Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mencuci Kereta dengan Jameel

 

Jameel sedang mencuci kereta buruknya. Dia memerah ‘sepan’ yang sudah berlubang-lubang daripada sabun dan buih-buih yang segera mengalir dari celahan jari-jarinya.

 

“cepret! “

 

Sambil menggosok kulit cat di pintu kanan kereta buatan Prolima Semut miliknya itu, dia bersiul-siul di dalam hati. Lagu-lagu yang dilantunkan di ruang dadanya sangat pelbagai. Daripada yang evergreen sehingga yang terkini. Tiba di lagu nyanyian Sanisah Huri; “Ku jangan ditinggal-tinggalkan”, saduran lagu “Chalte-Chalte” dari filem ‘Bobby’, Jameel tersedak.

 

“uhuk-uhuk! Blueekkkrrk!!”

 

Jameel termuntah. Habis tertumpah segala mee segera perisa Kurang Asam Laksa dan daging burung Kasuari yang menjadi sarapan paginya tadi. Jameel berasa hairan. Mengapa aku termuntah? Apa sebab? Setelah menggeleng-gelengkan kepala di dalam hatinya, Jameel terus saja meneruskan aktiviti mencuci kereta.

 

Sampai di bahagian punggung kereta, Jameel menunduk dan memasukkan sepan ke dalam baldi sabun. Dibiarkan sabun meresap masuk ke dalam pori-pori sepan. Kali ini Jameel mula bersiul pula dengan bibirnya.

 

“suit! Siut! Piu! piU! Siu!!”

 

Serentak dengan itu, tangannya yang memegang sepan menghayun ke permukaan punggung keretanya yang berkarat dan berkerutu. Jameel hamper tergelak apabila mengenangkan keadaan kerutu punggung keretanya itu. Dia terkenang saat dia hendak membeli kereta tersebut. Waktu itu, lima tahun yang lalu, Jameel baru mendapat pekerjaan selepas setahun setengah menganggur. Jameel bergegas macam Periplaneta americana menuju ke kedai jual kereta yang dekat dengan rumah bapaknya di Gombak.

 

“encik…..”

 

“Jameel!..er..Jameel bin Syahar!”

 

“er..encik Jameel, kereta ni ..memang sesuai dengan encik..harganya pun mampu milik!”

 

Ketika itu, Jameel mengulum berbagai perasaan di benaknya. Gembira dengan pekerjaan yang bakal dijabat, dan kereta buruk yang bakal dibeli. Dia ketawa di dalam hati.

 

“encik?”

 

“ya!..tapi ..”

 

“tapi apa encik Jameel?”

 

“tapi, takkan tak boleh turun lagi harganya? Tengoklah bontot kereta ni..berkerutu!”

 

“hmmm..dah murah ni encik!”

 

“kalau macam tu takpelah! Saya gi kedai lain aje..”

 

“ok! Ok! Last price! Jual!!”

 

 

Siulan lagu di bibir Jameel walaupun sumbang mambang mabuk minum Brandi, masih lagi boleh dibaca sebagai sebuah lagu. Lagu apa tak penting, yang penting happy!. Bisik Jameel di dalam hatinya yang sering dibisik syaitan kala sunyi.

 

Jameel leka mencuci cermin belakang keretanya ketika dia terdengar bunyi ketukan dari dalam buntut keretanya itu.

 

“duk! Duk! Buk! Buk!”

 

Ketukan dari dalam? Jameel tersentak betul-betul di bahagian lobus kiri hatinya. Sepan di tangannya digenggam erat. Apa ni? Benda apa pulak masuk dalam kereta aku ni? Satu demi satu persoalan menerjah otaknya yang sering tewas tatkala menjawab soalan objektif. Jameel menyeluk saku seluar yang di sebelah kiri. Dimasukkannya kunci ke dalam lubang kunci. Bunyi ketukan dan hentakkan dari dalam semakin kuat.

 

“klak!”

 

“hmppkkhhh! Hmmppkhh!! Fhholonmmpp!!”

 

Bonet kereta terbuka. Kunci kereta Jameel terjatuh ke dalam baldi berisi sabun.

 

“ceplup!”

 

Seorang gadis sedang berbaring mengiring di atas rusuk kanannya di dalam ruang bonet. Mulut yang tertutup dengan kain tudung Bawal, bergerak-gerak mengeluarkan bunyi yang tak difahami. Tangannya terikat ke belakang oleh seutas tali rafia. Kakinya bebas. Matanya terkenyit-kenyit menahan sinaran matahari yang tiba-tiba menerobos. Kepalanya berpeluh-peluh. Kulitya putih dan mulus. Tubuhnya cantik dan kecil. Hidungnya mancung dan tirus.

 

Jameel tersentak lagi.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) apakah ini tuan???!!! huhu
  • 2) easy. tentulah jameel menghantarnya ke balai polis dengan penuh uratan benang.

    lihatlah dia menerima didikan siapa.

  • (Penulis)
    3) en syahar, tiada pun ayat yang mengatakan gadis itu tiada uratan benang di badannya. Kenapa perlu dihantar dengan penuh uratan benang?
  • 4) mane lagi laju? Periplaneta americana berkaki atau Periplaneta americana kudung?
  • 5) ooo anak syahar rupenyerr...
    ada satu typo yg dpt dikesan pada cerpen di atas. mungkin telah ditukar oleh encik Word tanpa sedar:

    Jameel 'hamper' tergelak apabila mengenangkan keadaan kerutu punggung keretanya
  • 6) maksud aku di situ, walau dengan segala atribut menawan si gadis berkenaan, jameel menghantarnya ke balai tanpa menganukannya.

    kerana beliau mendapat didikan terbaik.
  • 7) tak.. jamil akan tutup dulu bonet tu.. berdoa dalam hati yang tadi cuma imaginasi dia.. dan dia akan buka balik.

    kalau ada lagi.. baru dia pergi anta ke balai polis setangkas periplaneta americana.

    anyway NJay, bukan encik word, cik Word. (MS Word). jangan main-main dengan title perempuan ni cepat naik angin.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa