Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#4 Trek Sintetik Dan Reformasi Kesihatan Saya

 

Permainan atau bermain bukan sesuatu yang asing dalam diri saya. Ianya adalah signifikasi diri yang secara ramalan benarnya, saya tak pernah berminat untuk bermain,bersukan mahupun mendekatinya.

Pada hemah saya (idea kehebatan) , aktiviti sebegini amat menyusahkan dan memenatkan badan.Peluh keluar menitik, penat mengharung tiap liang roma yang berkumuh. Lantaran itu, daki akan mula berkumpul jika gagal untuk membersihkannya semasa mandi.

Ini adalah 'kehebatan' yang saya cipta sendiri secara tertegaknya benang yang basah.

Positifnya diri saya terhadap tanggapan ini adalah secara fasisnya, adalah benar mengikut kata otak, bukan hati. Saya tak berikan alasan untuk 'kehebatan menolak bersukan', cukup sekadar malas. Bukan tiruan semata-mata untuk kekal sihat.

(Sehingga kini saya masih lagi mengalami kesukaran untuk bernafas akibat dari tabiat merokok. Jangan kata ianya membazir, kerana rokok saya percuma. Saya tahu, ianya adalah salah untuk mengabaikan kesihatan. Doktor yang mengerti perasaan saya pernah berpesan 'You minum tak mengapa tapi jangan selalu, tapi merokok mesti stop!')

Sehinggalah pada suatu hari,

Saya gering secara berdiri. Saya dapati amat sukar untuk kaki ini melangkah. Terasa betapa benarnya istilah 'cramp' yang menjadi mainan alasan untuk tak menyertai aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Diseret macamana sekalipun, saya tetap tidak akan hadir untuk aktiviti tersebut.

Ironinya adalah saya merupakan antara wakil sekolah peringkat daerah dalam aktiviti 'Merentas Desa'.Pihak sekolah tidak membuat 'seleksi', maka saya sertainya secara terpaksa untuk memenuhi ruangan dalam Sijil Akuan Sekolah.

Saya berjaya menghabiskannya ditempat kedua terakhir. Rakan sekolah berada ditempat terakhir (Walaupun secara dangkalnya, beliau masih lagi sehingga sekarang menyatakan yang saya lah yang terakhir sekali)

Saya dapati juga (selepas beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan) isi kandungan pada Sijil Akuan Sekolah, sememangnya tidak berguna langsung.Pihak falkuti tak pernah minta pun Sijil Akuan Sekolah. Kursus saya pada waktu itu adalah berlatarbelakangkan  Kalkulus dan bahasa pengaturcaraan.

Berbalik kepada naratif asal.

Saya dapati betapa sukar untuk mengerakkan kaki kanan. Bahagian lutut terasa terlalu ngilu sekali. Amat tertekan pada waktu itu kerana saya berada di keadaan menuruni anak tangga. Secara infonya, ianya adalah anak tangga yang pertama.

Setelah selesai menuruni anak tangga (dengan penuh seksa), saya berjumpa dengan seorang rakan sepejabat (Dia adalah ketua penyelia saya, sebenarnya) minta untuk diurut. Hampir sahaja saya mahu ke pusat urut badan yang berdekatan tapi bila mengenangkan mereka lebih suka kearah 'urut batin', saya batalkan sahaja niat tersebut.

Setakat 'urut batin', dirumah pun boleh, lakukan sendiri.

Rakan sepejabat (Ketua Penyelia) mengurut dari peha hingga ke betis kanan saya. Agak meraung jugalah, sakit. Beliau tidak menyentuh pada sendi lutut, yang pada perkiraan saya itulah tempat yang paling bisa sekali.

'Ini semua telur goreng, ayam percik, masak lemak lekat pada kaki' katanya.

Jangan salahkan saya, kerana segala makanan tersebut adalah hasil dari 'hasutan'-nya mengajak saya 'sarapan pagi dan minum petang' setiap hari. Lagipun dia yang bayar.

Selesai mengurut, saya berasa amat lega sekali.Dihati saya, 'perlu buat reformasi kesihatan'. Ianya pasti bermula dengan memeriksa duit didalam dompet (saya menuju ke bank, kerana duit dalam dompet tak cukup) dan sebuah kedai menjual kasut sukan. Prinsip 'Kehebatan menolak aktiviti bersukan' harus saya padamkan dalam tiang-tiang disiplin diri.

'Mahu rasa hebat, harus pakai sekurang-kurangnya New Balance atau mahu nampak elit, jenama Asics' Saya beli jenama yang pertama tadi.Terbang kira-kira dua ratus ringgit untuk sepasang kasut. Tapak kaki saya lebar, maka saya beli yang dari jenis 'wide body'.

Tak mengapa demi 'Reformasi Kesihatan' yang saya dogma kan pada minda sebentar tadi.

Baju dan seluar pula saya pilih jenama Nike, dalam jualan murah, pada hari yang sama. Nekad itu sudah pasti.

Secara bertuahnya, terdapat stadium komuniti berhampiran dengan tempat saya bekerja. Treknya berwarna merah bata.'Trek Sintetik' bicara seorang teman, saya anggukkan sahaja tanpa mengerti apa maksudnya. Yang penting, trek sebegini membuatkan tumit saya tidak sakit atau melecet kaki gaya Achilles.

Untuk memulakan aktiviti berjogging, kita perlukan semangat. Mungkin dari kawan-kawan akan sekadar perli atau mengata manja.Tak mengapa, untuk jiwa yang sihat.(Perlu dingatkan, kita harus 'warm up' juga sebelum berjogging untuk mengelakkan diri dari dimalukan secara automatis dikhalayak ramai. Mereka yang berjogging di stadium, adalah golongan elit berprofil rendah.)

