Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Infiniti diri (3) :Kekal dalam gelap
Aku berdiri, termangu diatas sebuah jambatan bersebelahan menara bebal.Tersekat tak tahu mana arah harus aku tuju.Punca persoalan menjadi kebebalan yang terus menjadi darah daging.
Keliling menara bebal: Hiruk pikuk para gembala, Kebisingan para sarjana, Kekecohan para analisis.
“Juak-juak menjilat punggung satu sama lain.Sang kekasih memateri janji cinta pada pokok plastik.” Jerit sang penyair yang mundar-mandir.
Jambatan ke menara bebal ini aku tinggalkan buat seketika.
”Ayuh kita ke masa silam” kata hatiku.
Pensyarah beri aku C+ untuk fizik semester berkenaan dan matematik buat aku gila dalam tempoh tiga tahun mendatang.Kalkulus adalah kemuncak klimaks dimana aku jatuh macam statistik pilihanraya yang tak naik-naik.Bengkok dan menjunam.
Pun begitu, zaman aku ada subjek UIS.Kependekan pada subjek Pengajian Agama Islam.Masih ada lagi?Aku suka sebab boleh melarikan diri dari kepincangan nombor berselirat.
Keinginan dan kemewahan perlu selari dengan dogma agama atau aku bawa semua sekali dalam satu bagasi.
Sarat dan selirat.Moral dan luhur.Syurga dan impian.Alkohol dan perempuan.Neraka?bukan aku.
Seks, muzik, arak dan agama bersama pelajaran kuliah manipulasi kehidupan aku masa itu.
Pornografi ketika itu ihsan dari seorang ‘squatters’ mundar mandir mencari tempat persembunyian.Jenis pelajar yang tiada bilik untuk tidur,makan dan melancap.
Dia menelaah dibalik birai perpustakaan.Seringkali apabila mengulangkaji disana, tangannya berada diantara celah kelangkang seorang gadis yang berada disisi.
Dia juga adalah pembekal cerita-cerita porno.DVD.
Lantaran itu, aku beri dia tempat untuk berteduh, mandi , dan belajar.Sebagai balasan, aku tonton DVD tanpa bayaran.
“Relaks laaa..aku layan porn pun masih lagi dalam list dekan, macam kau” kata dia.
Sama juga pemikiran dengan seorang lagi rakan yang memiliki tattoo dilengan dan sedikit persamaan dengan aku yang dahulunya suka keluar dari sekolah pada waktu rehat untuk menikmati nasi ayam disebuah restoren cina bersama kawan-kawan.
Sebulan sebelum kuliah terakhir…
“It’s a running marathon!”
Tidak obsess Cuma ingin tahu.Stok tak terhingga, aku layan sahaja.
Sampailah pada hari ketiga
“Hoi, Tuan Haji panggil.Dia mahu habiskan ujian hafazan” laung seorang teman.
Dalam subjek kegemaran aku ini ada ruang kebencian.Perlu hafal beberapa surah wajib.Kacang sahaja bagi yang biasa bersolat.
“Ya Allah! Kamu ini biar betul” geleng Tuan Haji beberapa kali.
Aku masih tersekat
“Bismi..err bismi..ape ek?”
“Dude, jangan layan terlalu banyak porno sebelum menduduki ujian hafazan” bisik seorang kawan sebelum aku keluar meninggalkan koridor bangunan pensyarah.Bawa diri.
Hell was an ocean away.