Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

sindrom hipokrasi

 

Rutin harian aku kini lebih terkejar-kejar tapi relaks.Sana lari, sini lari, sampai mampus.Inilah 'penjara' sementara dalam kehidupan transit aku.
The degree of civilization in a society can be judged by entering its prisons. -Dostoevsky

Dengan RM2 , aku merentas persisiran , menaiki gerabak komuter yang selalunya sesak, penuh dengan payudara gebu , sindrom hipokrasi , bebelan majmuk , retro imaginasi dan lewat, lewat, lewat.

Kadang-kala aku terasa bodoh bila aksi tekan menekan berlaku untuk keluar menggunakan Touch n'Go.Kemudahan ini tak sehebat mana tapi ia membezakan antara kita dengan pendatang.Mereka belum tahu sepenuhnya keupayaan Tn'G.
Selalunya aku jadi terasing bila aksi berposak-posak masuk dalam gerabak berlaku.Payudara yang banyak menganggu.

Who consciously throws himself into the water or onto the knife?
Aku duduk selesa.Peluk beg sandang yang aku bawa bersama selalu.Lentok dan sebelah kiri ada gadis-gadis muda rancak berborak.Sebelah kanan, seorang lelaki melayan perasaan dengan Ipod yang dibawa.Benda itu mahal.Aku tak suka hendak 'mention', tapi ia trend terkini untuk meletakkan dalam tulisan.
Kau hendak aku tulis sekali jenama jam tangan yang dia pakai?Kerenah budak-budak 'indie' sekarang, pelik.

Seksi yang meloyakan.
Dihadapan aku, berdiri dua orang gadis.Seksi, berbaju lengan ketat paras bahu.Juga rancak berborak.Pasal sesiapa sahaja yang mereka pernah temui di kolej, rumah atau kawan lama.Cantik, menawan.Maksud aku aset kedua-duanya.Cuma mereka kurang sesuatu atau dengan satu definasi yang lebih realistik- lupa cukur bulu ketiak.Aku tak peduli kalau kamu semua 'fetish' benda-benda sebegini.

Jangan terlalu pemurah,

Kau , aku dan kita semua akan jadi pemarah bila kita bangun dan menawarkan tempat duduk pada yang kita rasa perlu/mahu duduk.Contoh pada orang tua, kanak-kanak atau wanita mengandung.
Kedua dan yang terakhir , akan terima pelawaan dengan hati gembira, riang dan mungkin akan mendoakan kesejahteraan kita.Ikut kepercayaan masing-masing.Aku tak paksa.

Yang pertama , mungkin akan bersifat celaka sedikit atau lebih.Ikut mana yang dia suka.Bila bangun dan tawarkan tempat duduk, mereka kadang-kala berpura tak nampak.Ego sebesar telur cicak.Sampai kena tegur
"Eh Pakcik duduklah"
Dia, masih buat-buat pekak.Dua minit aku terpacak, dia diam juga.Sebenarnya hendak turun di stesen hadapan.Tapi ego keras, tak mahu buka mulut.
Lain kali, berdirilah sampai mampus, aku takkan bangun.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahah! been there. no, bukan sebagai gadis berbulu ketiak.
    orang kata anak muda perlu jaga sopan santun. sekarang orang tua juga kurang ajar.
    ini diari kamu, nah dua.
  • 2) jenis penulisan PELIT (personal literature).

    susah juga ya kalau komunikasi terbatas. nak beritahu turun di depan pun susah. ha ha.
    ah 26, jangan cepat mengalah membuat kebajikan. biarkan si ego dengan sifatnya. tawar saja pada si emas atau si terkena buatan orang yang lain.
  • 3) diorang rasa diorang kuat lagi tu. tak pe, teruskan niat baik kau.
  • 4) mungkin dia marah sebab kau panggil dia 'pakcik'.
    aku muda lagi, weh! takyah nak offer tempat kau kat aku. (kata 'pakcik tu dlm hati)
  • 5) Setuju dengan Kamalia. Orang sekarang memang tampak lebih 'dewasa' dari usia sebenar.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life