Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Show your support for PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa

  • 26
  • jojo
  • 14 years ago
  • 9,562
  • PAID

 

Aku masih ingat lagi sewaktu aku berkhidmat kepada Ricardo.

Ricardo adalah seorang anak muda yang sudah menjangkau usia 34 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Dan sepanjang itu jugalah aku setia bersama beliau. Sejak dari zaman bayi, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, bekerja, berkahwin dan kini sudah ada 2 orang anak.

Ricardo tidak pernah kira berapa kali aku menolong beliau. Dari saat kumuhnya cair berwarna hijau, berwarna kuning dan kemudian apabila sudah tahu makan nasi, kumuhnya mula berwarna hitam. Itu belum diambil kira kumuh yang lembut, keras, kecil-kecil tapi keluar sikit-sikit, besar-besar tapi keluar sekali harung mahupun keluar diselang-seli bersama gas metana.

Ricardo pada hemat aku adalah seorang yang sangat aktif. Walaupun aku tidak nampak bagaimana keaktifan beliau, tapi aku dapat rasakan daripada gegaran, pergerakan dan perbualan. Ya, aku dengar apa yang Ricardo borak dengan kawan-kawannya, adik-beradiknya, saudara maranya, ibu bapanya, kekasih-kekasih hatinya, isterinya dan anak-anaknya. Pernah suatu ketika ketika Ricardo masih kecil, beliau menayangkan aku di hadapan kawannya yang sebaya. Tak silap aku, ketika tu beliau marahkan rakannya yang megetuk kepalanya dengan botol susu.

Ricardo dibesarkan dalam keluarga Islam. Sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya ada mengajar Ricardo cara untuk sembahyang. Aku tahu kerana aku sudah beberapa kali disebat dengan tali pinggang kerana kesalahan Ricardo yang mengabaikan solat. Ibu Ricardo cantik orangnya. Bertuah ayah Ricardo dapat beristerikan perempuan secantik itu.

Ricardo banyak rahsianya. Dan, yang paling amanah di keliling Ricardo sehingga ke saat ini cumalah aku. Aku tahu berapa ramai kekasih Ricardo. Aku tahu ke mana Ricardo pergi jika beliau bergaduh dengan isterinya. Aku tahu ke mana Ricardo ponteng pada zaman sekolahnya. Malahan, aku juga tahu warna seluar dalam kegemaran dan kegeraman Ricardo. Semua tentang Ricardo ada dalam simpanan aku. Jika aku keji dan kejam, aku sudah ugut beliau dengan wang tebusan RM40 juta.

Ricardo pernah berniaga semasa zaman kolejnya dahulu. Ketika rakan-rakan yang lain sedang sibuk membuat tugasan dan latihan di kolej, Ricardo sibuk ke seminar keusahawanan di sana dan di sini. Aku tahu berapa ribu duit PTPTN yang dilaburkan beliau ke dalam perniagaan beliau. Aku tahu apa produk perniagaan Ricardo ketika itu. Pil spirulina dan jeli gamat yang harganya di luar kemampuan. Belum dicampur dengan gelang magnet, penapis air dan batu dari gunung berapi.

*****

Baca perbualan

Show your support for PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow arif benar kau tentang prosedur menggunakan mendakan putih ni jo? seperti pernah berlaku pada rektummu?

    jenaka sinikal yang penuh mesej. kohkoh. generasi baru di universiti akan melalui fasa pembodohan ini juga. jadi buat yang tak suka sejarah, inilah hikmah pembelajarannya: mengambil iktibar dari kebodohan lalu!

  • (Penulis)
    2) saya mohon rating dan komen anda semua! yosh!
  • 3) 5 untuk kepadatan jenaka dan mesej bersekali dalam penulisan!

  • (Penulis)
    4) yey! terima kasih caha! huriaa!!
  • 5) Dlm lembut dan jenaka,ada libasan sindiran yang tajam.
    5 juga buat anda jojo!
  • 6) kalau rektum boleh berkata, tak laku makan di jaja...nah 5
  • 7) Olahan yang bersahaja tetapi mesejnya sampai. Kasihan rektum si Ricardo. Sila amalkan minum susu ya kawan-kawan.
  • 8) muakkakakaka..ko patut selalu tulis la jo. enjoyed reading it tapi aku rekemen org jgn membaca samabil makan

  • (Penulis)
    9) yeah! terima kasih kerana membaca, merekomen dan memberi nilaian. Harap anda semua terhibur, tertarik dan teruja lalu dapat menyertai aku dalam pertandingan cerpen kali ini yang menawarkan hadiah wang halal toyyiban sebanyak RM50.

    yeah!
  • 10) kempen Jojo 'For Your Consideration' ni membuatkan aku sangat cemburu!!! aku memerah otak sekarang jugak!!!

  • (Penulis)
    11) kamon join! autobiografi aje.. bukan suruh tulis pasal sejarah. berusahalah!
  • 12) oh.. aiseh (scrapp off J.W.W Birch... hurmm.. )
  • 13) aku pon nak tulis gak tp tu la post ko dasyat..huhu..tp nanti la aku cube gak sekadar utk memeriahkan comp ni

  • (Penulis)
    14) huhu.. jgn pressure, tulis benda simple tp kalo boleh ada mesej yg baik2

    gud luck!
  • 15) ngehehehe... pressure sial. aku terase macam tengah bersaing oskar.

    Klise kate dia tatao nak pakai gaun atau sut untuk majlis pengumuman pemenang nanti. Klise sangat kekeliruan identiti.

  • (Penulis)
    16) tak pe, jgn risau.. suruh Klise pakai gaun belah dada dan belah kaki sampai ke pangkal bontot. mmg serasi fesyen tu dengan dia. Kalo boleh, try dapatkan Habib Jewels sponsor rantai berlian
  • 17) Mwahahahaha... satu trivia Segar:

    Bila aku share cerpen ko kat fb, post-nya begini
    "Cerpen PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa oleh jojo"

    kau nampak tu,kau pemangsa rektum!!!! hahahaha
  • 18) * terus delete draft cite sendiri.

    tak mampu den

  • (Penulis)
    19) DEMYUH.COM!! aku ingat aku sorang aje yang perasan!! Hahahahahahahahaha!!
  • 20) hahahahhahaa...tidak ye. aku nak letak kat status le gini. aku rase hidup aku bererti pas perasan trivia itu.
  • 21) baca sikit baru..tu punaku dah gelak macam haram! ha ha hah!! cilakak la ko jojo!! hu hu..jaga2..aku sedang siapkan yang aku punya...ha haha ha

  • (Penulis)
    22) kui3, terima kasih.. berusahalah! yosh!!!
  • 23) kau kejam ricardo!

  • 24) sangat menarik
  • 25) haha...cekap kau jo...4 untuk rektum!
  • 26) saya sudah lama tidak komen cerpen saya sendiri di kapasitor.net

Cerpen-cerpen lain nukilan jojo

Read all stories by jojo