Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
kaki tangan
Gundal terjaga daripada tidurnya. Dia menguap lagi.Tapi yang menghairankannya, tangan kanannya tiba-tiba saja menutup koyakan bibirnya yang ternganga luas. Lebih mengejutkannya, ialah kedua belah kakinya segera menurunkan tubuhnya daripada katil. Dia mendapati dirinya berdiri segera dan melangkah ke bilik air. Gundal terpaksa mandi seawal jam 5.45 pagi.
“apa ni!! Woi! Woi! Berenti! Stop!! Blurppp..purll,,,,brrr!!”
Gundal menjerit sambil mencuba menahan kedua tangannya daripada terus mencedok air kolah untuk menyiram tubuh. Malangnya gagal. Bagaimana mahu menghalang kedua tangan sendiri? Gundal merasakan satu perasaan yang ganjil. Dia mendapati bahawa seolah-olah kedua tangan dan kakinya bukan miliknya. Dia berasa di kawal oleh kedua tangan dan kakinya. Selesai dimandikan, Gundal dipaksa memakai pakaian dan mengambil wudhu’. Tangan kanannya sekali lagi membuat kejutan dan meletakkan sesuatu di atas kepalanya.
“kopiah?!”
Sekali lagi Gundal hairan. Setahunya, tak pernah ada benda macam tu di biliknya. Gundal seterusnya terpaksa melangkah keluar rumah. Dia mendapati kakinya membawanya ke surau kampung.
“apa ni?!!”
Keluh Gundal tatkala dia masuk ke dalam surau. Gundal dipaksa melakukan solat subuh berjemaah pagi itu. Selesai bersalaman dengan tok imam dan jemaah lain, Gundal dipaksa pulang ke rumahnya semula. Sambil berjalan, gundal ketawa kuat-kuat!
“hehe! Hee! He!!..sekurang-kurangnya aku tak baca sepatah haram pun masa solat tadi!”
“pang!”
“aduih!”
Bibir Gundal berdarah dilempang tangan kirinya sendiri. Gundal berasa geram dan marah. Sesampai di rumah, dia memaksa kakinya sedaya-upaya ke dapur. Tiba di dapur, dia memaksa tangan kanannya mengambil pisau. Sedaya- upaya Gundal memaksa tangan kanannya menggengam pisau, terketar-ketar. Dipaksanya untuk menetak tangan kirinya. Tangan kirinya melawan dan menghalang!
“keletang!”
Pisau itu jatuh ke dalam sinki.
“Arrgggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Gundal bingung. Dia terduduk melawan kehendak kedua tangan dan kakinya. Otaknya ligat berfikir.
“huh! Huh! Apa dah jadi ni?!! Apahal?!!! Kenapa???!!!!”
Gundal cuba menghantar isyarat daripada otaknya ke kedua tangannya agar menepuk dahi. Tapi gagal. Tangan kanan dan kirinya terus ingkar dan kekal mempunyai pemikiran sendiri.
Tiba-tiba kedua kaki Gundal mengangkat badannya.
“adoi!! Nak pegi mana pulak ni!!!!”
Jeritan gundal langsung tak diendahkan tangan dan kakinya. Gundal mendapati dirinya dibawa keluar rumah sekali lagi. Dia terpaksa berjalan melintasi rumah-rumah sekitar kampungnya. Sesudah 15 minit berjalan, sampailah Gundal ke sebuah rumah yang terletak di sebelah sebatang sungai. Ramai orang sedang berkerumun di sekitar luar dan dalam rumah tersebut. Apabila Gundal menghampiri rumah tersebut, dia dapat merasakan satu perasaan yang aneh. Tangan dan kakinya menjadi agak tenang dan tidak kasar lagi. Orang ramai mula membuka jalan untuknya. Mereka semua memandangnya tanpa berkata sepatah pun. Gundal terus di bawa ke tangga rumah tersebut. Sebaik berhenti, Gundal di sambut oleh seorang makcik tua.
“mari nak, mari naik”
Seperti terbiasa, kedua kaki Gundal membawanya naik ke dalam rumah tersebut. Di beranda, ramai orang lelaki sedang duduk bersila. Ada yang berseluar, ada yang berkain pelikat, dan ada juga yang berjubah.
“Apa ni?!! Apahal pulak aku dibawak ke sini?”
Gundal meneka-neka tanpa arah.
“selamat datang Gundal!, mari duduk !”
Makcik tua tadi mengarahkan Gundal duduk di satu sudut diantara orang ramai. Seperti tadi, kaki dan tangannya akur. Dia terduduk bersila menunggu arahan yang seterusnya. Datang seorang gadis meletakkan secawan teh di hadapannya. Tanpa mengucapkan terima kasih, Gundal dipaksa minum. Selesai minum, Gundal didatangi makcik tadi dan seorang lelaki tua. Mereka berdua duduk menghadap Gundal. Orang ramai terus memberi perhatian kepada mereka bertiga. Gundal menjadi resah dan gelisah secara mendadak. Semua mata memandangnya. Di saat itu, Gundal terasa ingin lari. Dia mencuba sekuat tenaganya. Namun dia terus dipaksa terpaku di situ. Lima saat berlalu tanpa suara daripada sesiapa. Hanya renungan dan bunyi dengusan nafas berlaga. Tiba-tiba, lelaki tua di hadapan Gundal membuka mulutnya.
