Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Mencuci Kereta dengan Jameela IV
Bunyi das tembakan yang melantun di ruang tamu rumah si Jameel, hanya dapat dihadamkan oleh empat telinga. Saliza dan Jameel. Kediaman jenis setinggan buatan tangan dan yang diragui status pegangannya itu benar-benar terasing daripada lingkungan masyarakat. Ia berdiri megah kekar di tengah-tengah hutan simpan di dada banjaran Titiwangsa. Kelongsong tembaga berdentingan di lantai sebaik tembakan Saliza mengenai bahagian metatoraks lalat bangkai yang malang itu.
“...bayangkan ..”
“bayangkan apa?”
“bayangkan kalau aku seorang Jameela..he he heh heheheh !”
Jameel memeluk tubuhnya yang sedikit gempal. Dadanya sedikit berombak-ombak. Bagaikan riak air laut di penghujung waktu pasang di pertengahan bulan. Pandangan matanya terpaku di hujung muncung pistol yang sedang menatap wajahnya dengan dingin. Kesenyapan yang memekakkan kembali mahu menari di telinga mereka berdua. Tapi terbantut.
“ha ha hah he heh heh!!!”
Jameel meneruskan tawanya yang berirama bak muzik sakit yang keluar daripada corong pembesar suara yang berlubang.
“ketawalah! ........Macam lah aku tak tahu rahsia kau....rahsia kau yang busuk!”
Jameel melepaskan peluk tubuhnya. Kedua tangannya melekap di atas kedua pahanya yang dibalut seluar jeans ketat cekang macam pipi yang baru disuntik botox.
“apa yang busuk? Setahu aku, lalat tu suka kat kau..bukan aku..”
“eh..sudah sudahlah berlakon! Kau ingat aku ni bodoh ke?
“bodoh tu taklah bodoh! Cuma agak bengap je...macam ...ala..macam apa tu? Alah.... binatang yang macam monyet, tapi panjat pokok secara terbalik! Jalan slow gila!..alah..”
“Sloth!? “
“haaa.....!!! pandai pun! Kera malas! He hehe ahha!! Baru aku ingat nama dia..ha hahaha!!”
Saliza menggeleng-gelengkan kepalanya tanda meluat dengan sikap Jameel yang dipanggilnya Jameela sebentar tadi.
“oh! Ye! Berapa lama kau dah duduk dalam but kereta aku tu? Tak panas ke?”
Hati Saliza semakin menjadi panas membuak-buak. Tetapi kesan didikan sekolah pondok yang diterimanya di Pondok Agama Al-QiuqiuSyahariah di Gombak hilir, menahannya dari terus dilanda api kemarahan yang membakar. Namun begitu jauh di sudut tangent hatinya, terbuku satu perasaan dendam yang berlumba-lumba mahu melompat keluar. Disebabkan itu dia bangun dan merapati Jameel yang kelihatan sedikit terdongak mencuba menatap matanya. Sampai betul-betul 30cm di hadapan Jameel, dia berhenti. Muncung pistol terus ditala ke tengah dahi Jameel. Tapi, ketenangan di wajah Jameel sedikit menggusarkan jantung dan aorta Saliza.
“kau nak aku buat apa? Hah?!”
“mengaku saja...kau Jameela kan? Bukan Jameel!”
“he ehhehhhehehehehhhh!!! He heheh!”
Bunyi ketawa Jameel membuatkan jantung Saliza berdebar dengan lebih pantas. Dari kelajuan berjalan kaki ke kelajuan Space shuttle!
“baik kau mengaku! Kalau tak!!!”
Saliza benar-benar sudah kehilanaan sikap tenangnya. Dia sudah mencapai tahap kemarahan yang tinggi. Tiada lagi cik baik hati. Tiada lagi santun dan budi. Pistol di tangannya betul-betul ditujah dan ditekan sekuat hatinya ke dahi Jameel.
“aku kira sampai 3! Kau Jameela kan?! ....1!!! 2!!!! Tiiiiiig....!!!!!”
“ok!ok!ok!!...coool!!! aku memang JAMEELA!!!!!”
Jameela memejamkan matanya. Separuh hatinya telah terdetik mahu memeluk kematian.
“Mengaku pun!!”
“phuk!!”
Satu tumbukan ala Ip Man tetapi tidak bertubi dilayangkan Saliza ke pipi kiri Jameela. Sedikit terhuyung ke kanan, Jameela menahan kepedihan yang merebak di ruang dalam pipinya. Tisu epithelium dan lemak di dalam ruang pipi kirinya pecah beberapa sentimeter, memercikkan beberapa titis darah merah ke lantai. Dua saat berlalu, Jameela mengangkat kembali kepalanya memandang Saliza dengan senyuman seorang wanita yang manja. Bibirnya mengukir sekuntum senyuman yang senget seinci ke kiri dagunya. Dia menyapu sisa darah yang masih segar mengalir di sudut bibirnya.
“he he hehehheheh!!! Bagus! Saliza ! Bagus! He hehhehhehhh!!!”
Saliza masih tenggelam di dalam larutan kepuasan.Mungkin tak banyak. Tapi tetap bermakna buat dirinya. Ada semacam satu perasaan yang telah lama dipendamkan meluncur bersama tumbukannya itu.
“apa yang bagus?! Hah! Aku masih belum puas lagi tau tak!”
“bagus la..kalau pandai lepaskan kemarahan...hu huuu”
Sambil terus mengacukan pistol ke muka Jameela, Saliza gopoh-gapah mengambil tali yang pernah mengikatnya sewaktu di dalam but kereta. Diikatnya terus tangan Jameela setelah menarik kedua-duanya ke belakang tubuh Jameela yang langsung tidak melawan.
“Saliza...kenapa marah sangat? Sedangkan nabiiiii ampunkan ummat!! He heheh heh!”
Jameela terus menerus mencuba menaikkan kemarahan Saliza saat tangannya diikat.
“kau tak minat filem P.Ramlee yek? Ha hahh!! Ha!!”
“diamm!!! Uhuk! Uhuk! Huk! Erkk! Hek!!”
Tiba-tiba Saliza merasa panas di tekak dan dadanya. Selesai membuat simpulan mati di tali yang mengikat tangan Jameela, dia berasa agak loya dan pening. Penglihatannya semakin menjadi kabur. Dia tidak sedarkan diri. Pistol ditangannya terjatuh. Saliza rebah di lantai di belakang Jameela, di tepi kerusi sofa.
“buk! “
“Saliza?! Saliza!! Saliza! Saliza Sailenser!!!! Laaa....pengsan pulak budak ni....”
Kata-kata ejekan yang keluar bersama air liur masam Jameela itu, hampir tidak didengari Saliza. Dia telah hanyut di alam bawah sedar.
..................................
Shahrizal sedang menyiapkan laporan jualan yang dilakukannya pada satu petang yang sedikit berangin, apabila tiba-tiba datang seorang pelanggan ke kedainya. Seorang wanita yang agak gempal tetapi manis datang menjenguk dan melambai-lambai ke arahnya. Shahrizal segera bangun meninggalkan meja tulis dan bergegas ke arah pelanggan itu.
“emmm..cik nak beli kereta?, boleh saya tolong cik...”
“..Jameela...”
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) dah...jameela pulak! semakin suspens!
- kamalia
- 14 years ago
-
2) bro, ko nyer slip upah ade lam kreta sports twin turbo supercharger aku. insyaAllah setiap tgh hr jumaat aku akan double parking di sekitar jln masjid al-rahman agar senang ko nk ambik slip2x tu nnt.
- whafiz
- 14 years ago
-
5) wahh semakin saspen!
- NJay
- 14 years ago
-
6) dah kenapa "maaf cik" tu ancal
dem. kenapa aku tak berapa faham eh cerita ni. kenapa saliza boleh pengsan?- cahatomic
- 14 years ago
-
7) Maaf, encik Caha,
aku rase.. Jameela makhluk Tuhan paling jijik tu dah spike minuman Saliza. betul tak?- Ancalime
- 14 years ago
-
8) Banyak pengaruh komik ni..haha..jameel, jameel
- 26life
- 14 years ago