Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ruang menunggu

 

Sejuk.

Aku menunggu lama.Tengok jam.Sudah menunjukkan jam tiga petang.Menyandar aku pada kerusi plastik.Menanti aku pada panggilan jururawat.Aku tunggu keputusan ujian perubatan.Aku bawa teman yang berada disebelah kerusi plastik,toleh kiri-kanan.Jenis tak tahu duduk diam secara statik.

"Kita patut bawa PSP untuk hilangkan kebosanan"

Bau ubat sudah naik dalam kerongkong.Aku tak suka bau ubat.Tak alergik, cuma aku tak suka.

"I am a sick man… I am a spiteful man. I am an unpleasant man. I think my liver is diseased." kata seorang penulis Russia.Dia tulis dalam bahasa Russia.Aku baca yang telah diterjemahkan dalam bahasa yang semua orang boleh faham.

Orang kata, kau akan rasa dekat dengan Tuhan bila datang sakit.Kalau tidak, Saidina Umar  takkan menangis bertanya mengapa dia tidak demam,kan?

Sekarang ini, aku rasa mahu keluar dari hospital, jauh dari kompaun dan mahu merokok kembali.

Jururawat jalan laju-laju.Ada orang atas kerusi roda, ditolak oleh seorang remaja.Dia bekerja disini juga.Pakai vest hitam ada lambang hospital.Kerusi kiri-kanan penuh dengan manusia.Mereka duduk, sabar menanti panggilan.Jumpa doktor.Menanti untuk diagnosis.Ambil ubat.Tunggu keputusan ujian.

Kalau jenis yang tak tahan sabar, mereka mengamuk "Ini Hospital berbayar!" Dikatanya doktor lembab, jururawat tembel.Padahal kau datang lambat untuk temujanji perubatan.

Aku dalam kategori yang terakhir.Tunggu keputusan ujian.Seminggu lepas dikatakan terkena demam denggi.Aku anggukkan sahaja walaupun aku tahu, ini tonsil punya pasal.Hari terakhir, doktor kata "Kamu harus buang tonsil".Aku masih minta tangguh.

Aku suka pada suara aku sekarang ini.Nanti bila buang tonsil, suara jadi macam itik jantan.

Minggu lepas, empat hari dalam wad.Dua orang dalam satu bilik.Aku baring rehat.Seronok sebab ada Astro.Alat kawalan jauh juga dberikan.Makan sedap, bil kompeni yang bayar.Ikut perjanjian kerjaya, 7K untuk perbelanjaan perubatan setahun (tak termasuk jika aku mati ketika dalam tugasan).Ini lebih baih dari duduk di hotel yang ada bintang.Bila mati, lain cerita.

Yang tak seronoknya, tangan kiri dicucuk dengan jarum.Ada tiub getah yang dinaikkan setinggi Empat kaki.Penghujungnya ada air yang diletakkan dalam satu gelembung plastik.Selang beberapa ketika, jururawat akan injek ubat kedalamnya.Biasanya warna putih, air aku kira.Kadang-kala mereka injek, keluar warna kuning.Aku perasan satu malam, warna biru dalam gelembung plastik tersebut.

Aku tak maklumkan pada keluarga.Tak payah susahkan sesiapa.Aku check-in sendiri, aku keluar sendiri.Bil bukan aku yang bayar, kan?

Tonsil memang buat sistem badan aku lemah.Tekak jadi sakit.Badan jadi longlai.Nafsu makan hilang.Minum air manis tak terasa gula.Rokok punya pasal.Biasanya aku selesaikan dengan menghisap gula-gula lozenge.Terlalu malas untuk membelinya, lalu tonsil serang kuat.

Rokok membahayakan kesihatan dan membazirkan wang.Yang pertama aku setuju, tidak pada yang terakhir.Rokok aku percuma.Atau sekurang-kurangnya, selagi aku masih bekerja.

Doktor klinik kata , jangan beli yang ada dikedai.Hendak lozenge, datang ke klinik.Yang terdapat dikedai itu, tidak bagus.Aku tahu, itu semua tipu.Kalau sudah beli dikedai, buat apa ke klinik lagi, kan? Rugilah para doktor yang membuka klinik untuk orang yang ada sakit tekak macam aku.

"Awak, keputusan sudah keluar" kata sang jururawat sambil menyerahkan fail warna biru pada aku.Didalamnya ada keputusan ujian perubatan aku.Semuanya okay, sihat kembali.Macam biasa.Aku selak-selak sedikit.Memang, semuanya okay.

"Wah, mereka bikin ujian HIV pada aku juga" antara kedengaran atau tidak, aku berkata.

Teman sebelah aku menjeling jauh.Dia tak masuk campur sangat.Tapi, dia hendak juga bersuara.

"Wait, that's one is negative right?"

Nasib baik kau yang drive.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haha!

    been there. tonsil and HIV screening.
  • 2) Mencegah lebib baik dari mengubat
  • 3) ending tu tergantung kan? ke ayat kiasannya aku tak faham? hehe.

    wawawa klaki dah nak kawin eh buat HIV test. hihi.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life