Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Kepala Monitor Alpetoh
‘Kau tau tak siapa yang buat meja kau jadi macamni?’ Tanya Dimdam.
‘Aku tengah nak tuduh la ni..kau tau ke siapa buat?’ Matsudu mengerutkan kening yang hampir bersambung.
Dimdam menarik telinga Matsudu ke arah mulutnya. Dia lantas berbisik sesuatu.
‘ soh seh soh sehh..soh soh..’
‘Apa yang rahsia sangat tu?’ satu suara kecil berangin (air-voice) muncul.
Dimdam melepaskan telinga Matsudu dan menolak kawannya itu ke meja.
Bungtang kluang..!
Matsudu jatuh dengan meja-meja ke lantai. Dia lalu bangun berdiri cepat-cepat dan menyusun balik meja ala kadar.
‘Err..takde pape..takde pape..’ Dimdam dan Matsudu berkata hampir serentak.
‘Yela tu takde pape..takyah nak kaverline sangat la korang ..mesti ade pape ni kn..?’ Julita menggerak-gerakkan jari telunjuknya.
‘Betul takde pape..kalau ade pun rahsia lelaki..hehe..’
Julita lantas beredar dengan jelingan tawar. Dia duduk di tempatnya yang selang beberapa partition.
‘Eh..betul ke dia tu yang buat?’ Matsudu berbisik.
‘Iye laa..kalau kau tak percaya nanti kau cuba la siasat sendiri..’
******
Waktu makan tengah hari. Jam tepat menunjukkan pukul satu. Alpetoh segera bangun berlari keluar ke kedai makan indon berdekatan. Dia duduk di satu meja sebelah hujung dekat-dekat dengan kedai prepaid. Baru saja letak punggung di kerusi, bahunya ditolak dengan kuat oleh sesuatu.
Bangtang! Gedek gedegkang!!
Alpetoh jatuh bersepah. Dengan meja dan kerusi. Dia terduduk dia atas jalan tar bersebelahan longkang. Sipi-sipi nak masuk longkang.Kasutnya tercabut sebelah kaki kanan.
'WOIII..!! apahal…!!!? ‘ Alpetoh bingkas berdiri menolak susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di belakangnya. Lelaki yang menolaknya.
Teranjak sedikit beberapa langkah kebelakang, lelaki itu ke depan semula menekan hidung Alpetoh dengan jari telunjuk. Hidung Alpetoh sedikit terkemek membuatkan dia terhenti untuk bercakap.
‘Kau apahal Mat???! Tak pasal-pasal tolak aku pulak? Apa masalah kau ni hah??’ Alpetoh bersuara juga. Ditepisnya jari Matsudu yang menekan hidung. Dia mengutip kasut yang tercabut dan dipakai semula.
Matsudu menyentap kolar bajunya. Merapatkan hidung dengan hidung.
‘Kau baik-baik sikit eh Petoh..! Kau jangan carik pasal dengan aku.!’
Matsudu melepaskan kolar baju Alpetoh dengan kasar dan beredar dari situ.
‘Eh,eh…Apahallll…???!!!’ suara Alpetoh sengaja difalsettokan.
****
Matsudu naik ke pejabat dan melihat tempat duduknya bersepah macam kandang kuda. Kertas-kertas berterabur,kerusi terbalik, rak buku dan alat tulis semua berselerak. Monitor PC bertampal-tampal dengan sticky-note hampir sepuluh helai.
‘NAK GADUH CAKAP..!!’
‘KAU INGAT KAU HERO??’
‘JUMPA KAT BELAKANG KEDAI MAMAK’
‘PENGAMPU BOS..!!’
‘KECIK-KECIK TAK NAK MAMPOS..!’
Matsudu naik baran. Dia lantas menuju ke tempat Alpetoh dan menendang kerusi kawan sepejabatnya itu dari belakang sekuat hati. Macam gaya Otromen Gaia.
KEDUMM !!! POOMMM..!!!
Alpetoh terhantuk di monitor komputernya dan skrin monitor itu pecah meletup. Kepalanya terbenam di dalam monitor. Elektrik keluar macam anak-anak petir mengelilingi kepalanya.
Kritthhkk..krikkhhtt..krikhhtt..
‘HA…dah mati dah? Puas hati aku..!’
