Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
PCB#4: Kelab Memanah Cinta Bersepuh Emas Pelsu
Pagi itu, Jamdol pergi ke padang sasar memanah yang terletak hanya 5 langkah daripada rumah emaknya. Ini adalah disebabkan, pemilik padang memanah tersebut ialah sepupu kepada nenek menakan emak Jamdol. Tanah itu milik keluarga Jamdol. Diwariskan oleh moyang Jamdol kepada sepupu nenek menakannya yang berpenyakit lemah usus.
Lima tahun yang lalu, sewaktu tanah lapang di sebelah rumah emak Jamdol itu hendak dijadikan padang memanah, ramai penduduk kampung yang menghalang. Antara sebab mereka membantah ialah, i) tanah lapang itu sebenarnya lebih sesuai dijadikan padang ragut untuk ternakan ( kata Pak Maonin, pemilik sekawan kambing ganas); ii) tanah lapang itu betul-betul bersebelahan dengan surau kampung ( membimbangkan, kata Tok Siak ). Sebab –sebab yang lain, tak mampu pula dititipkan di sini(sebenarnya saya malas nak tulis).
Maka, berjalanlah Jamdol menuju ‘kaunter mengambil anak panah dan busur, sepuluh ringgit satu jam’ di padang memanah itu. Kaunter itu terletak di bucu kiri arah selatan padang tersebut. Ia hanyalah sebuah pondok yang kecil, seluas 15 X 20 kaki persegi. Sesampai di hadapan kaunter tersebut, Jamdol ditegur oleh pekerja kaunter.
“awal hari ni Jamdol? Dah buat womap?”
“eh! Ye ke awal kak Nap? Saya ingat saya yang paling lambat!”
“hmm…awal Jamdol! ahli pasukan kau yang lain pun tak datang lagi..dah womap?”
“hmm..nak womap la ni..”
“tak womap, akak tak bagi alat menanah kau!”
“apa kak? MENANAH?!”
Kak Jenap buat bodoh pada soalan Jamdol. Dia terus mengunyah jeruk kelubi sambil membaca majalah gossip “Majalah Selak-menyelak”.
Jamdol mula membuat lompat bintang apabila rakan pasukan kelab memanahnya mula hadir beramai-ramai. Adu si gatal, Mamot si becok, Dengkoi si latah dan Mariah si Labuh.Selesai membuat warm-up beramai-ramai ( kak Jenap juga turut serta!), kesemua ahli kelab memanah mengambil alatan masing-masing.
...........................................
Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun “Aku Machio el Diablo” :
Himpunan cerpen tulisan Kurusawa yang memuatkan 10 buah cerpen.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen AksiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) itulah jamdol ni..tempeleng kan je..org kata jgn tu adalah sbbnya..huhu..
- paktam85
- 14 years ago
-
2) cerita ini ada kelakarnya, terutama pada gelaran kelima-lima ahli pasukan dan nama pasukan memanah.
- lightnur
- 14 years ago
-
3) Kalau diterangkan dengan lebih lanjut bagaimana caranya mereka 'warm-up', mungkin akan jadi lebih menarik
Kenapa tok siak bangkitkan isu sapu sampah? anak panah bersepah depan tangga surau?- 26life
- 14 years ago
-
4) Cerita terbaik di dalam Kapasitor, setakat ini.
Kalau fikiran Kurusawa tidak berbeza dengan fikiran saya, alangkah hebatnya beliau kerana mampu menulis cerita seperti ini.
Harapnya, saya tak berfikir terlalu jauh. Dan, ya, cerita ini penuh, lapik.- PETAK
- 14 years ago
-
5) alamak, penuh lapik ker? apsal aku tak terbayang lapikannya? (nampak yg tersurat je). anyway, cerpen pak kurus memang sentiasa menghiburkan! i like!
- NJay
- 14 years ago
-
6) he he..PETAK memang hebat..(takpe fikir jauh..)
(aku tak hebat pun, lemah sangat )
anyway, tersurat atau tersirat, terpulang kepada pembaca. kalau dapat tersirat, bagus juga.- Kurusawa
- 14 years ago
-
7) sepatutnya panah di dahi. barulah tak boleh lagi marah jamdol dan tanya siapa yang mahu sapu sampah.
ah tok siak ni.- cahatomic
- 14 years ago
-
8) tepat ke perut tok siak. alaa.. tok siak join sekali la acara memanah tu, barula tak kena anak panah ye tak?
- Johari Rahmad
- 14 years ago
-
9) nasib baik kena kat perut tok siak. kalau kena kat hati? mau ambik masa nak baik tu...
- kamalia
- 14 years ago
-
10) ha ha ha
- safie4z
- 14 years ago
-
11) wow Tok Siak.. dah ala2 berjihad pulak kene panah kat perot.. hehee
- Ancalime
- 14 years ago