Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Jamdol Berniaga
Jamdol tak mahu dikatakan sebagai pemalas!
Pada suatu petang (di pertengahan Ramadhan 1432H) yang agak suam (orang tua-tua cakap, “suam-suam kuku”, tapi tak pula diberitahu kuku siapa yang digunakan untuk menyukat! Boleh jadi kuku kaki Bidan Lijah yang dah setahun tak ketip kuku itu! Beliau tinggal di hujung kampung tempat Jamdol sekeluarga bermastautin, lebih kurang 300m daripada surau, sila ambil lorong kanan), Jamdol mengorek tabungnya yang berbentuk buah salak mondok gergasi (adalah sebesar kompang).
“kruk! Kruk! Keceping ping!”
“Alhamdulillah !! cukuplah ni!!”
Selesai meletakkan semula tabungnya di atas meja solek milik ibunya, Jamdol bergegas lari keluar daripada rumah. Dia menuju ke kedai runcit Pak Zalimiah. Kedai runcit Pak Zalimiah memang terkenal dengan pelbagai barangan yang dijual. Sebut saja. Apa barang yang tak ada di kedainya?! Pernah satu hari, ustaz Malim Kuntai (imam surau yang garang ya robi!) hanya bergurau dengan berkata kepada Pak Zalimiah,
“ho ho ho! Kau ada jual bom tak? Aku nak sebiji, nak bom rumah bilal! He hee..”
Terperanjat pak imam, bila di tangannya tergolek seketul C4, siap dibungkus dengan surat khabar tabloid lagi.
Baiklah. Sesampai saja di muka kedai Pak Zalimiah, Jamdol pun terus menjerit,
“Pak Zalim!!! Oh! Pak Zalim! Assalamualaikum Pak Zalim!!”
Pak Zalimiah menjawab dengan perlahan daripada dalam kedai. Dia seterusnya hadir ke muka kedai menatap muka si Jamdol yang rupa-rupanya penuh dengan hingus hijau yang terselepet sana sini. Di hidungnya juga ada terjurai satu inci hingus sedang tersenyum ke arah Pak Zalimiah.
“kau nak apa Jamdol? Terjerit-jerit macam pengacara rancangan ‘Masaklah laju-laju’ je..apahal?”
“macam ni Pak Zalim……err…..emmm terima kasih (mengelap hingus dan mukanya setelah diberi tisu oleh Pak Zalimiah)
….hmmmm…saya nak beli sepapan yang itu!!!”
Pak Zalimiah menoleh ke arah barang yang ditunjukkan Jamdol.
“itu aje? Yang lain tak nak? Kau tak nak main Game and Watch yang ada kacang-kacang tu?”
“hmm…lain kali je lah Pak Zalim, esok ke…hari ni saya nak yang itu je…boleh?”
“boleh!! Tunggu sini!!”
Selesai akad jual dan beli, Jamdol pun pulang dengan membawa segulung barang yang dibelinya. Sambil berjalan pulang, jamdol bernyanyi-nyanyi dengan girang.
“…puasa itu sehat! Puasa itu nikmat!
Melatih kita sabar dan amanah!
..bagi yang tak beriman berat menjalankan
Lapar haus saja..menggoda fikirannya!!
..pada malam lailatulqadar!
Yang lebih baik dari seribu bulan
..Allah turunkan Malaikat ke bumi
Berbahgialah hingga waktu fajar!!” (lagu Sakha: Puasa)
“ewah! Ewah! Jamdoooollll….happy Nampak?! Puasa tak ni?”
Jamdol terkejut kerana ditahan oleh seorang lelaki pertengahan umur di tengah perjalanannya. Setelah menggosok-gosok kedua pelupuk matanya, barulah Jamdol sedar, lelaki itu ialah tok siak surau kampung.
“er…takde apa tok, saya saja-saja je nyanyi..”
“benda apa yang kau bawak tu dol?”
Pertanyaan tok siak itu agak berlagu bunyinya. Macam melodi lagu “Buat Yang belum ditemukan”. Jamdol pun tak mahu kalah, dia terus menjawab dengan melodi lagu “Astaghfirullah” nyanyian TakMahir Zen,
“alah..benda ni aje tok..”
Dibukakannya barang yang dibelinya itu di hadapan tok siak.
“uiiiiiii!!!! Hebat ni!! Dah lama atok tak main benda ni!! Bagi atok satu!!!”
“emmm….20 sen!”
“saya jual ye..”
“saya belii!!”
Berlakulah satu urusan jual beli yang pertama bagi perniagaan Jamdol.
