Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Ramadhan Terakhir
- James Alexander, itulah nama saya dahulu sebelum saya di Islamkan oleh ayah mertua saya. Kini nama saya ialah Ahmad Ismail Bin Ahmad Ali. Saya di kahwinkan dengan anaknya yang bernama Siti Hawa yang merupakan 2 tahun muda daripada saya. Saya terpikat dengan isteri saya, Siti Hawa ketika di bulan Ramadhan, dimana ketika itu Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk semua umat Islam berpuasa dan menambahkan Ibadat (Pahala). Isteri saya berwajah putih suci, mempunyai tutur kata yang lemah lembut, berpakaian yang menutup aurat, setiap pergaulan yang dijaga dan mempunyai keluarga yang baik. Kini saya menetap di Muar, Johor bersama-sama ayah dan ibu mertua saya. Sekarang genaplah 3 tahun saya sebagai mualaf yang memeluk agama Islam dan pada tahun inilah saya hanya menyambut Bulan Ramadhan tanpa isteri tercinta
Di kisahkan cerita ini, ketika sebelum saya memeluk agama Islam.
- saya bekerja sebagai pengurus jualan barangan kemas. Saya mempunyai kehidupan yang mewah dan senang. Saya memeluk agama Islam pun hanya disebabkan ingin memiliki anak gadis melayu yang mampu membuatkan darah seorang anak jantan saya mendidih apabila dilihat. Saya orang bisnes, tempat-tempat urus niaga semestinya yang bertaraf tinggi dan ternama. Tidak lepas kelab-kelab dan hotel-hotel disamping minuman keras dan gadis-gadis juga tidak ketinggalan untuk berseronok.
Kisah ini pula menceritakan perjalanan 1 tahun saya sebagai seorang beragama Islam.
- Setelah saya dikahwinkan, kehidupan saya sama sekali tidak berubah, saya tetap lalai dan leka dengan duniawi walaupun saya bersumpah dan berjanji mentaati perintah Allah S.W.T dan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Kata-kata saya bagaikan hangat-hangat tahi ayam dan perbuatan saya bagai melepaskan batuk ditangga. Saya tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan tidak langsung patuh perintah Allah. Bahkan saya sering kali pergi ke kelab-kelab bersama rakan kongsi dan balik dalam keadaan yang tidak terurus.
- Isteri pun tidak saya pedulikan. Nasihat dan nasihat diberikan, bimbimgan dan bimbimgan ditunjukkan, tetapi bagai dicurah air di daun keladi, semuanya sia-sia. Apa yang saya ingin miliki dan kemahuan yang saya inginkan telah pun saya perolehi. Sehingga saya kembali menjadi Iblis untuk cuba menghasut, membawa isteri ke jalan kesesatan. Di bulan Ramadhan, bulan beribadat, tetapi lain pula cerita saya, bulan ibadat inilah saya lakukan lebih banyak kekufuran dan kejahilan terhadap diri sendiri. Saya makan dihadapan isteri yang ketika itu berpuasa, memarahi isteri ketika diajak berpuasa dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Berparti di malam hari ketika semua umat islam mengerjakan ibadat Terawih berjemaah Di Rumah-rumah Allah. Diikutkan, Isteri saya pernah mengajak berpuasa bersama-sama dan pernah sekali diluahkan isteri “takut ini ialah ramadhan kita bersama, kerana nyawa kita bila-bila sahaja boleh ditarik. Jika dikehendakkan oleh Allah S.W.T”. Akhirnya, penghujung bulan Ramadhan, isteri saya pergi meninggalkan saya. Isteri telah pergi kembali ke pangkuan keluarga tercintanya.
Diteruskan kisah ini apabila saya hidup keseorangan.
