Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

belum ada judul (3)

 

kesetiaan aku terhadap perempuan itu adakalanya, goyah. adakalanya, lenyap sekejap. sehingga yang tersisa, hanyalah momen tak-seberapa lupa-ingat dan boleh jadi sekadar khayalan yang membahagiakan aku sendiri-sendiri- tetapi tidak bagi dia.

demikian aku tidak begitu yakin, apakah aku mampu berpasang dengan perempuan lain tanpa membayangi perempuan lain itu dengan perempuan yang aku cinta. dengan perempuan yang pernah aku hamburkan segala rasa suka.
sungguh pada kenyataan, cinta boleh ditukar-ganti namun percayalah tidak bakal sama dengan yang pertama.

sehingga kini, di usia yang semakin bercambah, yang semakin mereput, dan membusuk. aku masih sebagaimana muda dulu, menyusun momen-momen indah, mengisahkan perempuan itu; aduh! menyebut namanya sahaja, sudah membuatkan dadaku kembang, apatah lagi ingatan yang lainnya.

beginilah aku, penuh dengan ketidak-upayaan menjadi pelupa. seolah yang meng-arti-kan, yang di-katakan setia adalah kekal memujanya meski di-hakis kering segala deria, iya tak apa. ini satu kerelaan yang jelas ikhlas, tidak minta dibalas dengan hal yang sama. aku tidak perduli seangkuh mana aku cuba pertahankan kesetiaan berlebihan ini, namun jauh di dasar percaya, aku berharap bahwa perempuan itu tahu dan barangkali sedang bersungguh berusaha menjejaki aku semula.

biarlah, hingga suatu hari, suatu waktu yang belum pasti tibanya bila.

aku bakal sedar diri, bahwa aku sebenarnya pemuja yang gagal, pemuja yang diabaikan.

***********************************************************************************************************

perempuanku, kesayanganku;

sejak aku, kau tinggalkan. sejak itu tidak satu perkara membuatkan aku bahagia walhal aku dikeliling malaikat yang mengalungkan bunga-bunga yang aku suka dan katanya, itu kiriman kau.

bohong!

kau tidak pernah tahu kuntuman apa yang aku suka.

bohong!

kau tidak pernah tahu bahkan terlalu mustahil untuk kau tahu, kerana memuja-mu adalah (rahsia) yang tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa, pada kau, kecuali diri-ku.

(sendiri-sendiri)


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) asyiknya perempuan kepada lelaki adalah bagaikan popi dan penghisap candu.
    asyik walaupun tahu boleh merosakkan.. ahh..

  • (Penulis)
    2) dan berterima kasihlah, kepada (cinta) yang pernah menghidupkan dan memusnah.

    hahaha. cinta adalah kesementaraan dan nikmatnya cuma pinjaman yang kalau dibagi terlalu berlebihan, tentu pulangannya juga berlipat ganda.


Cerpen-cerpen lain nukilan Waruna

Read all stories by Waruna