Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#2 : Monolog Niraq

  • 2
  • Rizzy
  • 14 years ago
  • 4,313
  • FREE

 

 

Arrrrrrrrrrrrrrrrggghhhhhhh..!!!

Kenapa kau baca?

Kenapa??? kau tau tak sakit?

Aku sakit hati kau tau tak?

 

Berapa kali dah aku cakap dekat kau jangan. Kau ni memang degillah. Macam unta. Unta pun tak degil macam kau. Penat la aku nak cakap. Haish budak-budak zaman sekarang ni..ikut suka hati je..

 

Aku dah la bangun-bangun pagi lagi dah kena hiris kat belakang. Kena toreh kat celah ketiak. Luka-luka kau tau tak? Nak kena beli plaster banyak-banyak. Kau ingat aku ni ada kerja tetap ke? Hidup asyik dengan kau je hari-hari. Aku penat tau tak? Penat dengan karenah teman hidup aku ni. Benci. Nak je aku telefon talian dera, tapi aku tak ada henset.Kau sorang je yang ada.


Menyesal aku jadi life partner kau la.Kalau aku boleh pilih masa lahir dulu nak hidup dengan siapa, memang aku takkan pilih kau.Aku rela pilih mamak yang 24 jam kerja dekat kedai. Tak pun mamat-mamat artis yang gila kejar duit. Senang hidup aku. Daripada kau, makan pun cukup-cukup. Bila aku tanya kenapa, kau kata tak boleh tamak sangat la, apa la..kena bersyukur la..menyampah aku!


Bukannya aku minta kau beli baju mahal-mahal, gelang emas, intan permata. Aku tak pernah minta kau beli apa-apa untuk aku. Apa yang kau ada itulah yang aku ada. Jauh sekali aku terniat nak kikis duit kau. Aku tahu kau penat cari nafkah. Kau pergi mana-mana semua aku teman, dari bilik sampai jamban. Hatta kau makan, minum, berus gigi, cukur misai, semua aku tunggu kau. Tapi kau buat aku macam ni..sedih aku la.

 

Selalu aku tanya dekat mak, kenapa aku mesti hidup dengan kau.  Sebab aku dari kecil dulu memang tak faham kenapa. Dari aku umur 5 tahun aku dah kena seksa teruk-teruk. Muka aku ni berapa kali dah kena potong. Koyak-koyak. Sekarang umur aku dah sebaya dengan kau pun aku kena seksa jugak. Macam dulu. Tak pernah nak berhenti deraan kau dekat aku. Kenapa kau tak pernah nak rasa simpati dekat aku hah? Aku tiap-tiap hari menangis kau tau tak??


Aku jemu. Aku penat. Berjuta-juta kali aku nasihat kau jangan. Kau nak jugak buat. Tiap-tiap hari kau buat benda yang sama. Kadang-kadang ada la kau ikut cakap aku.Itu pun kau tak sengaja.Ciss!

 

 

Aku minta pendapat dekat ayah, macam mana nak bagi kau faham. Supaya kau tak buat perangai macam ni semua dah. Supaya kau berhenti pukul aku, potong aku, hiris aku, cincang aku.Tapi ayah pun tak tahu nak buat apa, dia kata dia tak pernah jumpa orang macam kau. So, dia tak dapat tolong aku.


Kau ingat aku ni roti canai? Plastisin? Play-doh? Tanah liat? Senang-senang kau nak uli jadi bentuk kuda laut, beruang panda, gajah, kura-kura, mangkuk tingkat, batu bata, kasut Pallas? Cinabeng kau! Mentang-mentang aku punya badan macamni, kau ambil kesempatan pulak!


Ada satu hari itu aku memang panas gila dekat kau, tengah-tengah aku syok dodoi kau tidur, boleh kau maki aku kaw-kaw. Kau kata aku ni kufur la, tak ada kerja la, kacau kau la, kau tendang aku, kau marah-marah maki hamun. Lepas tu kau ambil wudhuk konon-konon nak redakan marah.


‘Nasib baik aku tak boleh sentuh kau, kalau tak dah lama aku cekik-cekik kau!’


Sampai macam tu kau cakap dekat aku.Tergamak kau.


Aku fikir aku kena jugak cari partner lain.  Aku dah tak tahan dengan orang alim macam kau ni.  Sembahyang cukup lima waktu, puasa penuh, bayar zakat, dah pergi haji. Tampung hidup berniaga nasi lemak. Cari rezeki Halal. Mana tahan ..


Aku dah tak boleh tahan dengar kau baca ayat Al-Quran lepas solat. Sebelum tidur baca ayat kursi, selawat 24 jam, lidah kau tak kering berzikir..

 

‘Subhanallah, walhamdulillah,wa La ilahailla ‘Lah, Allahuakbar..’

 

Tapi sampai sekarang aku tak dapat jalan macam mana nak berpisah dengan kau.Semakin hari aku rasa aku dah give-up. Dah tak tahu apa nak buat supaya kau buat dosa. Supaya kau tinggal semua perintah Allah.


Mungkin..inilah nasib aku seekor jin yang tercipta untuk menjadi kembar kau..

 

Qarin.

 

(cerita ini hanya fiksi, maka janganlah serang saya dengan kayu.)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehehe. masa baca tajuk cerita ni smalam sebelum tidur dah agak maksud niraq adalah qarin (yalah, selalukan kalau tak boleh faham perkataan tu maknanya orang terbalikkan)

    wow, tapi tak sangka memang cerita pasal qarin. hebat. tak ramai tahu pasal qarin ni. yg org tahu hantu. ha ha!

    orang melayu yg suka berfikir, jika belum tahu pasal qarin, selepas baca cerpen ni ha apalagi, googlelah untuk kenali beliau lebih lanjut!
  • 2) Ya, setuju dengan Caha. Tak ramai yang terfikir akan Qarin ni. Sesuatu yang jarang diungkapkan dalam perbualan seharian. Hehehe...

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy