Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rumah Mulia

 

Sekitar tahun 2001.

 

    Kesejukan awal pagi.Dinginnya udara yang bertiupan.Berat mata mahu buka, berat lagi badan mahu bangun.Mimpi indah dengan tilam empuk.Namun, aku cuba gagahkan diri untuk turun dari katil.


”Aku mahu kesana!” itu mantra aku seawal pagi.Tiap-tiap hari.Tanpa dolak-dalih.

    Teringat satu kenangan lama apabila Abang Sabri (moga Tuhan merahmatinya), seniorku yang datang kebilik kami pada satu lewat petang.Aku khusyuk berlingkar dikatil dua tingkat.Tidur berselimut.Ditariknya aku (dari katil dua tingkat tersebut) lalu diseret hingga kemuka pintu.

“Bangun laaa setan!! Hang tak tau nak Asar kaa?” jerkah beliau.

    Yang buat aku tertarik pada tempat ini apabila suatu hari ketika aku dalam perjalanan dari kelas menuju kebilik.Diantara dua koridor aku terlihat satu ‘flyers’ kecil yang melekat pada salah satu pintu bilik pelajar dikolej ini.

“Jom gi Awis” Ringkas tapi membawa pengertian yang bersih.

    Aku jadi tenang bila membacanya.Jadi aku beri peluang pada diri aku untuk mendekatkan diri pada Rumah mulia ini.Jalan kesana sudah aku sedia maklum, cuma untuk mengagahkan diri sahaja.

 

****************************

 

 

Masjid Uwais al-Qarni.

 

    Sedap bila disebut.Diambil sempena nama salah seorang sahabat yang tak dikenali dibumi tetapi terkenal dilangit.Tak pernah aku merasa selapang ini bila jejak kaki kedalamnya.Kamu boleh baca cerita mengenai Uwais Qarni dimana-mana buku yang menceritakan tentang sejarah tamadun Islam.

    Resam berada ditengah-tengah kawasan hutan tanah rancangan.Tempat ini juga tidak sunyi dari kontroversi dan pengaruh mistikal.

    Ada satu kisah dimana kami saling berpandangan di 'pantries' ketika sedang membasuh baju pada suatu petang.Bilal laung azan jam enam setengah petang.Alasan beliau, melihat jam pada dinding masjid yang menunjukkan waktu magrib sudah tiba.

    Pada suatu hari yang lain, tiada azan subuh berkumandang.Perjalanan bilal terganggu.Ada lembaga menunggu beliau sebelum tiba ditangga yang menghubungkan masjid dengan kolej kediaman kami.

“Maaf, tak mampu aku untuk meneruskan perjalanan ketika itu” kata bilal.

   Yang lain-lain apabila mendengar tidak mudah patah semangat."Pergi secara berkumpulan lebih baik." cadang seorang rakan.

    Secara tak disengajakan, aku bertemu dengan jenis manusia sebegini dalam kehadiran aku disini.(Ianya hanya pada perkiraan akal aku semata-mata)

 

 

****************************

Ali

 

    Aku kesana berseorangan.Sesekali terserempak dengan rakan-rakan sekursus yang baru pulang dari kuliah.Agak segan kerana aku banyak mengulang subjek dan tak selalu dapat sekelas bersama mereka.Ini mungkin juga antara salah satu alasan bagi aku untuk mencari satu kedamaian, ketenangan diri. 

    Selalunya aku mengelak dari terserempak atau bertentangan mata dengan mereka.Tak mahu diri jadi riak dan digelak 'budak masjid'.Aku masih lagi punk rock dan sedikit terpengaruh pada jilatan gitar oleh Hendrix.

 Semester lepas , ada juga Ali disini. Lunak sungguh suara beliau apabila mengalunkan azan.

    Dingin subuh jadi segar tatkala mengambil wudhuk sambil mendengar Ali melaungkan seruan untuk membangkitkan komuniti disini seawal pagi demi satu seruan rukun Islam yang kedua.

   Duduk berzikir bersama-samanya. Kedudukan dan jarak kami bersila tatkala mengadap kearah kiblat agak jauh. Barangkali masing-masing cuba mencari ketenangan.

    Mungkin juga dek kerana keluasan dan kekurangan pelajar yang datang untuk mengimarahkan solat subuh. “Aku hanya mahu mencari ketenangan.Hidup aku terlalu sepi dan tertekan dengan pelajaran.” bisik Ali semasa kami bergerak keluar dari kawasan masjid suatu ketika dahulu.

    “Kau harus mencari teman wanita” kata aku dalam nada menyakat.Itu kali pertama dan terakhir aku berbicara dengan Ali disana.Selebihnya kami hanya gunakan isyarat mata dan anggukkan sahaja.Tiada senyuman.Kuliah kami juga berlainan.

    Tapi semester ini Ali sudah berlainan sedikit.Lebih relaks ditaman bunga berhadapan perpustakaan.Bersama seorang gadis (kadang-kala bertiga, mungkin untuk mengelakkan fitnah).

    Aku sudah tidak lagi dapat mendengar suara lunak Ali melaungkan Azan sehingga tamat pembelajaran 2 tahun berikutnya.Aku fikir, Ali sudah mendapat ketenangan yang lebih ‘seronok’ dan seorang teman berbicara.

 

****************************

Kak Sha

 

    Selesai mengambil wudhuk, aku bersila di bahagian belakang.Mahu duduk diam sementara menunggu waktu untuk solat.Sebaris dengan aku ada Natasha yang bersedia untuk melakukan solat sunat terlebih dahulu.

   Selepas selesai solat, tangannya diangkat tinggi memohon doa kepada Tuhan. Dari kejernihan matanya ketika itu, aku kira ada sesuatu yang amat penting dipintanya dari Tuhan.

    Terlupa aku pada nama sebenar beliau walaupun menjadi ‘junior’ aku dalam kursus yang sama.Dilahirkan sebagai seorang lelaki, fitrahnya jantan tapi sedang melalui detik sukar untuk mengenalpasti identiti diri.Lantaran itu kami panggil sahaja beliau sebagai Kak Sha atau Natasha sepertimana yang beliau kehendaki.

    Golongan seperti beliau disini dipandang rendah oleh ramai pemikir akedemik. “Orang lembut” atau Mak Nyah.Mereka bebas dalam dunia sendiri.Bersorak, nyanyi beramai-ramai dan bersolek.Tapi jauh disudut hati, mereka juga percaya pada ketentuan Ilahi.

“Sotong-sotong ini semua ingat lagi ke cara nak sembahyang” perli Si Malik.

    Kak Sha aku lihat tak pernah sekalipun terlupa untuk menghadirkan diri disini untuk solat subuh.Ada juga kelibat beberapa rakan beliau yang turut hadir sama.Tapi mereka lebih bersifat menyorok.

    Kadang-kala aku buat sedikit lawak kering apabila sekelas dengannya..”Subuh tadi aku tak sempat nak menjengah kau di Awis..hehe” hanya disambut dengan kerlipan dan jari telunjuk menutup bibir beliau. Isyaratnya ringkas yang menyatakan secara mendalam “Itu urusan aku dengan Tuhanku, jangan sesiapa ambil peduli”

“Kalau kau jadi aku, aku yakin kau mengerti” - JIBAM

 

****************************

Malik

 

    Pada suatu hari Openg datang dan menyertai perbualan kami berdua.Mahu mencelah lalu hendak dibacanya satu hadis.“…Barangsiapa..”..baru hendak bermula, Si Malik menjerkah “Pergi mampus sama kau punya barangsiapa..”

    Semua terkedu.Taboo bila kita menyangkal apabila ada yang cuba ‘quote’ hadis dalam perbincangan.Walaupun ia bukan bincang serius.“Membaca satu hadis kepada aku bukan bermakna kamu itu dijanjikan syurga yang lebih mulia dari pelacur yang memberi minum pada anjing” kata Malik secara sinis tapi keras.Seakan cuba menghalau Openg.


       Openg tak puas hati dan cuba menyatakan tujuan beliau adalah ikhlas.”Saling mengingati sesama kita” tegas beliau.Aku tahu Malik ada silap disitu, tapi apakan daya.itulah Malik. Perangai membantah tak serupa manusia lain.

    “Aku boleh rujuk google, ceramah atau kitab jika mahu mendengar hadis” Kata Malik.Seperti yang lain, Malik juga salah seorang pengunjung tetap Rumah mulia ini.Setiap waktu solat , beliau akan hadir untuk mengimarahkannya.


"Sayang Si Malik.Hati kau terlalu keras"-Abang Sabri

****************************

 Penutup

 

    Kelakar juga bila kini aku lihat ada yang cuba ‘copy-paste’ beberapa hadis atau terjemahan Al-Quran atas nama untuk saling mengingati.Sinis aku lihat.Adakah kerana sebab itu atau mahu menunjukkan ketakwaan beliau lebih dari orang lain?Tanpa apa sebab, sudah terpacul.

 Aku mungkin silap.

    Dalam karya “Mereka Yang Tertewas”, protagonis memberitahu tujuan beliau memakai pakaian/jubah yang indah dan cantik bukan untuk menunjuk-nunjuk.Akan tetapi supaya tetamunya yakin dan tidak was-was tentang apa yang mahu disampaikan oleh beliau.Cerita-cerita tentang ibadah dan sekolah pondok.

    Jadual kedatangan aku kesana mulai menurun secara mendadak apabila seorang gadis menerima cinta aku.Dasar pengabdian aku kepadaNya hampir hilang bila aku keluar dari kolej dan kenal seks secara liar,alkohol dan kehidupan bebas.

    “Solat itu tiang agama..” Nasihat arwah datuk.Aku terasa amat jauh dari tiang tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

****************************

 

TAMAT

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) second the motion.
  • 2) part malik paling menarik, aku rasa dia bukan membantah tentang barangsiapa tapi lebih kepada orang yang melontarkan barangsiapa itu..

    betul, aku juga kdg-kdg sebu bila jenis manusia cakap sikit nak tampal hadis, c'mon la, gunakan hadis di tempat yang sepatutnya, ingat-mengingati itu memang bagus dan dituntut tapi agak-agak la, lebih-lebih lagi bila gunakan hadis untuk defend diri sendiri, aku sekolah agama juga, duduk asrama pun 5 tahun. kadang-kadang apa yang mereka petik itu saban waktu aku dengar, kuliah subuh, ta'alim, kuliah maghrib, tazkirah, usrah.

    aku sampai sekarang tak tak pernah siap nak betulkan diri sendiri.

    anyway, cerpen ini rebel dan aku suka. good job, brader
  • 3) seangat setuju dengan watak-watak dalam cerpen ini. boleh connect dengan several characters. sangat sesuai untuk self-reflection.
  • 4) sangat menarik kiasannya. inilah yang sering berlaku saban hari. kalau sudah pun namanya manusia, digoda sedikit, mulalah alpa...

    saya suka temanya!
  • 5) Tema dan kisah yang baik serta kuat untuk diceritakan. Yang tersurat itu berat. Yang tersirat juga tak kalah menyelirat. Alhamdulillah. Jika ada pangkal jalan, kalau dah jauh tersasar, boleh jugak kembali nanti ke pangkal. Hadis dan Al-Quran wajib menjadi pegangan umat Islam. Cuma cara kita menyampaikan perlu pelbagai dan mengikut orang yang hendak kita sampaikan. Yang benar tetap benar, yang salah juga tetap salah. Good Job 26Life!

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life