Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

puding..puding..puding

 

'puding..puding..puding'

Dia terdengar jeritan itu berulang kali.


'Hoi, bila lagi?' jerit sang penjual ikan.

'Ala..nanti-nantilah'

Subuh mula menghilang. Ditangannya ada satu plastik hasil belian dipasar; Ikan cencaru (dan beberapa sayuran segar, termasuk karot dan kentang) , letak plastik dalam bakul motor.

Menderu laju motor yang ditunggangnya meninggalkan pasar.

'Balik mau goreng. Garing-garing.' sudah terbayang dalam fantasi minda.

Matahari mula tegak diatas kepala. Tatkala ini dua-tiga ekor jin tanah mula keluar berkeliaran untuk mencari makan.

Dia mula beralih ke dapur. Mahu panaskan kuali. Minyak masak mestilah dalam keadaan 'perfectos' jika mahu ikan goreng yang garing.

 

'puding..puding..puding'

Dia buka tingkap dapur.

'Allo, bila lagi?' jerit jiran belakang rumah

'Ala..nanti-nantilah'

 

Selesai menggoreng ikan. Nampak rangup. Dia lupa tanak nasi.

'Ala ratah sahaja'

Matahari mula hilang dibalik awan. Cuaca jadi redup.

 

'Macam hendak hujan' dia bilang sendirian.

Dia terus kebilik air, capai bakul kosong.

'Angkat kain jemuran sebelum hujan turun' dia congak mengikut kadar mendung.

 

'puding..puding..puding'

Leka dia mengumpul pakaian dijemuran.

 

'Awak, bila lagi?' sapa gadis sebelah rumah yang berkebetulan sedang ligat mengangkat kain dijemuran juga.

'Ala..nanti-nantilah'

 

Semua jerit tanya-tanya pasal benda yang sama.

'Miss-communicado yang sungguh incognito' katanya.

Dalam pada itu, hujan pun turun selebat-lebatnya.

Dia masuk kedalam rumah. Capai 'remote' televisyen. Petang begini enak kalau melayan drama sinetron (kalau ada lah, penulis sudah lama tidak menonton televisyen)

 

'Krringg!!!!!...Krringg!!!!..Krringg!!'

Telefon berbunyi.

 

'puding..puding..puding..'

 

Dia sahut panggilan, tapi sebelum itu,

'Sayang, bila lagi?' corong telefon berbunyi, kekasihnya telefon.

'Ala..nanti-nantilah'

 

Dia sambung semula aktiviti melayan drama televisyen. Senja bagai mahu beranjak kepada kegelapan yang mutlak.

Dia bangun lalu menuju kearah pintu.'Lihat, masih lagi hujan' katanya sendirian.

'Mana sinar bulan, mana limpahan bintang?' sambil dia pandang keluar rumah.

Dia terdengar pula satu seruan (dari pembesar suara) sayup-sayup dari luar rumah.

Mungkin ada esok lagi peluang untuknya berkata 'Ala, nanti-nantilah'?

'Ah, celaka sungguh aku kerana masih dalam kerugian'

 

Perlahan, dia bangun menuju kebilik air.

 

*****************************

 

Kelmarin dia sudah 'pasang hajat'. Hendak berubah, dari 'tak pernah' kepada niat untuk mengerjakannya.

'Perlahan-lahan, aku mampu berubah'

Habis canang 'satu kampung', untuk mereka mengingatkan dirinya yang selalu alpa.

 

Hari ini dia dapat 'satu' yang sepatutnya 'lima'. Yang wajib-Lima. Tak boleh kurang sepatutnya- kan?

'Ala, untuk permulaan'

 

'Puding, puding.. Bilalah mahu sempurna yang lima?' Arwah datuknya pernah bertanya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ada org pernah bgtau aku, bertangguh tu seronok. nikmat. tapi nanti menyesal tak sudah.
    hoi, kenapa puding? aku kalau baca cerpen kau mesti rasa geram. rasa tak puas hati sebab tak faham maksud. keseluruhan mmg aku faham, tapi kenapa puding? 2-3 kali aku ulang baca. aku kira tadi, ayat 'puding...puding' tu ada 5 kali. simbolik ke atau apa?

  • (Penulis)
    2) Nama dia puding.
    Bila dia berjanji takkan tinggalkan solat lagi, maka kawan-kawan semua beria nak bagi semangat.

    tu yang datang semua jerit 'puding..puding..puding' bila nampak dia.

    kena sebut laju-laju sebenarnya.
    puding,puding,puding
    hehe baru datang stim mulut
  • 3) puding, tak letak huruf besar. jadi aku confuse sama ada nama atau makanan. ok la boleh terima jawapan kau. tapi aku musykil jugak kenapa puding? selain menimbulkan stim pada mulut...ya, nama yang pelik dan sedikit lucu

  • (Penulis)
    4) Nama Puding aku ambil sempena dengan nama seorang penjual barangan 'hardware/kayu/peralatan bina rumah' dikampung.
    Satu kampung panggil dia Puding.Tak tahu nama sebenar dia sampai skang.

    kalau letak huruf besar, aku risau ia akan membuang 'keseronokkan' untuk menyebutnya secara berulang kali
  • 5) comelnye nama dia puding. hurm unik cerita ni.
  • 6) ingatkan diorg minta puding.. hahaha.. menarikzz ^^
  • 7) 26, ko memang membuatkan aku merasa nak makan puding 3 kali sehari lah! Sempudal betullah! (sempudal tu aku pun tak tahu maknanya, main petik je!)
  • 8) waktu aku baca tadi, aku lupa lihat penulisnya. aku ingat kurusawa! hahaha
    sekali .. la. 26life!

    ah mengapa mula-mula aku macam terbayang ini tulisan kurusawa, tidak pula dikenalpasti.

    nama puding tu bagus sebab buat aku ingat ini cerita pasal makanan. di akhirnya baru tahu! tarikan yang baik untuk pembaca membaca sampai habis.
  • 9) caha: aku tulisan aku tak secermat 26life!! aku cincai boncai!
  • 10) kan aku dah kata!!
  • 11) i like~ hehe.
  • 12) klasik sungguh bunyi telefon puding... Krringg!!!!!...Krringg!!!!..Krringg!!... hehe.. bro, berjaya x puding berubah?

  • (Penulis)
    13) Terima kasih semua sebab sudi komen.

    Toti : 'puding' hadir dalam setiap diri kita.
  • 14) Hai lah puding... Hehehe...

    Saya dapat mesejnya.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life