Matsudu pun balik ke tempat duduknya. Dia mengemas semula meja yang bersepah. Selesai saja mengemas, dia pun duduk dan mula memegang tetikus. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.Dia menoleh.
‘Alamakkkkk…’
Alpetoh berdiri di belakang dengan ‘kepala monitor’ barunya. Macam transformer pun ada.Elektrik masih keluar macam petir-petir halus. Bajunya sedikit terbakar hangus. Ada api baru terpadam.
Belum sempat Matsudu berbuat apa-apa..
Shiuuu..DEbergghhh!!
Dagunya ditumbuk dari bahagian bawah. Dia terbang laju ke siling. Tercampak. Terhentak.
Pbommm..!
Jatuh ke atas meja Julita. Roboh. Komputer dan semua barang-barang berterabur.
‘Arrrgggggggggggggghhhhh..Alelelelele..!’ gadis 30’an berkebaya itu melompat lari ketakutan sambil tangan terhayun-hayun ke atas. Lidah terjelir-jelir. Outframe entah ke mana.
Shiuuuppp!
Secepat kelipmata, tangan Alpetoh dah mencengkam tangan kiri Matsudu.
‘Buarrgghhhh…..krikthh..krikthhh.kritkkhh….Aaarghh!!’ Suara Alpetoh kedengaran menjerit dari dalam monitor yang penuh elektrik terpercik-percik. Matsudu dibaling macam anak patung.
Debum debak,---- debum debak,---- debummmm..boomm..!!! pekkkkhhh..!
Badan kawannya itu berlanggar semua meja dan partition yang ada. Pecah. Hancur. Matsudu melekat bertepek di dinding.
Sreeetttt….
Seperti cicak yang hilang kuasa elektrostatik, Matsudu jatuh ke lantai. Tersembam. Dia cedera. Baju koyak-koyak, mulut dan hidung berdarah, seluar tercarik di punggung, rambut serabai gila. Macam watak Goku dah.
‘Aduuihhhh…makk…sakit..sakitt..’
Belum tamat lagi babak mengerang Matsudu, Alpetoh datang lagi memegang kepalanya dari belakang. Alpetoh memaksa Matsudu bangun berdiri dan menariknya ke arah mesin fotostat. Kawan-kawan yang lain masing-masing takut dan lari mengelak-ngelak dari mereka berdua memberi laluan.
‘Woi..nak buat ape woi..woi..’ kedengaran suara-suara di sekeliling.
‘Dah la tu..dah la wei..nak gaduh belakang balai la wei..’
Sampai di depan mesin fotostat, Alpetoh angkat bahagian sorter kertas dan tekan muka Matsudu di atas cermin pengimbas. Matsudu meronta-ronta mahu lari tapi tak berjaya. Kekuatan Alpetoh seperti kekuatan sepuluh orang lelaki selepas kepalanya bersatu dengan monitor. Alpetoh menekan butang mesin fotostat yang paling besar.
Tettt..!!
Kertas-kertas di dalam mesin mula bergerak pantas dan cahaya hijau dari dalam mesin menyala menyuluh melintasi muka Matsudu.
Kecetttt…treettt…kecettt…treeett..
Muka Matsudu difotostat berhelai-helai. Kertas-kertas yang keluar dari bawah mesin penuh dengan wajah-wajah sakit dan meronta-ronta. Ada yang ternganga mulut, ada yang terpejam mata, ada yang terjelir lidah, dan ada yang terbeliak.
Kertas-kertas itu jatuh ke lantai dan sehelai darinya masuk ke bawah celahan lubang pintu bilik bos.
Tak sampai 15 saat, pintu bilik bos terbuka. Bos berdiri betul-betul 3 jengkal dari Alpetoh dan Matsudu. Dia memandang mereka berdua dengan muka hairan amat. Di tangannya memegang sekeping kertas muka Matsudu yang masuk ke biliknya tadi.
‘APA YANG KORANG BUAT NI???!’ Jerkah bos yang bernama Sombi bin Samsen. Dia merenyuk kertas di tangan dan membalingnya ke kepala monitor Alpetoh. Dia marah.
Suasana senyap seketika.
Alpetoh mengalih kepala monitornya memandang muka bos. Dia melepaskan kepala Matsudu. Kawannya yang dah lemah itu jatuh macam sotong lembik ke lantai. Alpetoh mengadapkan badan kepada bos.
