambil tercungap-cungap menyedut oksigen laju-laju. Dia menunjuk-nunjuk sesuatu dengan jari telunjuk sambil matanya terbeliak-beliak.
‘Ape dia? Ko jangan Paktam..,Aku tau la aku punya barang mantap. Tunjuk-tunjuk pulak..’
‘Bukan laa..huh..huh.., Aku nak tengok buku yang ko pegang ni kejap..warna biru tu..’
‘Kenapa dengan buku aku?’ Riji memberikannya pada Paktam.
‘Ko tau tak Riji..tadi masa dalam pejabat, si Ain bagi aku number dia. Henset aku bateri kong, so aku salin kat buku ko ..hehe’
‘Cik..cik..cikgu baru tu ke??’
Paktam mengangguk-anggukan kepala sambil menyelak-nyelak helaian buku Riji.
‘Ohh..’
*********
Tet tet, tet tet.
Paktam mencapai hensetnya yang berjenama Suci Erotik.
‘Mana ada cute..pandai-pandai je la yu ni Paktam.. :p’
‘Kalau I tak cakap yu cute pun, fakta tetap fakta ok..’
Paktam menekan butang ‘send’.
Tet tet, tet tet.
‘Hamboi ayat dia..hehe. neway, tengs :) ... yu pun cute :D’
Paktam senyum sampai sideburn.Dia memeluk bantal dan bergulling-guling di tilamnya beberapa pusingan. Macam stemroll.
Pertama kali ku jumpa dia
Berdegup-degup jantung ku saja
Mata bertentang mata
Jiwaku terpesona
Ketepikan malu kutanya namamu
Kau sekadar tersipu
Dan pergi berlalu…
BAmmmm..!
Aduhhh..! Paktam jatuh katil.
‘Isshhh..mana Paktam tak balas-balas mesej aku ni..??’ Riji merenung skrin hensetnya dengan muka yang masam mencuka.
************
Esok hari, Paktam datang awal ke sekolah.
Paakhh..! cinggg!!
Cikgu besar menikam pisau Rambo di meja Paktam.Terpacak. Paktam terkejut
‘Mamak ko cilako tokojut den cis cis gaga tubikk..!’
Sambil jantung berdegup-gup-gup, Paktam melihat mata guru besar dengan takut-takut.
‘Err…puan..apa salah saya puan?’
‘Apa salah ko tanya aku???’
Zergghhh..!! bbboommm..!!!
Ibarat ada guruh halilintar menyambar, cikgu besar mencabut pisau yang melekat di meja tadi. Dia menghunus pisau itu ke leher Paktam dan mengangkat sebelah kaki memijak meja. Kainnya terselak sampai paha. Paktam takut gila-gila mengangkat kedua tangan seperti ditahan polis. Kerusinya terkebelakang sebanyak 15 sentimeter.
‘Mana laporan minggu lepas hah..???!!! Aku mintak dari hari Isnin..!! Cepat hantar sekarang..!!’
‘Ohhh…tu ke..’ Terketar-ketar tangan Paktam mencapai sebuah buku tebal panjang di sudut kanan mejanya. Diserahkan pada cikgu besar . Cikgu besar merentap buku itu dan menurunkan kakinya dari meja. Ditarik pisau dan diselit dalam baju belah atas. Dia pun beredar.
‘Fuuuhhh..! Gila la puan Maimon ni..’
Dari sudut timurlaut bilik pejabat, Riji hanya melihat scene Paktam itu. Di dalam hatinya berbisik;
‘Hai la Paktam..takkan la ko dah syok dekat si Ain sampai laporan pun lambat siap..? cantik sangat ke Ain tu? Aku tengok biasa je..aku cun sikit kot. Hmmm..tak faham la aku dengan orang laki ni..pelik-pelik..’
*************
Riji berjalan menuju ke kantin. Waktu rehat. Suasana riuh rendah bila dia melangkah di tempat yang ramai murid-murid sedang bergumbira bermakan-makan dan bermain-main. Dibelek jam tangan.
10. 45
BERGHH…!!!
Seseorang melanggarnya dari arah kanan. Lelaki itu jatuh menindih badannya yang gempal. Riji terbaring. Mata bertemu mata. Seinci. Kaku.
‘Paktamm..!’
Pertama kali ku lihat dia ..
Berdebar rasa di dalam dada..
Mengapakah si dia..merenungku berbeza..
Tak rela aku memandang..
Sungguh malu kubertentang..
Mungkinkah ada cinta..
Terlintas dijiwanya..?
‘Err…sori Riji. Aku tak sengaja. Ko ok ke?’ Cikgu lelaki itu lantas bangun sambil membantunya berdiri.
‘Aku ok ..’ Riji tersenyum.Mukanya merah padam.
‘Yu..! ‘
Riji tersentak dengan suara lembut seorang gadis yang datang dari arah kiri. Dipandang ke situ.
‘Ain…’
Paktam terus menoleh dan menuju ke arah gadis berkebaya biru yang memanggilnya.
Kreeeekkkkhhhhhh..!
Hati Riji seolah dikoyak tangan ghaib.
‘Sampai hati kau Paktam. Sampai hati..’
Aksi Paktam dan Ain dilihat seolah dalam gerak perlahan. Mereka bergelak ketawa, bertepuk tampar, cubit mencubit.
***************
Tet tet, tet tet.
‘Riji..ko watpe..?’
‘Aku tengah tanda buku budak..kenapa Paktam?’
Tet tet, tet tet.
‘Ain tak balas mesej aku.. :('
‘Ohh..so?’
Tet tet, tet tet.
‘Takde pape la.’
Dalam hati Paktam;
Disini aku terus menunggu
Sampai nanti
kau sebut namamu
Di setiap waktu
Ku nanti kelibatmu
Gadis kebaya biru
Pencuri hatiku…
Dalam hati Riji;
Di sini aku juga menanti
Sampai waktu
Kau sebut namaku
Di setiap hari
Ku tunggu hadirmu
Putera misteriku
Engkau yang aku rindu..
(cerita ini hanya fiksi.Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. tau..tau..! )
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) ooo .. paktam ada skandla dgn enarif pulak
*clap clap*
tapi bukan paktam dah nak tunang ke.
ah, nanti next month MS nak lancarkan cerpen berlagu, entri riji dah masuk di luar tarikh pertandingan ni. cane- cahatomic
- 14 years ago
-
2) ohh cmtu ke caha?? alah, ko amik cerpen aku ni wat contoh utk bulan depan. hehe
- Rizzy
- 14 years ago
-
3) haha... kelakar...!!
- status3008
- 14 years ago
-
4) siapa yang komen atas ni?? huhu.
- Rizzy
- 14 years ago
-
5) siapakah?
- Kekasih
- 14 years ago
-
6) hehe..akhirnya nama aku dibingkai dalam cerpen akak riji..hoho..sungguh ganas guru besar tu..
- paktam85
- 14 years ago
-
7) guru besar tu dulu kat maktab lecturer dia rambo kot~
- Choco
- 14 years ago
-
8) hebat! dari lagu jadi cerpen
- jojo
- 14 years ago
-
10) sound effect bunyi hati dikoyak tak menahan tuuu~~~
- NJay
- 14 years ago
-
11) Huiiiyyooooo.... speechless... Adehhh!
- Sesiapa
- 14 years ago
-
12) Tema citer x bley blah..hahaha
Lagu ke Muzik? I Loike!- are_deep
- 14 years ago
-
13) sensored betol gaya penceritaan
- syud
- 14 years ago