Jamdol merasa sangat gembira. Mana tidaknya, tak sampai seminit pun, dah ada seorang pembeli. Dia berkira-kira di dalam hati. Kalau habis semua, untung besar aku!
Jamdol baru sampai di sebelah surau kampung. Waktu itu, jam baru menujukkan pukul 4 suku petang. Jamdol ternampak satu sosok tubuh lelaki di hadapannya, sedang hendak naik ke surau. Dia terus memberi salam.
“waalaikumsalam Jamdol! Bawak apa tu?”
“emm. Ni aje tok bilal!!”
“wah!!! Hebat ni? Boleh pakcik cuba?”
“boleh….20 sen satu!”
“bak lima!!”
Jamdol menyerahkan lima kepada tok bilal yang nampaknya sedang menggosok-gosokkan kedua telapak tangannya.
“dol…nanti lepas tarawih je la, pakcik bukak, boleh? Nanti pakcik jumpa kau masa moreh!”
“ok!!”
Seorang lagi pelanggan ! wah! Tak sia-sia Jamdol menghabiskan duit simpanannya selama dua minggu. Jamdol meneruskan perjalanannya pulang ke rumah. Selepas itu Jamdol ke rumah kawan-kawannya dan mencuba untuk berniaga dengan mereka. Sampai hampir waktu berbuka, Jamdol sudah berjaya menghabiskan barang niaganya.
………….
Di surau malam itu selesai solat tarawih, Jamdol dan kawan-kawannya Shamshuri, Mazli, Hasan, Yusmarizal dan Fakhrul, duduk semeja mengadap mihun sup yang disediakan. Sambil makan mereka berbual-bual rancak.
“woi! Woi! Dol! Aku punya 20 sen kasi balik! Ni hah! Tengok ni!!”
Jerit Mazli dengan mulut yang penuh mihun.
“ok. Ok”
“aku punya pulak seringgit!”
“eh! Mana pulak seringgit Yus! Ko tengok betul-betul…Try again tu!!’
Yusmarizal terkebil-kebil macam siput kena garam. Malu sendiri akibat kesilapannya. Dia tak pandai membaca, walaupun sudah masuk darjah empat tahun ini.
“tu lah Yus, cikgu suruh kau belajar membaca, kau sibuk tidur!!”
Kesemua mereka ketawa. Fakhrul ketawa sampai tersembur-sembur sup ke muka Hasan. Hasan pula tersedak-sedak dan mula nak menangis. Apa lagi, bertambah riuhlah suasana di khemah moreh surau Al-Ikhwan itu.
Tiba-tiba muncul satu suara yang bergaung macam speaker yang berlaga dengan feed-back microphone!
“hoii!!!!”
Jamdol dan kawan-kawannya terdiam. Keras membeku.
Rupa-rupanya Ustaz Malim Kuntai, pak imam yang mengherdik. Dia berjalan laju-laju menuju meja Jamdol dan kawan-kawan. Imam Malim berdiri betul-betul di belakang Jamdol. Dia mengeluarkan suara yang lembut pula.
“Jamdol…apasal tak bagitau kat saya yang awak ada jual tikam? Saya pun nak cuba..”
Sambil meluahkan hasratnya itu, matanya berkedip-kedip laju macam anak dara yang malu-malu kucing dilamar jantan tak guna.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) jual tikam tu apa wehh? aku dari kecik salu dgr. serasa aku tikam ni yg roda bulat tu kan. kita putar dia tengok apa hadiah kita dapat.
betul ke? hehe.- cahatomic
- 13 years ago
-
2) salah la caha. jual tikam tuh -- dia jual kertas kecik2 ada tulis hadiah apa dapat. Sll ada dapat "thank you" tuh tak dapat apa la. Kalo tak dapat la hadiah jajan ke ape ke.
Tu la tikam2. haha.- Mohd Nor Sallehin
- 13 years ago
-
3) dulu, saya selalu main tikam kuaci, kadang tikam kopok bulat2 yang selalunya lemau beli kat babu roti.
hahaha, tapi tikam bola la best. boleh menang dapat cyber pet!- Waruna
- 13 years ago
-
4) err..halal ke main tikam? kenapa Pak Imam pun main tikam? *tak pernah main tikam*
- Huda Engku
- 13 years ago
-
5) dosa lah main tikam..=) salam perkenalan
- Stkarya
- 13 years ago
-
6) Permainan masa kecil dahulu. Mengimbau nostalgia betul...
- ridhrohzai
- 13 years ago