Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#4: Yang Seperti Permainan Susun Suai Gambar

 

‘ Aku nampak apa yang ada di dalam mata kau,’ kata lelaki tua yang duduk di sebelah Husnan.

  Husnan sedikit terperanjat kerana dia tidak sedar bila lelaki itu duduk menemannya di bangku stesen bas Kuala Selangor. Mahu tergelak pun ada. Sesiapa pun pasti lihat iris di dalam bola mata Husnan.

  ‘ Kau rindu dia kan?’ lelaki tua yang memakai singlet putih di sebelah Husnan bertanya. Serta-merta Husnan memeluk beg kanvas berwarna hijau yang setia digalas ke mana sahaja. Beg itu pemberian Robiah, si pencuri hati Husnan.

   Lelaki tua berjambang di sebelah Husnan tertawa. Husnan, seorang pemuda berusia 25 tahun, mula kaget. Waktu sekarang baru jam dua petang, tidak mungkin lelaki ini hantu. Husnan cuba mengintai kaki si lelaki tua. Ada, kedua-duanya tersarung ke dalam sepasang selipar yang kelihatan sudah buruk.

  ‘ Rindu…bila rasa rindu, hati sudah jadi tidak ubah seperti permainan teka-teki susun suai gambar. Kau pernah main susun suai gambar?’

  Husnan mengangguk. Lagaknya seperti orang yang terkena ilmu pukau. Sebenarnya, Husnan sendiri bingung. Perlukah dia melarikan diri daripada lelaki ini? Atau biarkan sahaja asalkan dia tidak dipengapakan? Sementara otaknya masih keras berfikir, Husnan duduk sahaja di situ.

  Sebagai langkah berjaga-jaga, Husnan cuba mengesot sedikit menjauhi si pemikir.

  ‘ Kau rasa, bila kau rindu, hati kau tidak lengkap. Kau rasa bila kau dekat dengan dia atau cuba untuk mendekatkan diri pada si dia, rindu kau akan hilang dan kekosongan dalam hati kau terisi.’

  Lelaki tua, ataupun dipanggil si pemikir oleh Husnan, memandang jauh ke depan. Entah apalah yang nampak dek mata si pemikir, Husnan tidak pasti. Nampak seperti si pemikir sedang melayan tayangan memori di dalam kepala sendiri.

  Melihatkan si pemikir yang leka di dalam lamunan sendiri, Husnan mencuri pandang akan pakaian lelaki itu. Si pemikir berkain pelikat, berselipar buruk dan bersinglet putih. Jambangnya tidak seperti milik Sasterawan Negara, A Samad Said, pendek sedikit. Husnan teringat akan kisahnya berbual dengan orang gila di Pasar Budaya. Tolonglah, dia tidak sanggup menghadapi keadaan seperti itu lagi. Cukup perit bila diejek ‘kawan orang gila’ selepas kejadian itu.

  ‘ Bila…ehem.’ Tersentak Husnan dibuatnya. Si pemikir tersedak agaknya. 

  ‘ Ye?’ Husnan cuba berlagak sopan, tidak mahu kegiatannya diketahui si pemikir.

  ‘ Ada suara rupanya. Aku ingatkan kau bisu. Haha..’ meledak tawa daripada mulut sang pemikir. Husnan turut ketawa sama.

  ‘ Bila kau dah sayangkan seseorang, kau sudah hilang hak milik atas sebahagian daripada hati kau.’

  Wow, bisik hati Husnan.

  ‘ Kau akan rasa tidak lengkap dan kau akan rasa rindu. Bila kau bersama dengan si dia, kau rasa semuanya lengkap. Bila berjauhan, gambar yang lengkap sudah jadi rompong. Ada lubang di sana-sini. Kan?’ kali ini, si pemikir memusingkan badannya menghadap Husnan.

  Husnan telan air liur. Hebat falsafah si pemikir ini.

  ‘ Kau pandang gambar dia untuk cipta semula gambar yang sempurna, seperti dalam permainan yang aku sebut tadi. Ataupun, kau telefon dia.’

  ‘ Atau baca surat-surat dia,’ laju sahaja kata-kata itu menjengah keluar dari mulut Husnan.

  Si pemikir cuma senyum.

  ‘ Tetapi ia sudah tidak sama. Bila hati kau sudah dicuri seseorang, ia sudah jadi semacam permainan susun suai gambar yang sudah tidak cukup.’

  Si pemikir mengakhiri kata-katanya dengan senyuman. Kemudian, dikalihkan badan ke arah deretan kedai di sebelah stesen bas.

  Susun suai gambar. Wah! Hebat si pemikir ini. Dia seperti dapat membaca setiap apa yang difikirkan oleh Husnan. .

  ‘ Assalamualaikum…’ muncul pula satu suara lain. Husnan mengalih pandang ke arah si pemikir.

  Seorang lelaki muda berkemeja biru sedang memegang tangan si pemikir.

  ‘ Waalaikumussalam,’ Husnan menyahut salam antara dengar dengan tidak.

  ‘ Maaf saudara. Ayah saya mengganggu saudarakah?’ lelaki muda itu pula bertanya.

  Ayah? ‘ Eh, tidaklah saudara!’ Husnan menggelengkan kepala sedikit.

  ‘ Ah, lega saya mendengarnya! Maaf saudara, kami minta diri dulu, ya? Kami mahu ke hospital,’ lelaki muda itu memimpin tangan si pemikir.

  ‘ Ya, baiklah,’ Husnan mengangguk.

    Husnan yang masih lagi kagum dengan kata-kata si pemikir, terus memandang kepada kedua-dua lelaki itu. Mereka berjalan menuju ke arah sebuah van.

 Yang berwarna putih.

 Yang kelihatan seperti ambulan.

 Yang kelihatan seperti kenderaan kepunyaan pihak hospital.

   ‘ Tampoi…’ Husnan mebaca tulisan di atas van itu.

  " Pak Jalil nampaknya masih tidak sihat. Nasib kau baik, semalam dia mengamuk terbalikkan meja di restoran depan itu,' muncul satu suara di belakang Husnan. 

  Terkena lagi Husnan nampaknya. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow. tulisan ucu. kemasnya (albeit dengan beberapa kesalahan ejaan)

    kemon husnan. selamatkan pakcik itu. kau tahukan dia tak gila. dia pemikir (bukan pemikit) yang membaca hatimu! oh husnan!

    robiah .. kau rindukan husnan?

  • (Penulis)
    2) terima kasih. sudah dibetulkan ejaan heee.
  • 3) wow!

    tapi betullah ucu, bila suka seseorang, hati bagai telah cebisan jigsaw yang hilang. it becomes incomplete. ada lubang di sana dan di sini. ececeh.

    that's the beauty of love.

  • (Penulis)
    4) syud: kan? macam tak cukup. macam tidak kena. macam-macamlah.

    love can be anything, honey. we have to decide what it would be .
  • 5) boleh jadi pemikir bila mengungkapkan sesuatu yang pelik-pelik.
  • 6) Personifikasi dan metafora yang menarik! Ditambah sedikit humor pada penamatnya. Kemas.
  • 7) org gila agaknya kadang2 lebih waras drp org waras sendiri, ye dak? jadi gila sebab terlalu banyak berfikir kot?

    tiba2 teringat watak leonardo de caprio dlm shutter island
  • 8) terkadang mutiara hikmah itu datang dalam bentuk yg x terduga... hidup ini memang gila!


  • (Penulis)
    9) 26life dan kamalia: fikir byk-byk pun silap-silap oleh gila
    Ridh: terima kasih sudi baca
    Toti: itulah yang saya selalu fikir. Dunia ini mmg gila!
  • 10) suka dengan filosofi cinta dalam tulisan ini terutama yang ini, ‘ Bila kau dah sayangkan seseorang, kau sudah hilang hak milik atas sebahagian daripada hati kau.’


  • (Penulis)
    11) lightnur: ah terima kasih sudi baca . haha harap ia dpt beri inspirasi.
  • 12) saya juga suke ayat yg lightnur suke tu..

    susun suai gambar. mcm begitu panjang nak tulis kan.. tapi xpe, demi memartabatkan bahasa melayu, maka panjang pun panjang lahhh..
  • 13) ewah ewah...mcm puisi Puzzle Cinta...hehe..nice ucu..kdg2 org yg sakit mental mempunyai pemikiran yg tinggi juga...
  • 14) sedikit terganggu sebab banyak dialog (aku ni tak imaginatif skek) dan mungkin kene baca banyak kali kot untuk lebih memahami hubungan mana paling berat dalam cerpen ni.

    ucu as usual excellent la kan!

  • (Penulis)
    15) nia: ye begitulah. mula-mula tu tak tahu juga.
    paktam: itulah, kita tak tau sejauh mana pesakit mental boleh berfikir
    ancalime: ah aku pulak ingatkan dialog lebih mudah dihadam. sori sori.
  • 16) Ucu.. that's just me kot. sebab tu la cerpen aku dialog sangat minimal. aku kena belajar dari kau ni!

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer