Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

belum ada judul (1)

 

Dalam suatu badai jemu kelabu, langkah telah membawa aku ke sini. Ke suatu tempat yang tidak dirancang arah tuju. Namun, menemukan aku pada seseorang yang selama ini cuma wujud dalam lukisan tidak berwarna, tidak bersusuk tubuh. Ruhnya adalah cinta, jasadnya adalah kebahagiaan.


*************************************************************


Aku duduk di kerusi paling hujung, sendirian memamah jagung rebus begitu perlahan butir demi butir cermat tidak bersisa. Ada gerombolan ajak di langit membuat udara begitu murung. Tanda hujan bakal mencurah dan seisi alam basah. Aku tidak mengkhuatirkan hal itu, selama aku tidak pernah lupa membawa payung hitam pemberian kenalan lama, ya begitu lama sehingga warnanya pudar dan tidak upaya menahan pukulan hujan lebat. Biasanya aku kebasahan walaupun berpayung.

Di usia dua puluh empat tahun, aku masih pingitan sebagaimana tahun-tahun yang lewat. Tak seorangpun kekal berpasangan denganku dan silih bergantian, saban siang aku merasa kosong dan mulai malam aku dihimpit sunyi. Tidak ada seorang lelaki pernah aku rindui, dan semuanya kerana kesetian aku pada lelaki yang wujud dikanvas khayalanku. Tidak dapat aku jelaskan lelaki itu merupa apa, seperti apa wajahnya, namun atas kepercayaan berlebihan aku terhadapnya. Aku menanti penuh setia.

Di stasiun elarti Mesjid Jamek menghala ke Ampang ini. Kisah ini bermula.

Di stasiun ini, di tempat aku membuang lelah menunggu tren berikutnya. Seseorang itu datang, berjalan menghampiriku. Berdiri sebentar dan kemudiannya memilih duduk bersebelahan. Tiada keanehan, cuma; aku mulai digerogoti rasa deras yang mendakap pangkal hati dan meramas debarnya, kencang, tenang. Tidak mungkin aku rela mengadaikan begitu saja kesetiaan yang aku pertahankan sejak sekian lama, hanya kerana rasa tidak berguna datang dari seseorang yang mampir cuma nawaitu mahu melabuhkan punggung.

Seseorang itu senyum.

Lantas; tusukan itu tepat mengasak pangkal hati yang deras tadi dan sekoyong datang bahagia serasa mahu beterbangan dan kuyup dalam hujan. Rasa itu benar wujud dan bukan sengaja di-ada-ada.

Sementara dalam koc, dia tekun membaca buku dan bersikap tidak memperdulikan. Dia kelihatan dingin dan tidak mesra. Sesekali, aku mengintip pandang dan seakan mengarti diperhatikan, dia membalas dengan dongakkan dan aku lekas sembunyi tunduk. Aku diam dan dia juga diam. Saling tidak bertanyakan apa-apa sehingga tren berhenti. Dia pergi menggalas beg yang berisi sarat dan aku menghantarnya dengan pandangan sayu. Aku kembali merasa canggung dan kosong, berharap seseorang itu kembali dan bertanyakan sesuatu meski yang ditanya, -mahu ke stasiun mana, nona?

Bagai ada suatu kuasa di bawah sedar mendorong seseorang itu melambaikan tangan ketika tren mulai bergerak meninggalkan. Aku nyaris menangis oleh kemewahan agung seperti itu. Seolah, aku sedang menunggang sepeda dan mengayuhnya di celahan pelangi yang bertaburan.

Buat seseorang, Terima Kasih. Semoga kau aku temui di hari mendatang dan mekarlah engkau mengharum di kanvas khayalanku.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) bahasa yang puitis
  • 2) seplot cerita yang dihiasi santai gramatis
  • 3) Wah, bahasanya sangat melankolik. Terbuai membacanya...

Cerpen-cerpen lain nukilan Waruna

Read all stories by Waruna