Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Teori Pavlov Si Syaitan

 

Amaran: Imaginasi penulis kadang-kadang sungguh mengarut. Harap maaf.

" Er!" terperanjat syaitan merah yang sedang bertenggek di atas pondok telefon awam di Cheras mendengar namanya dijeritkan.

" Ye, Ab?" Er berpusing mengadap Ab yang sedang berdiri memegang gelas di tangan. Penuh. Tidak syak lagi, pasti daripada hasil air kencing berdiri salah seorang anak didik Ab.

" Wah! Senang hati nampak?" Ab bersuara sambil badannya disandarkan ke dinding.

  " Mestilah. Kau tengoklah manusia di pondok telefon ini," Er mendabik dada. Mereka berdua diam seketika, hanya api dari tubuh mereka yang bernyala di dalam gelap malam. Pandangan dihalakan kepada pemuda berusia dalam lingkungan 30-an yang sedang asyik-masyuk memadu cinta dengan seseorang di hujung talian. Bunyi berdecit-decit mengisi kesunyian malam, disusuli dengan ketawa miang.

Ab mengangkat kening seolah-olah ingin bertanyakan siapa.

" Cikgu sekolah, gila bercinta dengan anak murid sendiri sampai ke bilik tidur. Anak bini dihantar pulang ke kampung."

  Gema tepukan membuatkan Ab dan Er tersentak.

  " Syabas Er, syabas!" satu suara garau bergema dari atas pokok. Sarjan Hat!

  Menyedari akan tuan punya suara, Er terjun dari atas pondok telefon, tidak lagi berminat untuk membisikkan kata-kata lucah pada anak didikan di pondok telefon. Gelas di tangan Ab pula jatuh berderai. Jarang sekali Sarjan Hat datang melawat mana-mana syaitan, apatah lagi syaitan yang berpangkat rendah seperti Ab dan Er.

   " Jan!" Ab dan Er kelam-kabut memberi tabik kepada Sarjan Hat. Hanya dua bola mata Sarjan Hat yang dapat mereka lihat kerana itu sahaja yang malap. Bahagian lain pada badan Sarjan Hat diselaputi api yang marak menyala. Silau  mata Ab dan Er.

  " Bagus! Aku lihat kamu berdua begitu rajin sekali. Inilah yang kita mahu." Hanya kelihatan api yang marak bergerak ke arah Er dan Ab. Takut juga syaitan berdua itu melihatkan perkara tersebut.

                                                                        + + +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tetiba teringat pavlova (takda kena mengena) hehe

    nice ucu!

  • (Penulis)
    2) time kaseh syud sudi baca
  • 3) apakah nama penuh Ab dan Er dalam kad pengenalan? huhu..(tetiba aku nk tau ni knapa? ) bagus cerpen ini ucu
  • 4) *dush dush*
    tumbuk Er dengan Ab, dengan Sarjan Hat skali!

    suka!
  • 5) nah five! beshhht
  • 6) wah, pavlov dgn tak sengaja(atau mmg sengaja?) mengajar teorinya kpd Er!
  • 7) jauh tul imaginasi ini...
  • 8) pehhh dasat ucu! *clap clap*

  • (Penulis)
    9) rizzy: haha tokleh kasitau nnt ko gune nama derang utk buat pinjaman ahlong. terima kasih sudi baca
    huda: hamboih ganasnya
    clarky: ah cekgu kasi ai 5. ai terharu
    kamalia: itu, kita tak tahu
    status3008: haha itulah
    nia: time kasih sudi baca dan menyokong saya
  • 10) teori pavlov bole digunakan utk tujuan kebaikan mahupun kejahatan.

    oh aku sgt suke ni, tak sia2 ko PAKSA aku baca. aku bagi 10 bintang.