‘Err..apa..apa yang kau nak buat..ni..relax,relax..’ Sombi bin Samsen tiba-tiba menggelabah ketakutan. Dia berundur masuk ke dalam biliknya. Belum sempat dia tutup pintu, Alpetoh menahan pintu dengan tangan.
‘Alamak..’
Alpetoh memegang kepala monitornya dengan kedua tangan. Perlahan-lahan dia cabut tarik monitor ke atas.
‘Aaaarrrghh..wargghhh..!!’
Monitor diangkat habis menampakkan muka Alpetoh yang hangit terbakar.Hitam legam. Mata putih dengan gigi saja yang kelihatan. Elektrik macam petir-petir halus masih terbaki sisa di sekitar kepala. Rambutnya terpacak. Alpetoh dah macam watak Bezita versi Super Saiya dalam cerita Dragonball. Bos cuak gila terus lari ke belakang naik ke atas mejanya.
‘Jangan belasah aku macam Matsudu..jangan la..jangan..plizzz..aku mintak ampun..!!’
Tiba-tiba…
Krit..krittthhh..
POOOOMMMMM..!!!!!!
Monitor yang masih dipegang Alpetoh di atas kepala meletup kuat.
Wuuurrrrrrhhhhh…deberggghhhh!!!
Alpetoh terpelanting jauh gila ke belakang melanggar mesin fotostat, Matsudu, dan dinding. Dinding pecah. Dia tercampak terkeluar dari pejabat.
****
Sebulan kemudian.
‘Haha..hari ni baru mula balik kerja. Sebulan jugak nak renovate balik opis ni..’ bisik Dimdam dalam hati.
Dia duduk di depan Komputer memegang tetikus.
‘Weh Dam, Mat dengan Petoh ape cer hah sekarang?’ Julita menyendeng dekat partition sebelah kanan.
‘Diorang kat hospital lagi la..bulan depan baru keluar…’
‘Sian kan diorang..tu la, gaduh lagi dalam opis..kan dah kena pecat…’ Julita gigit buah jambu batu potong dalam plastik.
‘Nasib la..sape suruh..!’
Dimdam senyum puas.
(cerita ini tiada kaitan dengan siapa-siapa. maka, jangan emo sangat lah.)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen AksiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) cerita ni dah masuk 18 SG dah ni...haha. jadi cerita ni tentang apa sebenarnya? tak faham
- kamalia
- 14 years ago
-
2) huhu..Dimdam la batu api..dia yg tak puashati dgn Matsudu.
- Rizzy
- 14 years ago
-
3) Ringkas, lucu dan ada sindiran!
- 26life
- 14 years ago
-
4) erk .. sound effect dia ganas habis. falsetto apa semua tu molek juga diberikan glosari. hehe.
- cahatomic
- 14 years ago
-
5) cerita ini ibarat spacecop gaban dengan ultraman kerja satu office.
Conflict of Interest!
haha- 26life
- 14 years ago
-
6) caha n 26 : terima kaseh sudi baca..(haha skema tak? )
falsetto tu macam suara kecik la..hehe- Rizzy
- 14 years ago
-
7) skema skema..
aku ada buku bertajuk
"Permata Yang Hilang"
dekat-dekat nak bernikah sok,
kalau nak pinjam , gi tau lah..syarat kena pulang balik hehehe- 26life
- 14 years ago
-
8) wakakaka..baik, nnt nk mnikah aku pnjam.
- Rizzy
- 14 years ago
-
9) ha ha. aku dah khatam buku tu masa darjah 6 dulu.
sumber rujukan pertama aku mengenai kehidupan yang lebih matang. roarr!- cahatomic
- 14 years ago
-
10) caha : patutla kau begini sekarang. haha. fak pcintaan.
- Rizzy
- 14 years ago
-
11) ni cerpen versi komik ke riji? adegan2 ganas yg luarbiasa di pejabat..hoho..klu aku ngamuk kat opis ni aku igt aku nak buh server ni kat kepala user yg sokmo komplain line slow..puas hati...ggrr
- paktam85
- 14 years ago
-
12) Hahaha... Suka bunyi efek cerita ni.
- ridhrohzai
- 14 years ago