- Sejurus selepas 2 bulan isteri pergi meninggalkan saya keseorangan, hidup saya menjadi tidak tentu arah. Kekosongan dirasai didalam jiwa, inginkan kasih sayang tetapi tidak lagi dapat diperolehi. Baru saya sedar bahawa dahulu saya mempermainkan dan mempersendakan isteri saya. Ego, tamak, keseronokkan dan duniawi yang mengaburi fikiran dan pandangan mata saya.Lama kelamaan kehidupan saya kembali tidak senang, perniagaan saya merosot, sehingga saya jatuh muflis. Bahkan sering kali saya didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan. Di saat itu, barulah Allah S.W.T, isteri, ayah mertua, dan ibu mertua terbayang-bayang di ingatan. Terduduk, menangis tidak berlagu. Tiada guna lagi, semuanya binasa atas kejahilan diri sendiri. Bagai nasi menjadi bubur. Inilah balasan Allah kepada saya.
- Miskin, dipandang hina oleh rakan-rakan kongsi. Tinggal saya bersendirian didalam rumah yang kosong. Berfikir dan terus berfikir akan dosa-dosa yang saya lakukan. Menangis dan terus menangis, sehinggalah kering air mata. Justeru itu, terlelaplah saya dalam keadaan keletihan setelah selesai menangis. Didatangkan dlm satu mimpi, dimana bau-bauan yang sungguh wangi, ditaman-taman yang penuh bunga-bunga, dan tiupan angin yang mengasikkan. Kemudian datanglah lelaki berjubah putih, berjanggut panjang, dan wajahnya bersih bercahaya mengajak saya kembali ke pangkal jalan. Sejurus lelaki tua itu menghilangkan diri, muncul pula seorang wanita yang seiras isteri saya, Siti Hawa berpakaian serba putih dan lalu melintas pergi meninggalkan saya. Hanya kedengaran “Ramadhan Terakhir ”.
Kisah perjalanan 5 bulan selepas muflis dan kejadian mimpi.
- Terjaga dari mimpi , saya terus bangun dari tempat tidur, lalu saya terus berwuduk, dan melakukan solat taubat bagi mengampuni segala dosa-dosa saya. Musibah yang Allah S.W.T berikan sehingga hidup saya muflis, miskin dan Kejadian mimpi-mimpi yang menakutkan disamping mimpi mengajak kembali ke pangkal jalan tersebut telah banyak mengubah kehidupan saya sejak hari itu. Masjid tempat saya menenangkan diri dan mendengar ceramah bagi memantapkan keimanan saya kepada Allah S.W.T. Tidak dilupakan ustaz-ustaz di masjid menjadi guru bagi membimbing saya kembali kejalan yang Benar. Bagi menampung kehidupan saya, diwaktu pagi, saya akan membersihkan surau dan bekerja sebagai tukang sapu sampah. Dimana pekerjaan ini lah yang dahulunya saya anggap pekerjaan yang kotor dan menjijikan. Allah S.W.T Maha Adil, kini saya kembali melakukan pekerjaan sedemikian. Barulah saya sedar, betapa susah dan kotor pekerjaan yang yang dilakukan ianya sama sahaja sekiranya rezeki yang dicari ialah rezeki yang halal.
- 5 bulan telah berlalu, saya merindui Isteri tercinta, ayah dan ibu mertua saya. Saya terlalu banyak melakukan dosa kepada mereka. Ingin saya mencari dan sujud di kaki mereka. Sedang saya termenung mengimbau keluarga tercinta, bahu saya disentuh dan digenggam kemas oleh seseorang. Ditoleh ke belakang, alangkah terkejutnya saya bahawa orang yang menyentuh bahu saya ialah ayah mertua yang tidak pernah terfikir dan terbayang-bayang di fikiran bahawa ayah akan muncul di hadapan mata saya. Menitis air mata menahan sebak kerinduan dan kemaafan kepada ayah tersayang. Di cium-cium tangan, pipi dan dipeluk-peluk erat tubuh ayah mertua yang kurus, menunjukkan usia sebenarnya.
- Saya dijemput menaiki kereta bagi menemui isteri dan ibu mertua yang saya rindui. Di dalam kereta bermulalah perbualan saya bersama ayah mertua. Apa yang mengejutkan saya ungkapan yang pertama keluar dari mulut ayah. “Isteri mu, Siti Hawa kini dikejarkan ke hospital apabila pengsan dan didapati menghidapi penyakit barah otak (ketumbuhan otak)”. Tidak habis saya mengalirkan air mata kerinduan dan kegembiraan, kini bercampur sebak mengalir air mata penderitaan, kesedihan, dan penyesalan.