  • (Penulis)
    11) mosh: haha time kaseh kerana baca selepas dipaksa . tq tq
  • 12) saya baca ni ucu saya baca..hebat oke berimaginasi.haha

  • (Penulis)
    13) iqa: ye time kaseh. tp ade org lagi bijak siap die pilih nak jadi syaitan yg mcm mana, pakai teori apa utk goda manusia. nama dia mosh (bukan nama sebenar)
  • 14) Wow, wow ucu! Aku juga suka!

  • (Penulis)
    15) tim ekaseh sudi singgah fathul
  • 16) wow..mmg tabik ucu..sekali sekali meletop tu..

  • (Penulis)
    17) Paktam: time kaseh sudi baca
  • 18) bila bc ni kan ucu..teringat dulu kecik2 ada bc buku kartun yg ada syaitan ekor arrow yg dok ngekor2 je kejenye..igt la ada lg x buku kartun tu..tp bestla buku kartun tu..islamic gitu..

  • (Penulis)
    19) majalah ape eh? macam asuh ke ape nama die kan? pls ingat sgt, paktam
  • 20) Paling penting, ada konten. Bagus. Cerpen sinis bertemakan ritual menjelang perayaan. Dia punya pedih, sekali jalan dalam beberapa perenggan. Ini kalau kau campak sikit-sikit pun bagus jugak. Idea dan penciptaan karektor juga unik. Ada humor sedikit.

    Cuma,

    Tanda baca failed, kau patut pakai " untuk dialog. Hahaha, btw. Tahniah ucu
  • 21) eh, aku ingat kau nak letak nama aku jadi hero. seb baik pavlov hero dia.

    M. Safwan mengucapkan tahniah kepada anda kerana memperagakan cerita yang baik dan bagus. M. Safwan mengucapkan selamat berbuka puasa. Dapatkan gambar-gambar menarik di... (apekah?). Great joB ucu!

  • (Penulis)
    22) ben: ye baik baik. saya ingat ben!
    apun: kau ah tak ckp awal-awal
  • 23) hohoho... siapa makan cili, dia terasa pedas ni ucu.

    cuma, jika boleh, terangkan sedikit tentang siapa pavlov. ada ucu sentuh tentang kajiannya tetapi pembaca mungkin tidak tahu dia seorang ahli psikologi rusia.
  • 24) Ejaan yang betul bagi Otomatik atau automatik
    Jawapan yang betul ialah automatik.
    Ejaan 04.04.2010

    kiki. saje je ucu.
    wahh, aku membaca ni masa kat terminal bas kuantan ni ucu. sedang menunggu kunci kereta aku yg tak kunjung tiba. hehe.

    idea, ilmu, garapan, imejinasi... ah!
    ok satu karya terbaik bulan ni, in fact calon utk tahunan sudah muncul!

  • (Penulis)
    25) riri: ouh baik akan diperbaiki. btol juga tu. tah sapa-sapa la pakcik pavlov ni kan
    cahatomic: baik. noted on automatik. terima kasih
  • 26) ^^ best2.....

  • (Penulis)
    27) eDieca: time kasih sudi baca
  • 28) very nice!
    aku suka jalan cerita dan ending ko yg tk cliche!
    angle story sangat menarik!

  • (Penulis)
    29) faizafandi: terima kasih sudi baca
  • 30) two thumbs up!...refleksi utk kiter yg kadang2 terleka dgn godaan setan esp facebook n sopping hehe

  • (Penulis)
    31) faizsrbn: sama-samlah kita beringat
  • 32) Ucu...adakah kapasitor pun dikira dalam teori pavlov?
    =P

  • (Penulis)
    33) Jo3y: kalau sudah salah penggunaan kapasitor, boleh jadi kan?
    permainan syaitan ini hebat
  • 34) simple dan bermessage...cuma teringin nak tau nama2 setan tuh amik dari mana?
  • 35) tao da agak terlambat nak komen.. tapi sangat kagum dengan imaginasi terlampau ini. mesej yang jelas dan mencucuk! aduh.. ;P

  • (Penulis)
    36) unidha: adelah
    ancalisme: terima kasihlah sudi baca

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer