Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB #6 Retro: Ahli Band of Brothers

 

Circa 2003-2004,


Aku telah mencapai tahap senioriti dalam kelompok pelajar. Tak sesukar mana, hanya perlu extend beberapa matapelajaran (!)

Betapa pemalasnya aku pada era tersebut. Orang tak pandang sangat, dan aku bahagia, dengan sedikit pengaruh 'menjadi orang lama'. Pergaulan aku jadi luas, tidak terhad kepada kelompok kursus aku sahaja.

Petang sebelum berbuka,

Aku duduk sandar pada tepi katil dua tingkat, menanti waktu untuk ke Pasar Ramadhan yang terletak bersebelahan dengan pintu pagar utama.

Aku capai sekotak Dunhill merah yang terselit dibalik tilam katil, sekali dengan lighter. Nyalakan sebatang rokok dan hulur kotak beserta lighter berkenaan kepada Man, yang sedang sibuk mengocok daun terup.

Man, dikira sebagai senior tahun akhir jurusan akaun. Bukan dari kelompok aku, cuma jiran bersebelahan bilik aku menginap. Sopan dan peramah orangnya. Intelektual Man juga hebat. Belum pernah mengulang siaran mana-mana subjek. CGPA yang mantap. Setiap buku nota kepunyaannya menjadi idaman para pelajar bawahan, laris umpama DVD porno pada waktu itu.

Kelompok dia juga lebih utuh tahap persahabatan. 'Kami, Band of Brothers lah' kata mereka bangga.

Leka aku melihat Man mempraktikkan skill mengocok daun terupnya. Tak jatuh berderai, menang pun selalu , Ahah!

Pintu bilik aku diketuk dari luar.
"Masuk!" jerit aku.

Setelah pintu dibuka,
Ada lima pelajar lelaki, terpacul sopan, dengan mata terjojol ke arah kami.

"Apahal?"

Abang Zamri suruh kami datang cari dan jumpa Abang Osman"

Aku pandang pelik. Siapa pula Osman? Aku jeling pada Man..Bila masa aku ada kawan bernama Osman? Nama yang cukup Turki bagi aku.

"Sial, nama penuh kau  Osman?" hampir aku tergelak, dia hanya tersengih.

'Haah, nak apa ni ramai-ramai datang?" Tanya Osman dengan sopan.

Situasi biasa bila pelajar-pelajar baru masuk, menyerah diri untuk tujuan berkenalan dengan pelajar senior pada peringkat orientasi.

"Kau orang dah kenal nama aku, kemudian nak apa lagi?" Usik Man atau Osman sambil menjeling pada aku.

Mereka berlima diam menikus, dan sedikit letih. Mungkin baru sahaja selesai sessi suaikenal bersama Zam, seorang lagi senior perakaunan.

"Jangan berkerumun depan pintu bilik aku lah, masuk semua" Kata aku sambil mematikan rokok yang sedang dihisap, sekadar menghormati mereka yang berpuasa.

Mereka berlima menurut arahan dan masuk dan bersalaman dengan kami berdua. Dalam hati pasti menyumpah sesal, umpama memasuki jirat setan.

"Dekat-dekat nak berbuka ni lah kau orang datang kan?" sengih Man. Dari raut wajah Man, ada benda yang dia nak suruh mereka lakukan, teka aku sendiri.

Aku hanya diam dan memanjat naik ke atas katil. Ini adalah antara situasi yang tak perlu dan tak akan aku campur. Urusan hal ehwal dalaman jurusan perakaunan. Meraung atau menjerit sekalipun aku takkan tolong.
Ahli Band of Brothers ini takkan sampai mencederakan fizikal kader-kader muda mereka.

"Nampak tak ada banyak bekas tupperware dalam baldi, bawah meja tu?"

"Iya, nampak Bang Osman.." Sahut salah seorang dari mereka, Si Kutu (Atau singkatan untuk, Kesatuan Melayu-Melayu Bersekutu)


"Pergi ke dewan makan, ambil makanan untuk..ermm tujuh orang makan" Kata Osman.
"Kita buka puasa sama-sama dalam bilik ni, Okay?" sambil memandang ke arah aku, seakan meminta isyarat 'tiada halangan'.

Waktu berbuka kami meriah malam itu dengan lima orang pelajar baru yang memenuhi ruang bilik tidur aku. Osman peramah dan banyak berceloteh, diiringi dengan lawak-lawak lucah dari pelajar-pelajar baru ini.

Mereka berlima ini datang dari keluarga susah. Jenis ada Mak Bapa yang tak punya kereta, cuma ada motor untuk pergi menoreh getah awal-awal pagi. Aku faham. Tempat belajar ini pun, pada mulanya di khas kan untuk pelajar-pelajar pintar dari golongan susah.

Osman telah berjanji untuk menolong lima ekor ini dengan semua masalah pelajaran yang mereka tak fahami kelak. Zaman dimana belum ada lagi 'kemeriahan internet dan komputer' ,  kami pada waktu itu amat menghargai pertolongan dan sedikit wasiat buku-buku nota senior dari orang macam Man atau Osman.

Selesai berbuka, mereka semua angkat bekas-bekas makanan dan membasuhnya di pantry. Aku masih belum dapat tangkap lagi dimana kelicikan Man bersembunyi. Ada bau-bau nakal dan jahat, tapi belum mampu aku teka.

Mereka berlima meminta diri mahu ke Masjid untuk menghadap Tuhan dan bertarawikh.
"Karang dekat-dekat jam 3 pagi, datang balik ke sini, kita bersahur sama-sama" Arah Man, ringkas.

"Baik, Bang Osman" Sahut mereka berlima.

----

Sekitar jam 3 pagi,

"Pergi ambil balik tupperware yang kau orang dah basuh malam tadi. Lepas ini ke dewan makan, ambil makanan untuk sepuluh orang makan."
"Ada yang nak join lagi ke , Bang Osman?" Tanya salah seorang dari mereka.
"Aah..ikut je lah apa yang aku suruh"

----

Sekitar jam 4 pagi, waktu bersahur.

"Sekarang, aku nak kau orang semua habiskan makanan ini.."
"Tapi, Bang Osman.."

"Jangan ada tinggalkan baki atau sisa walau sedikit pun. Membazir itu kan amalan Syaitan" Senyum sahaja Si Osman ini menyimpulkan arahan.

Lima orang anak muda duduk bersila, menghabiskan lauk sahur untuk sepuluh orang. Agak berair juga mata mereka semua tatkala menyuap nasi berkerak keras,berkuahkan sup sayur layu dan sepuluh ekor ikan jaket pejal beserta 3 botol besar air suam.

Aku kira, ini sessi suaikenal yang paling etika pernah dijalankan, oleh Man atau nama sebenarnya, Osman bin Yusuf.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) fuhh..nasib baik suruh makan....huhuhu....ingat nak suruh watpe tadi...tapi kembong jugak la kan nak abiskan tu..lagi2 dah ngantuk pagi2 buta..huhu
  • 2) hahahaha gila penderaan di kala sahur. watak penulis tu dah belajar puasa tak sekarang? hehehe.

    zaman belum ada internet, hidup bermasyarakat begini lebih terasa dan bermakna.
  • 3) bagus bang osman. takyah makan sampai berbuka
  • 4) Nice one. Fighting.!

  • (Penulis)
    5) Bang Osman itu, kacak orangnya.Pandai main daun terup.

    Terima kasih sebab komen dan selamat berpuasa bagi orang yang sedang berpuasa.
  • 6) Ah, teringat satu peristiwa semasa belajar dulu. Hampir serupa seperti ini kisahnya. Nostalgia sungguh...

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life