Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#2: Aku Machio el Diablo

 

Aku sebenarnya agak malu. Malu yang bukan sedikit. Bukan secubit macam kata-kata cliché chef-chef bersemangat, “..secubit garaammmm.....secubit gulaaa......” Bukan!

Aku malu secara sederhana. Malu tengah-tengah. Sebab kalau nak malu lebih-lebih tak baik pula. Tak boleh berlebih-lebih, tak boleh melampaui batas. Dalam apa-apa pun tak boleh berlebih-lebih.  Berdosa.  Makan nasi tak boleh lebih-lebih, nanti jadi boroi. Minum tak boleh lebih-lebih, nanti  jadi kembang. Tak makan langsung-langsung pun tak boleh, nanti mati. Ya! Aku tahu,tak ajal tak mati.  Yang penting jangan berlebih, jangan berkurang! Malas aku nak bertekak dengan korang..

Mengapa aku berasa malu? Nanti aku terangkan. Tetapi, adalah lebih baik jika aku ceritakan dari awal, apakah yang membawa aku kepada perasaan malu ini. Mari kita terbang merentasi waktu. Ya, sebelum itu, biarkan aku membuat sesi pecah ais dahulu.

Begini, aku ni sebenarnya adalah sehelai seluar dalam alias spender yang cantik bukan kepalang! Aku sendiri tak pasti, sama ada aku ni spender untuk perempuan atau untuk lelaki. Tapi aku berani  bagi tahu satu perkara. Pemilik kangkang yang berbau cendawan Ganoderma yang mengeluarkan aku daripada kotak, memakaiku buat pertama kali dan untuk seberapa waktu yang lama ialah seorang yang bukan lelaki bukan juga perempuan.  Tetapi kedua-duanya. Setidak-tidaknya itu yang aku dengar dan faham daripada pengalamanku sendiri. Bukan! Bukanlah! Tak mungkin khunsa! Aku tahulah! Dia memiliki kedua-dua peluru dan sepucuk pistol dan semuanya. Malah ikan tomannya lebih besar dan lebih kukuh daripada kebanyakan lelaki yang kononnya mengaku gagah. Dia langsung tak perlukan ubat-ubat, jus-jus penguat tenaga batin yang bertebar dijual penjaja nusantara. Sama ada yang beracun, yang berserbuk, yang manis, pahit, berbiji, atau yang halal sekalipun, dia tak perlu! Cuma dia menjelaskan begini,

“..I    ni.... perempuan .....yang terperangkap di dalam tubuh lelaki! “

Setiap kali dia menjelaskan kenyataan itu, dia pasti akan menggosok-gosok mukaku. Geli tapi mesra. Tingkah lakunya sungguh lembut gemalai. Tapi hakikat kejantanannya tak mungkin dapat diubah. Walaupun kerajaan Junta Myanmar telah membebaskan Aung San Suu Kyii, Samsun tetap begitu. Di luarnya lelaki. Di lubuk hatinya perempuan. Ya! Samsun namanya.

Tarikh keramat perkenalanku dengan Samsun pasti akan ku catatkan di dalam diari berwarna merah jambu dan bertatahkan berlian palsu membingkai bucu-bucunya. Malangnya ketiadaan tangan menghentikan segera angan-anganku yang sedikit menjambu.

Empat Jun 1989, Kuala Lumpur. Ketika seluruh dunia tergamam dengan tragedi berdarah di Tiannamen Square yang mengorbankan hampir 3000 nyawa itu, aku berkenalan dengan Samsun. Protes besar-besaran mahasiswa dan para intelektual China menuntut keadilan daripada pemerintah itu langsung tidak membekas di wajah Samsun ketika mula-mula membuka kotak yang menempatkan aku. Selesai meletakkan aku diatas katil berbalut cadar satin, Samsun membaca maklumat mengenaiku yang tertera di atas kotak pembungkusku. Masih terngiang-ngiang di benakku kata-kata naïf dari mulut Samsun ketika itu. Ternyata dia sedikit gementar.

“..emmm..err....made in China, polycarbonated-polyester-polypyrotechnic material,...emmm..arrr...fire-proof, ...do not soak, ..only wash with hands...hmmm..ok”

Diletakkannya kotak itu kembali di atas meja. Samsun merenungku dengan penuh kasih sayang. Matanya berbinar. Nafasnya kencang bak penunggang kuda lampung alias kuda kepang yang sudah kerasukan. Peluh mulai memutik dan menitis di dahi dan di mukanya. Dia menjilat-jilat bibirnya yang kering bak tosei yang kering. Dia memegangku. Kiri dan kanan tangannya menggeletar. Diciumnya aku; depan, belakang, luar dan dalam! Ditanggalkan kain batiknya yang bermotif siku keluang dan awan tak larat. Kain itu melurut ke buku lalinya perlahan-lahan. Diangkatkannya kaki kanan. Dijulurkan kakinya itu ke lubang kanan mukaku. “prapp!” melekat. Kaki kirinya pula mengisi lubang kiri mukaku. “zut!” melekap! Seterusnya kamu semua tahu kan? Aku dan organ-organ di celah kangkang, kaki kanan dan kiri Samsun pun bersatu. Satu perasaan yang sukar dibendung dan diceritakan. Di antara perasaan dihempap walrus bapuk dan perasaan di cium labi-labi ghairah. Bagaimana? Cubalah!

