Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Jajan kegemaran
Jameel memandu sendirian malam ini.
Tidak seperti hari-hari yang sebelumnya. Jameel pun merasa hairan pada mulanya. Ke mana pergi si Gondrang? biasanya waktu selepas isya' macam ni, Gondrang akan tercongok di depan pintu kedai Jameel menanti untuk pulang bersama-sama. Malam ini tidak.
Setelah menekan clutch dan memasukkan gear ke tahap lima, Jameel terus memegang stereng keretanya dengan kemas. Dia memandu selaju yang mungkin. Jalan lebuhraya malam-malam mana ada banyak kereta! Itu yang bergolak di fikiran Jameeel. Angin malam yang menerobos masuk melalui kedua-dua tingkap kiri dan kanan hadapan menusuk-nusuk pipi, lubang hidung dan seluruh jerawat di wajah Jameel. Jameel kesejukan dan keseronokan.
Sambil menikmati kelajuan dan rembesan adrenalin, Jameel menyanyi-nyanyi!
“gedebang!nbang! skreeeetttt!!!!”
Seperti yang dijangka, apabila ada adegan seorang pemandu kereta yang sedang memandu laju di lebuhraya yang sunyi, pasti akan berlaku kemalangan. Tapi ini tidak berlaku. “gedebang! Nbang! Dan skreeeetttt!!!” ialah lirik lagu thrash metal dari kumpulan Seluaq Ketat yang sedang dimuntahkan oleh Jameel sambil menekan pedal minyak sesuka hati. Jika dilihat dari jauh, kereta Peroenam Udang Jameel hanya kelihatan seperti garisan lampu yang panjang dan berkelip-kelip. Laju bukan main!
“prooommp!! Perrrpkhh! Pammm!! Skriichtttt!!!”
Jameel memberhentikan keretanya secara mendadak. Kali ini baru betul-betul Jameel terlanggar sesuatu. Dia membuka pintu keretanya secara perlahan-lahan. Jameel turun ke jalan raya. Lampu keretanya masih bernyala menerangkan arah hadapan lebuhraya tempat dia berhenti. Enjin kereta dibiarkan hidup. Sedikit ke kiri bahu jalan, Jameel memastikan jika ada kereta lain yang bakal datang dari arah belakang. Tiada.
Jameel berjalan perlahan-lahan ke arah satu sosok tubuh yang nampaknya sedang terbaring menelentang di tepi jalan. Mungkin ini yang aku langgar! Jerit jameel di dalam kepalanya.
“aduh…arrghhh..uhuk! uhuk!!!”
Jameel bergegas ke arah mangsa langgarannya.
“Gondrang!!!!”
Rupa-rupanya mangsa itu ialah Gondrang. Jameel memangku tengkuk Gondrang dan diampu tubuhnya ke atas peha kiri. Gondrang kelihatan nyawa-nyawa ikan.
“Jameel….apasal kau langgar aku??uhuk! uhuk!”
Mulut dan muka Gondrang dipenuhi darah merah pekat dan berbau besi.
“Ek eleh..Gondrang…rileks la…kau kan hantu…mana boleh sakit..”
Jameel seolah-olah berjenakan pula dengan sahabatnya itu.
“uhuk! Uhuk! ..apa maksud kau ni meelll…..uhuk! uhuk arrgghh!! Sakit tau tak!!”
“hah?!! Kau jangan nak main-main dengan aku…kau mana boleh sakit…”
“aarghhh….apa-apa ajelah meell….nah ambik ni…uhuk! Uhuk!!”
Gondrang menyerahkan sesuatu di tangannya kepada Jameel. Ia adalah sebungkus jajan Coki-coki 250g. Jameel terkejut dan dengan spontan dia terlepaskan tubuh Gondrang ke atas jalan tar semula.
“aargggh!!! Jameel…kenapa kau langgar aku? Aarrghh!!”
Mulut Gondrang kali ini menyembur-nyembur memuntahkan darah yang makin pekat dan likat. Merah dan hanyir memenuhi seluruh wajahnya yang sememangnya angker. Sekitar jalan dan rumput berdekatan menjadi merah dan basah.
“Gondrang…kenapa kau macam nak mati ni…bangun la…dan apasal kau beli benda ni?”
Gondrang tersengih dan berkata,
“hari ni kan hari jadi kau. Uhuk! Uhukrrghh!! Aku datang sini semata-mata!! Hakrgg!! nak belikan benda ni….hu huh.. Kat sini je ada jual..huk! huk! Kau kan suka makan ni..koffg!!”
Jameel kembali memangku Gondrang. Dilihatnya sekeliling. Nun di seberang jalan, lebih kurang 233 meter dari tempat mereka berada, ada sebuah kedai runcit usang yang sedang beroperasi. Walaupun agak ganjil bagi pemikiran Jameel, tapi memang ada kedai di situ.
“kenapa kau boleh cedera macam ni. Kau kan Saka yang diturunkan kepada aku?”
“Saka kepalaaaa hotak kau!! Uhuk!! Uhuk..arghh!! aku manusia laa..kof! kof!”
“laa….selama ni..aku ingat kau ni hantu saka belaan tok nenek aku!!!”
“uhuk!! Uhuk!! Sampai hati kau Jameel…haaahhkkhh!!!
……………………………………………………………………………………………
Gondrang terus tidak sedarkan diri. Jameel masih terpinga-pinga dan memegang sepeket jajan di pinggir lebuhraya yang tiba-tiba menjadi sepi.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen AksiCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) jameel tak pernah tanya pada jamdol. kalau tak mesti jameel tau, gondrang bukan saka. kesian tau gondrang. habis jalan tu berhantu nanti.
- cahatomic
- 13 years ago
-
2) sempoi.... ringan..
- edward101
- 13 years ago
-
3) Jamdol hilang disaat Jameel perlukan jawapan arghhh!!
- 26life
- 13 years ago
-
4) bukan senang nak dapat kawan yg boleh hadiahkan kita choki-choki. cerita yg komdih (komedi sedih)
- kamalia
- 13 years ago
-
5) Pak Kuru, sentiasa berada dalam kelas tersendiri.
- ridhrohzai
- 13 years ago