Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

"Ekau ni, kang ado yang kono sampuk me-magrib ni haa" Ibu Milah menegur tapi Milah tidak endah. Nyanyian diteruskan sehingga menjemput makhluk lain bersamanya sekali.

Jejaka mana sahaja yang tidak suka kepada si Milah, putih gebu dan cantik sekali. Ramai anak muda yang menyimpan perasaan kepadanya tetapi Milah hanya suka kepada seorang ini sahaja, Idham, anak Pak Mail Pasar Borong. Riang ria Milah pada petang itu apabila cintanya berbalas, lagu tradisional dinyanyikannya menuju ke bilik air. Milah tidak sedar segala gerak gerinya diperhatikan. Milah degil.

 


Petang itu, Milah sungguh gembira. Hatinya melonjak riang, tubuhnya bergoyang-goyang. Melenggang dia berjalan dari sekolah menghala ke rumah.

Banyak mata memandang, menyimpan perasaan.

"Milah anak gadis yang cantik" kata kebanyakan mereka.

Ramai anak muda menyimpan perasaan pada Milah. Tapi Milah jenis memilih, mahu yang terbaik untuk dirinya. Selama ini pun mata dan hatinya hanya terpaut pada seorang sahaja.

Yang lain tiada harapan pun.   Bersiulan rancak. Iya, Milah gadis remaja sekolah yang pandai bersiul. Tapi ini bukan cerita pasal Milah pandai bersiul.
Ini cerita pasal Milah, anak dara gebu yang bakal diratah.  

Tangan kanan Milah erat menggenggam surat yang baru diterimanya.
"Surat Cinta Pertama" kata hati Milah.
Tidak sia-sia dia menaruh harapan pada Idham, anak Pak Mail Pasar Borong. Jejaka kacak yang selang sekelas dengannya.

  "Anak dara tak elok menyanyi kuat sangat" Tegur Mak Jah, ibu kepada Milah. Dia buat tak tahu sahaja akan teguran ibunya.
Milah meniarap di ruang tamu, sambil membuka sampul surat itu dengan perasaan yang teramat gembira sekali.

Seperti yang dijangka, dia tidak bertepuk sebelah tangan.


"Idham suka Milah, sebab Milah comel.." di antara perkataan yang tertulis dalam surat tersebut. Milah jadi birah. Mengelamun jauh ke alam fantasi cinta.  

Pertemuan di antara dua insan secara senyap akan ditetapkan di kemudian hari. Erti kata ringkas..'Deting' menurut bahasa Milah.  

Milah meniarap riang, berguling-guling sambil mulut petah menyanyikan lagu bait-bait asmara. Zaman anak dara bergetah melonjak naik. Gebu dalam segenap pelusuk, menghairahkan.  

Mak Jah pandang Milah dengan ekor mata. "Milah oi..jangan lupo mandi" Magrib sudah dekat. Sebentar lagi pulang lah abah Milah dari kebun. 

"Iyolah, Milah nak poie mandi lah ni" Sahutnya. 

"Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi
Padi pulut enak rasanya, sayang"
 

Riang-ria Milah nampaknya, berlagu. Maklumlah cinta berbalas, dengan jejaka kacak pula tu.  

"Ekau ni, kang ado yang kono sampuk me-magrib ni haa" Ibu Milah menegur perangai anak daranya. 

"Pandai Milah nyanyi..." kata mereka.  

Milah buat tak tahu sahaja teguran ibunya. Dia masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian sekolah. Habis ditanggalnya, lalu di salin berkemban dengan kain batik. Tuala diletakkan di atas kepala.

Berlenggang keluar rumah menghala ke bilik air.  

"Jangan nak bernyanyi manjang kek dalam bilik air tu, datang lak puako karang!" Pesan ibunya.  

 

"Kalau lah kail, kalau lah kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

Dayunglah sampan menuju pulau, amboi
Bila sampainya daku tak tahu, sayang"
  Milah buat tak tahu lagi.

Mulut asyik sangat bernyanyi.Tubuh Milah bagaikan menari-nari sambil tangan ligat membersihkan tubuhnya dengan sabun.  

Sungguh menghairahkan Milah pada ketika itu, dengan hanya berkemban. Badan penuh dengan buih sabun.
Milah mahu tanggalkan kain kemban yang dipakainya agar mudah untuknya membersihkan tubuh. 

"Cantik Milah, putih kulitnya, suaranya pun sedap" kata mereka.

"Aah, aku tak kira mahu ambil dia" sahut salah seorang dari mereka.

"Gila kau.." 

 

Dari pohon kelapa disebelah bilik air, dia meloncat naik keatas atap zink betul-betul diatas Milah.

"Ombak dan badai, ombak dan badai takkan kuhirau
Asalkan sampai tempat kutuju" sahut dia, bagaikan berduet dengan Milah  

Milah terdiam. Rasa pelik. Siapa pula yang menyahut itu?

Bunyi suara yang kedengaran dari atas zink bilik air. Tak jadi untuk tanggalkan kain kemban.

"Siapa tu???" jerit Milah. Hatinya rasa tak sedap.

Gerak hatinya lantas mencadangkan agar Milah mendongak keatas siling bilik air.   Milah dongak keatas, badannya serta merta jadi seram sejuk.

Tangan yang tadinya memegang sabun , terlepas.