Kisah saat-saat terakhir dan terindah bersama isteri tercinta.
- Setibanya di hospital, saya terus bergegas mendapatkan isteri saya. Terlihat ibu mertua sedang duduk mengadap anaknya Siti Hawa yang terbujur terbaring di atas katil sambil menangis berdoa kepada Allah S.W.T. Saya masuk dan mencium tangan, dan pipi ibu. Saya menangis memohon keampunan kepadanya. Setelah itu, ayah dan ibu telah meninggalkan saya berduaan bersama isteri tercinta. Tanpa buang masa, saya terus genggam erat tangan isteri tercinta, dicium-cium tangan, pipi, dan dahi isteri permata hati. Terkedu lidah, apabila asyik saya menangis, isteri saya telah membukakan kedua-dua kelopak matanya dan mengenggam kemas tangan saya. Ya Allah Engkau Maha Mengasihani.
- Doktor katakan, penyakit isteri saya sudah sampai peringkat ketiga. Doktor tidak dapat memberikan kata putus sejauh manakah isteri saya mampu bertahan. Hanya kata-kata. “Kamu sebagai suaminya, haruslah banyakkan berdoa dan memberikan kekuatan kepadanya, semoga dengan berkat doa dan kekuatan yang kamu berikan kepadanya akan dapat dia jalani hidup yang lebih lama dan bermakna lagi”. Saya dan isteri ditemani ibu dan ayah mertua keluar melangkah dari hospital. Setibanya dirumah, saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami walaupun ianya sudah terlewat. Tapi bagi saya selagi nyawa dikandung badan, selagi mata tidak tertutup, selagi itu saya akan terus memberikan dan mencurahkan kasih sayang yang saya sia-siakan diwaktu dahulu.
- Dalam duduk saya disamping isteri tercinta, bermulalah perbualan saya dan isteri tercinta. Satu hajat yang sukar untuk saya percayai, sedangkan penyakitnya sudah tahap kronit. Entah sempat atau tidak. “Abang, kita bertemu pertama kali dibulan Ramadhan, Kita sia-siakan masa 1tahun kita menyambut bulan Ramadhan bersama-sama, kini saya tidak mahu lepaskan untuk berpuasa dan beramal ibadat bersama abang di bulan Ramadhan pada tahun ini”. “Adakah Abang ingin bersama-sama saya di bulan Ramadhan sehingga saat yang terakhir saya?”. Saya tidak lagi dapat menahan air di kelopak mata, habis berderai air mata saya curahkan, hanya mampu saya katakan “jika itulah yang sayang inginkan, abang akan berada disisi sayang selama yang sayang mahukan dan bulan Ramadhan pada kali ini merupakan Ramadhan Terakhir buat kita bersama sayang”. “Bulan Ramadhan awal dan terakhir buat kita”.
Hembusan Terakhir, Ramadhan Terakhir, Dan Kenangan Terakhir.
- Habis syaban, Bulan Ramdhan menyusul. Pada hari itulah saya bersama-sama isteri, ayah dan ibu tercinta menyambut Bulan yang penuh kemuliaa. Tidak dilepaskan zakat, sedekah, berpuasa, terawih dan tadarus Al-Quran saya lakukan. Saya mencari kemanisan keimanan dan ketakwaan di dalam Bulan tersebut. 30 Ramadhan, jam 4.45 pagi, hari Sabtu, dikejut dan digoyang-goyangkan tubuh isteri tercinta, tetapi sayang, isteri saya lebih disayangi oleh Allah S.W.T. Pada hari itu, merupakan Ramadhan yang terakhir. Saya hanya mampu berdoa dan meneruskan amalan rukun ibadah yang ketiga bersama ayah dan ibu mertua sahaja. Selamat Tinggal sayang ku Siti Hawa. Kita akan bertemu kelak di akhir hayat nanti. Engkau akan menjadi bidadari ku sayang. Maafkan abang sayang..Terima Kasih Sayang.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) Naratifnya kemas. Teladan yang baik.
- ridhrohzai
- 13 years ago
-
2) ye ke.. xserabut ke ceritanya.. terima kasih
- Stkarya
- 13 years ago