Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Denganmu Kutenang
Pagi Rabu, aku bangun dari lena yang nyenyak setelah sehari suntuk semalam berkerja keras menyiapkan tugasan di pejabat. Dengan rambut masih serabai, air liur basi kering di pipi, aku mendail satu nombor di senarai panggilan pada telefon bimbitku.
‘..Helo..’ suara lembut menjawab.
‘..Helo sayang, esok bos I outstation. So I rasa nak ajak yu kelua la. Kite pegi tengok wayang jom..’ Aku berkata sambil membuang taik mata sebelah kanan.
‘..Oh, okey, nak tengok cerita apa?’
‘Nanti la kita bincang nak tengok cerita apa eh, I nak siap pegi kerja..ok bye.. :)’ Kalau guna 3g mesti gefren aku dah nampak muka aku senyum. Aku bingkas mencapai tuala dan masuk ke tandas sambil menggeliat.
‘Arrrkkhhhhhhhhh…’
*****
‘Mondok, esok aku pegi outstation kat Kampong Pandan, kau jaga budak-budak eh. Pastikan episod 5 dengan 6 sampai kat editing esok..push sikit budak-budak buat keje..’ Bos menghisap rokok sepam. Dihembusnya asap dekat baju kemeja aku.
‘Ok bos..’ aku keluar dari bilik dia. Poket seluar kuseluk mengambil telefon bimbit. Aku menaip mesej.
‘Sayang, esok I rasa tak jadi la pegi tengok wayang, tuka plen la..rasa nak pegi pantai la..huhu’
TUNUT,TUNUT..
‘Laa..kenapa pulak tak jadi?’
‘Saja-saja nak tukar plen. Haha. Ok tak?’
TUNUT,TUNUT..
‘Ok je..i tak kesah.’
Aku duduk di satu meja sambil mencekik nasi berlauk ikan kembung. Makan tengahari. Datang kawan aku bernama Sumi duduk meletakkan pinggannya yang penuh dengan lauk sotong.
‘Mon, aku dengar kau mengampu bos kaw-kaw sebab nak naik pangkat jadi director,..betul ke?’
‘Mana kau dengar cerita ni Mi? mana ada aku mengampu. Aku buat keje macam biasa je la..’ Aku menghirup air sirap ais.
‘Aku dengar bos sendiri yang cakap..haha. takde la…aku gurau je..hehe. Eh, kau tahu kan bini bos tu cikgu kat sekolah depan simpang sebelum masuk area ni?’ Sumi tukar cerita.
‘Eh, yeke..tak tahu pulak aku ..kau pernah jumpa ke?’
‘Ade la sekali tu aku nampak bos ambik dia balik sekolah..cun gila siot bini dia..seyes..!’
‘Betul ke ? Ala…stendet la pumpuan.Kalau laki kaya muka pecah pun sanggup. Bos macamtu punya kening pun nak..’ Aku mengelap mulut dengan tisu. Pinggan yang dah licin aku tolak sedikit ke tengah meja.
*****
‘Mat, aku esok ada hal sikit nak settlekan pasal episod 7. Aku nak pegi jumpa penulis skrip, so aku lantik kau jaga budak-budak. . boleh?’ Aku memegang bahu Mamat bin Saspenden.
‘Oh..Okey, takde hal la..’ Mamat buat isyarat ibu jari.
TUNUT, TUNUT..Sebuah mesej masuk.
‘Sayang, esok kita nak pegi pantai mana?’
‘Port Dickson’
Aku duduk di depan komputer menyusun fail-fail video masuk dalam folder.
****
Esoknya, aku keluar awal pagi menuju ke rumah gefren aku. Pukul 9. Sampai depan rumah aku tekan hon 3,4 kali. Gefren aku berlari-lari anak keluar dari pintu pagar. Dia buka pintu kereta Myvi ku.
‘Sori, sori..i buat breakfast tadi..untuk..’ Sarah berhenti bercakap bila aku memegang tangannya.Dia senyum manja.
Aku membalas senyuman sambil menekan pedal minyak.
‘Harap-harap kat pantai pagi-pagi ni takde orang sangat la..’ Aku bersuara.
Sesampainya di pantai, sesudah memparkir,aku mencapai gitar di tempat duduk belakang.Gefrenku yang memakai dress putih dan bertopi tersenyum sambil membetul-betulkan rambutnya.
‘Sayang..Bos I balik petang kan?’ Aku bertanya spontan.
‘Haah..hubby I kata dalam pukul 6 macamtu dia sampai..’ Gefrenku menjawab selamba. Dia membelek cincin emas bertatahkan batu permata di jari manis kirinya. Kami pun berpegangan tangan berlari menuju ke pantai.
(cerita ini hanya mengarut. Maka, sila enjoy lagu arab di atas dengan hati yang hepi :p )
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) apa motif ni?
- Kekasih
- 14 years ago
-
2) motif tampuk manggis.
- Rizzy
- 14 years ago
-
3) hehe, nice twist kat hujung tu. dalam pokpek pokpek dengan orang lain. rupanya.. ehehem!
- cahatomic
- 14 years ago
-
4) ceh, skandal dgn bini bos rupa-rupanya. memang menjadi twist itu
- kamalia
- 14 years ago
-
5) ces...........
- Choco
- 14 years ago
-
6) Dalam karya Rizzy aku boleh kenal nama-nama manusia yang unik
- 26life
- 14 years ago
-
7) haha. kalau nak feel betul2 cerpen ni habis je baca terus play lagu tu. sambungan Mondok ngn gefren dia kat pantai. hehe
- Rizzy
- 14 years ago
-
8) haha...
riji n kuru is jelmaan p.ramlee.dlm satu dimensi yg berlainan..kohkoh..- paktam85
- 14 years ago
-
9) Hohoho, twist yang menjadi. Memang tak sangka.
- ridhrohzai
- 14 years ago
-
10) best!
- jacquenne
- 13 years ago