Kepala Milah hampir mahu pitam. Bulu roma pada lengan meremang. Lutut Milah jadi longgar. Mahu membaca ayat suci, tapi tiada kekuatan.   Di atas Milah, lebih kurang dua inci dari muka ada lembaga yang terjojol kepalanya. Dia tersenyum memandang kearah Milah yang berkemban.

Lidahnya panjang, hampir menjalar kearah leher jinjang Milah. Air liurnya menitis dengan banyak, hampir memasuki lurah kemban yang dipakai oleh Milah. 

"Buahlah betik dalam perahu, amboi
Enak dimakan di hari petang, sayang"

Dia senyum, dia gembira. Anak dara ini bakal jadi miliknya. Boleh dibawa lari, mudah sahaja. Senja ini bakal mendatangkan hasil lumayan baginya.

Milah bagaikan tak bernyawa, hanya nafas kencang turun naik. Kepalanya jadi kosong seakan dijampi serapah.

"Seri Langkat lagunya ini, amboi
Bunga melati di dalam hidup, sayang

Bagaikan sifat, bagaikan sifat si batang padi
Makin berisi tambah merunduk

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Seri Langkat
Seri Langkat "

Dia telah turun sepenuhnya dan kini dihadapan Milah. Matanya galak seakan 'membogelkan' tubuh Milah. Dia perlahan berjalan mengelilingi Milah. Lidahnya bermain-main diantara leher dan tengkuk anak gadis ini.

"HEHE, SAYANG MARI IKUT AKU.." kata dia, yang kini memeluk Milah dari arah belakang. Badannya rapat pada tubuh Milah, manakala tangan yang berkuku hitam panjang melingkari perut Milah.

Milah mengumpul tenaga yang ada. Biarlah, buat kali terakhir untuk dia menjerit meminta pertolongan.

"OMAAAKK!! TOLONG MILAAAH!" pekik Milah dalam ketakutan.

Tapi sayang suara Milah tersangkut dikerongkong.   Bagaikan sudah terlambat, dia memeluk tubuh Milah erat untuk dibawa terbang.

Hidungnya bergesel-gesel pada leher Milah. "HEHE, SEDAP BAU KAU", lemah tubuh Milah mendengarnya. Milah bakal hilang buat selamanya.   

PAAANGG!!!!

Pintu bilik air diterajang oleh orang tua Milah.

Dengan sebilah parang ditangan, Abah Milah berdiri tegap mahu menuntut kembali anak dara kesayangannya. 

"Kau lepaskan anak aku tu!"   Dia tercengang. Ada sedikit berani, tapi banyaknya takut bermain dalam minda terlaknat.

Perlahan pelukannya pada Milah dilonggarkan.  

Milah terjatuh,lalu merangkak kearah abah.

"TOLONG MILAH..TAKUT!!" tersedu-sedu Milah sambil memegang kaki abahnya.  

Abah Milah masih menggengam parang. Abah Milah tahu senjata tidak berguna untuk makhluk dihadapannya tapi dia cukup yakin kepada KekuasaanNya.  

Dia tersenyum, "TAK MENGAPA, KAU MENANG INI KALI..HEHE" lalu hilang dari pandangan. 

Ibu Milah berlari dari arah dapur rumah menuju kebilik air untuk mendapatkan anaknya.

"Alahai Milah..Omak dah pesan tadi.." Emak Milah yang tersedu-sedu peluk anak daranya kuat-kuat. 

"Sudahlah, awak bawak Milah naik keatas rumah," Kata Abah kepada Ibu Milah.  

Milah terselamat pada hari itu. Mujur abahnya pulang segera dan terus menuju kearah bilik air.. Pesan orang tua, jangan kita buat tak endah.    

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ni betul ke kau yg tulis ni? upah orang ye?? lain benar tulisannya. tak macam 26. apa relevan pakai lagu seri langkat? hehehe.
    btw, cerita best!

  • (Penulis)
    2) Sehari sebelum penghujung Ramadhan, aku kena sakat dengan 'benda ghaib'. Itu yang datang idea sikit ;p

    Lagu Seri Langkat best apa?
  • 3) mungkin kalau nyanyi lagu Lady Gaga, benda alah tu tak berani nak kacau Milah
  • 4) celaka. kau ni sebenarnya bagus menulis. tinggal lagi nak bubuh effort atau tak bubuh aje. haha.

    menarik penulisan kali ni. bila kurusawa nak jadi baik dan sesekali lebih serius macam 26 juga?
  • 5) sungguh bermoral dlm seram sejuk.....
  • 6) fuh fuh fuh.. kena ada bahagian ke-2 ni!
  • 7) tkut ah nak pg mandi sensorang pasni. i menci u 26life. dishdish!

  • (Penulis)
    8) caha : masa menulis cerita tu , dalam kepala otak aku asek teringat kat Jamdol!

    dulu2 nenek pernah gitau, kalau menyanyi masa dalam bilik air, suka langsuir datang berlegar atas atap/bumbung.

  • 9) Caha: aku tak cukup sesuai untuk menulis serius kat sini. Kalau aku tulis serius, nangis seminggu kau...

    26 memang penulis yang baik dengan merangkul juara PCB 2 kali berturut-turut dan berburut-burut.
  • 10) macam best pulak lagu seri langkat tu

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life