Jadi, saya beralih kepada motivasi yang lain.

Untuk itu, saya buka sisi 'pervert' demi kesihatan.

Saya dapati bila kita berjogging mengekori gadis-gadis yang berpunggung cantik membolehkan kita untuk stabil dan langkah menjadi lebih seragam. Maka, itulah yang saya lakukan. Saya pastikan yang gadis-gadis yang saya 'ekori' ini tidak terlalu laju atau perlahan ketika berjogging. Jangan buat kesilapan untuk tidak mengukur kekuatan diri.

'Jadikan punggung mereka sebagai paksi disiplin jogging saya' adalah kertas kerja yang saya hitung/kaji sewaktu memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti tersebut.

Satu lagi, saya juga membawa pemain MP3 (juga baru dibeli dengan harga seratus lima puluh). Beberapa seleksi 'grindcore' menjadi 'setlist' saya. Ini adalah kerana ketukan drum yang mantap mampu membuatkan kaki mengikut rentak yang tetap tanpa alasan dangkal untuk jadi longlai. Berjogging dalam keadaan mengekalkan imej ‘Punk Rocker’ adalah isi sampingan yang tak kurang penting dalam naratif ini. Gel rambut juga harus ada dan saya kenakan agar rambut sentiasa tegak terpacak.

Untuk seminggu yang pertama, saya kelihatan laju berlari (dalam keadaan mengejar punggung yang cantik.) Stamina saya sungguh mantap dan terasa sihat. Kaki pun tidak mengalami sindrom ‘cramp’ lagi. Saya juga sudah kurangkan aktiviti merokok.

Pada minggu kedua, larian saya menjadi sedikit perlahan.Saya tidak kisah jika tertinggal jauh bila mengejar punggung-punggung seksi kerana saya faham akan lumrah sesuatu yang bulat pasti akan berpusing bagai roda.Dalam hal ini, trek di stadium itu sendiri. (Saya juga telah mula kembali kepada tabiat asal, sedikit demi sedikit merokok semula)

Ketika berjogging, saya hanyut dalam buaian lagu-lagu yang dipasang menggunakan pemain MP3. Sesekali berselisih dengan beberapa orang kenalan (orang tua-tua) yang menghabiskan masa petang mereka dengan berjogging (atau seperti saya pada niat yang kedua, mahu lihat punggung yang cantik)

Hinggalah pada suatu petang yang lewat, ketika saya sedang 'sibuk' berjogging. Dua orang gadis (juga saya pastikan mempunyai punggung yang cantik) berlari anak melepasi saya. Sengaja saya biarkan sebenarnya. Ianya adalah sumber motivasi percuma yang bagaikan berlari manja mengelilingi dunia jogging milik saya.

Saya nampak kelibat beberapa orang pesara kerajaan. Saya kenal sangat dengan mereka kerana selalu menghadiri mesyuarat kerja bersama-sama dahulu. Diantaranya abang Mus, abang Nasir dan Wak Leman. Mereka (trio berkenaan) kelihatan sedang duduk dibangku stadium.

Bukan untuk melepak saya kira kerana trio ini amat pantas sekali larian mereka. Setakat dua puluh pusingan padang adalah 'benda biasa' bagi trio tersebut. 'Pacesetters'-lah kata orang sukan. Saya akuinya setelah dua minggu berjogging disini (dan selepas itu, menikmati hidangan nasi lemak bersama-sama digerai berhampiran stadium berkenaan, punca kepada merosotnya larian saya pada minggu kedua.)

Kelihatan abang Nasir melambai dan seperti berkata sesuatu kepada saya.

Dek kerana memasang lagu yang terlalu kuat, saya tak pasti apa yang mereka kumat-kamitkan kearah saya. Lalu saya ambil langkah untuk mencabut 'earphones' yang terlekat pada telinga.

"Apa dia bang?" saya senyum bertanya.

"Hoi, buang jer kad pengenalan kau tu kalau setakat 'tiga round' sehari " laung abang Nasir kuat-kuat sambil Wak Leman sama abang Mus mengekek dibangku yang sama.

Dua orang gadis yang melepasi saya tadi, menoleh kebelakang dan turut sama ketawa.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jogging memang kena ada motivasi dan punggung2 cantik memang antara motivasi yang sgt unggul. tak caya tanya caha kih3
  • 2) aku selalu berjalan pulang dari stesen LRT ke rumah. selalu terserempak dgn seorg lelaki kulit putih yang sering mengnakan jeans ketika berjalan laju-laju menuju ke arah rumah beliau.
    motivasi kita tidak jauh berbeza.
  • 3) aku suka joging kat taman sebab takde trek sintetik dan orang tak perasan berapa round kita pusing taman (pilihan motivasi pun pelbagai)

  • (Penulis)
    4) Kalau setakat berlari sahaja memang perlukan kecekalan.
    Biasanya lepas 3-4 round kita sudah mula berjalan dari berlari

    'berjogging boleh hilangkan boroi'
    ingat tu..
  • 5) dulu setiap kali jog dan short-dash aku bayangkan aku mengejar lawan di dalam gelanggang futsal.

    kini lutut sudah out. badan sudah bloat.
    maka tiada motivasi lagi.
    mewidekan body sewidewidenya. (teringat boot reebok side winder aku dulu)

    cerita santai. konfliknya pun santai. mesejnya pun santai. ha ha.
  • 6) ah .. nakalnya pun santai

    kinabatangan! duduk!
  • 7) Mesej kesihatan yang baik. Kalau malas nak berjogging, menari saja.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life