“kau tahu kenapa kami ramai-ramai kat sini?”
Gundal hanya mampu menggeleng.
“kau tahu kenapa kau datang sini?”
Geleng lagi.
“tengok betul-betul”
Gundal tak faham.
“tengok apa ?!!!”
Gundal menaikkan suara.
“pang!”
Pipi kirinya dilempang lagi oleh tangan kirinya.
“adoi! Tengok apa?”
Lelaki tua tersebut menunjukkan jarinya di kedua-dua bahu Gundal.
Kali ini Gundal betul-betul tersentak. Dia rasa macam nak termuntah. Ada kesan parut yang halus di sekeliling bahu melalui ketiak dan membuat satu bulatan.
“apa ni?!”
Lelaki tua tersebut tak terus menjawab. Dia menyelak seluar Gundal dan menunjukkan di pangkal peha Gundal. Juga ada parut yang sama. Gundal berasa nak pitam. Tapi perasaan khayal itu dihalang oleh suara lelaki tua tersebut.
“kau kenal siapa ni?’
Sekeping gambar ditunjukkan kepada gundal.
“tak!”
“inilah tuan punya tangan dan kaki kau!”
“hah!!!??”
Gundal terperanjat!
“mana dia?!! Mana dia??!!! Aku nak bagi balik tangan dan kaki dia ni!!! Mana dia!!??”
Gundal terus nak mengamuk. Tapi apa kan daya, kedua tangan dan kakinya kekal tenang. Dia hanya mampu menjerit.
“nak..kau patut bersyukur…”
“syukur?! Ini bukan tangan dan kaki aku! Patut la aku tak dapat kawal!”
“sabar dulu nak..kau kena biasakan…”
“mana tangan dan kaki saya?”
“kaki dan tangan kau dah hancur nak…”
Gundal terus buntu dan semakin bingung. Dia tergamam.
“jadi?”
“jadi lelaki itu menghadiahkan tangan dan kakinya kepada kau..”
“aku tak nak! Aku tak mintak pun! Mana dia! Mana!?”
………………………………………………………………………………………………………………………………..
Selasa, seminggu sebelum itu, Gundal seperti biasa memenuhkan aktiviti malamnya dengan merempit di sekitar kampung. Gundal dan rakan-rakan rempitnya berlumba dari hujung kampung ke hujung yang satu lagi.
“brennng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!pukh! pum! Skreetttt!!!”
Motor, kedua tangan dan kaki Gundal berkecai melanggar sebuah kereta. Gundal dan pemandu kereta tersebut parah. Kedua-duanya dibawa ke hospital. Pemandu kereta yang nyawa-nyawa ikan mewasiatkan kedua-dua tangan dan kakinya untuk Gundal, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ dia seorang yatim piatu dan sebatang kara. Tetapi dia berilmu dan beramal. Selalu mengajar di surau kita”
Lelaki tua itu menambah lagi,
“berlatihlah….lama-lama kau akan biasa”
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen AksiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) yeahhhh. go kuru go!
- Rizwanz Vosenika
- 14 years ago
-
2) best jgak cerpen ni en ikhwan!
- arif_sas
- 14 years ago
-
3) smbil baca aku cuba menelah, binatang ape pulak la kali ni... ciss! terkena lg
kaedah segmentasi yg reaktif berjaya menguja pembacaan hingga ke hujung naratif.
nais!- toti
- 14 years ago
-
4) thanks yang sudi baca!
- Kurusawa
- 14 years ago
-
5) Pemberitahuan: jangan keliru dgn pernyataan "tuan punya kaki dan tangan" tu ye. maksud gua, pemilik biologi asal. Sudah tentu Tuan Punya diri kita dan semuanya adalah Allah.Wasalam.
- Kurusawa
- 14 years ago
-
6) hehehe aku mula ingat tuan asal tu Allah mula-mula. rupanya lain dan dah diterangkan di akhir cerita dan di komen.
mantap idea dan jalan cerita dia. tapi penulisan yang biasalah... tulis dulu apa terlintas di kepala.
esok kalau kau brush up cerita-cerita kau ni, boleh dibukukan dengan cemerlang.- cahatomic
- 14 years ago
-
7) surreal. ni macam cerita dlm film Citizen Dog je. penamatnya cantik
- kamalia
- 14 years ago
-
8) Punch-line yang mengena. Saya suka teladannya.
- ridhrohzai
- 13 years ago
-
9) ringkas dan 'terburu-buru' dengan mesej (yang baik)
- 26life
- 13 years ago
-
10) scary! tapi patut gantikan mulut Gundal juga. Biadab.
- DLHaqifa
- 13 years ago