Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Maafkan Saya
Mungkin dari pandangan mata kamu, saya ini seorang yang amat kejam, jahat, dan tidak berhati perut. Mungkin kamu berasa sangat benci, geram, marah, sakit hati, dan kecewa dengan saya.
Tetapi kamu perlu tahu sesuatu.
Mungkin kamu membenci kepada saya, tetapi Allah SWT tidak akan membenci saya.
Saya tidak takut kamu membenci saya, tetapi saya takut Allah SWT membenci saya.
Mungkin kamu amat marah kepada saya, tetapi Allah SWT tidak akan marah kepada saya.
Saya tidak takut kamu memarahi saya, tetapi saya amat takut dimurkai (dimarahi) Allah SWT.
Mungkin kamu kecewa dengan diri saya, tetapi Allah SWT tidak akan kecewa dengan diri saya.
Saya reda sekiranya kamu kecewa dengan saya, tetapi saya menyesal dan menangis sekiranya Allah SWT kecewa dengan saya.
Mungkin kamu akan pergi meninggalkan saya, tetapi Allah SWT tidak akan pergi meninggalkan saya.
Saya tersenyum andai kamu meninggalkan saya, tetapi saya menyesal, tiada berguna lagi untuk terus hidup didunia ini sekiranya Allah SWT meninggalkan saya.
CUMA, saya berharap tolanglah jangan kerana saya, kamu menyeksa diri itu. Kamu menyedari, saya amat ambik berat juga kepada kamu. Andai kamu menyeksa diri kamu, ibarat kamu juga menyeksa diri saya. Kamu sedarkan, bahawa saya tidak mampu untuk melihat tangisan air mata dan penyeksaan terhadap diri kamu sendiri. Saya tidak mampu untuk terus melihat kamu berkeadaan sebegitu. Tolonglah, tolonglah janganlah kamu bersikap degil dan keras hati. (seharusnya kamu jangan menyeksa diri dan membazirkan air mata semata-mata kerana manusia, tetapi kamu seharusnya menyeksa diri "berusaha" dan menitiskan air mata itu semata-mata mencari keredaan Allah SWT)
Saya memohon maaf andai saya punca semua itu. tolonglah menjaga diri itu. Peliharalah tubuh badan yang diberikan itu sebaik-baiknya. Janganlah menyeksa diri itu lagi. Tubuh yang kamu miliki itu tidak bersalah. Ingatkah kamu bahawa tubuh yang Allah SWT berikan itu satu anugerah "nikmat". Allah SWT berikan semua nikmat itu untuk kita sebagai hambaNya untuk terus bersyukur dan sujud kepadaNya. Kamu sedar tak, diakhirat kelak, tubuh yang kita gunakan itu akan ditanyakan oleh Allah SWT, lalu tubuh itu akan mempersoalkan (baik/buruk) perlakuan yang kita lakukan terhadapnya. Diketika itu kita yang menggunakan pula akan dipertanggungjawabkan kelak.
Jangan nanti, segala nasihat saya kamu endahkan. janganlah kamu nanti berkata "biarlah" dan "tak pelah". Jangan kamu sesekali berfikir mengikut akal semata-mata, perasaan hati, emosi, dan hawa nafsu. Fikirlah kamu menggunakan keimanan dan ilmu agama yang kamu pelajari. Ingatlah kamu, bahawa Allah SWT menganugerahkan kita sebagai manusia ini "AKAL" dan "PILIHAN". Dimana dengan akal itu kita berfikir yang baik atau jahat, dosa atau pahala dan syurga atau neraka. Kemudian dengan berfikir itulah kita akan menggunakan pilihan yang kita miliki untuk memilih sama ada mengambil sesuatu yang baik atau jahat, dosa atau pahala dan syurga atau neraka.
Saya mengetahui, kamu seorang wanita yang baik. Kamu mesti tahu bahawa semua yang kamu hadapi itu, merupakan satu ujian bagimu sayang. Sentiasakanlah tempuhi dugaan itu dengan memohon dan bersyukur kepada Allah SWT. bersyukur ini bermakna kamu lakukanlah segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang. (Solat, berdoa, mengaji, tersenyum dan lain-lain).
Sayang, saya sentiasa wujud didunia ini, selagi mana Allah SWT izinkan saya tinggal di muka bumi Nya. Maafkan saya kerana saya lebih mencintai dan mendahului Allah SWT barulah kamu (manusia)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) cinta-cinta jenis begini yang saya suka
- cahatomic
- 13 years ago
-
2) uwaa.. ye ke..
btl ke..
xde salah dan silap ke..
xde komen2 dari segi bahasa ke..?
- Stkarya
- 13 years ago
-
3) dari sudut cerita, tak banyak background kepada ceritanya. tapi dari sudut mesej amat baik. bahasa yang digunakan pun santai, kemas dan boleh dicerna.
- Tiara
- 13 years ago
-
4) terima kasih atas nasihat dan pujian..
mmg tiada background cerita. just apa yg didlm otak stress dikeluarkan sahaja..- Stkarya
- 13 years ago
-
5) macam membaca surat. adakah ini surat?
- kamalia
- 13 years ago
-
6) aahh.. mcm itulah.. ini sebenarnya mesej yg bagi kpd seseorg yg mahu sgt cintan2.. so dah menolak. bg mesej itu.. jadi just panjangkan jek dlm kapasitor ini. hehe
- Stkarya
- 13 years ago