Baik. Aku tak mahu menceritakan bagaimana proses pembuatanku. Kalau kamu semua mahu tahu, bolehlah ditonton di saluran Discovery, dalam rancangan “Macamana dia buat tu?”, jam 3.33petang waktu Ho Chi Minh, dan ulangannya jam 4.44 petang waktu Tashkent. Apa yang penting, keadaan diriku tidaklah seperti seluar dalam yang biasa.Sekurang-kurangnya itulah yang aku rasa! (heheh! Maaf! Sedikit bongkaklah...)  Muka dan belakangku dilapisi dengan bulu harimau kumbang hitam dan bertompok-tompok biru hitam. Di setiap jahitan tepi disematkan mutiara dan berlian berselang-seli. Di atas tengah mukaku tertulis “Machio! El-Diablo!” Mahal? Sudah tentu! Aku di jual dengan harga RM599,999.99. Bagaimana? Cuba tukarkan ke Zimbabwe Dollar! Tentu tak terkira sifar-sifarnya. Mungkin sampai terkeluar-keluar daripada muka kertas ini jika dicatat.

Samsun seorang model pakaian ternama. Kami sering berjalan bersama di atas Runaway bersama model-model terkemuka dunia yang lain. Ada Kate Berlemoih, ada Tyra Bangkit, dan ada juga model kampungan seperti  Mek Leha Janda Berhias gitu Ah! dan tentulah Surti Andartu Itu juga ada. Mereka semuanya berotak udang. Tak seperti Samsun yang berotak kumbang. Samsun bijak dan baik. Di pentas-pentas peragaan antarabangsa dan kampung-kampung, Samsun selalu memperagakan pakaian lengkap kemeja, seluar dan aksesorinya sekali. Namun apa yang membanggakan aku, setiap kali berhenti di hujung pentas menghadap penonton dan jurufoto tabloid, Samsun pasti akan membuka zip seluarnya dan...tadaa!!! tersembullah mukaku di hadapan khalayak! Bau minyak wangi, minyak senyonyong bercampur dengan angin penghawa dingin, bersulam lampu gelenyar kamera, menyalutiku bersama-sama. Aku pasti akan tenggelam di dalam euphoria kebanggaan. Seolah-olah akulah sang peragawan. Kalaulah aku mempunyai hidung, mungkin aku akan tersedut anak kambing ke dalam kedua-dua lubangnya.

Aktiviti Samsun selepas itu biasanya melibatkan pesta tarian dan nyanyian yang mengasyikkan. Seperti yang kuharapkan, Samsun takkan pernah melupakan aku. Kancing dan zip seluarnya sudah tentu dibiarkan terbuka. Gadis-gadis tanpa iman dan pakaian pun amat gemar mengusap-ngusap mukaku. Aku kegelian. Samsun akan ketawa sekuat-kuatnya, “hi..hiu..hi.hiu!!! hiu hiiii!!! Sentuhlah! Sentuhlah!! Gelilah! Gelilah!!” Samsun akan berlari-lari anak mengajak-ngajak ayam. Aku basah di simbah peluh dan simbahan air-air sekeliling. Dengan sebab kelakuannya itu, Samsun digelar “Samsun and Gelilah!”

......................................................

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :

Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haha!
    konsep cerita a friend of a friend of a friend of mine
  • 2) 17 tahun ya, 17 tahun bersama seluar dalam tu. mak tak tao lah nak komen ape~
  • 3) Aduhai... Kasihan Samsun
  • 4) tgh membayangkan keadaan machio el diablo di saat2 gemilangnya bersama samsun sambil membaca cerita ni. peh! tak terbayang
  • 5) perihalan 'seperti' menghiburkan adapun agak terlebih sudah.
    endingnya .. cis! mengelat samsun ni. tak mahu mengaku yee.. oohooo! mengaku sebagai spender pula! hmph!
  • 6) comedi tragik.. samsun ni mcm bruno a.k.a borat nye lawak
  • 7) hahaahahahahahahahaha!!! demyuh punye pondan!
  • 8) pondan ni sumpah psycho. spendar pon nak meroyan macam apa, siap boleh cerita in details. HAHHAHAHA *gelak guling2*

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa