Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jamdol Bercinta

 

Tuan-tuan,puan-puan, cik-cik, mak-mak, bapak-bapak, dan adik kakak yang dihormati sekalian. Tahukah anda semua, pada suatu ketika, semasa Jamdol belajar di tingkatan tiga;  beliau pernah jatuh cinta.

Selama ini, kisah Jamdol di sekolah menengah tidak pernah sekali pun saya ungkitkan. Namun kerana dah terlalu lama tak bercerita, saya pun merasa terpanggil untuk membuka kisah kehidupan Jamdol di sekolah menengah. Itupun kerana, semenjak seminggu dua ini, saya sering diserang oleh hantu Payudara yang berstatus Janda di dalam mimpi-mimpi yang sepatutnya basah.

Hantu Payudara berkenaan akan datang menyeringai tepat-tepat ketika adegan separuh ghairah baru saja hendak bermula di episod mimpi saya setiap malam. Dia hadir di dalam berbagai adegan. Seperti mimpi-mimpi yang biasa, saya akan dengan tiba-tiba berada di suatu tempat yang tidak diketahui duduk letaknya. Maka, setelah melalui adegan mukadimah dan titik plot pertama yang menegangkan, “puf!” Si hantu janda akan muncul dengan spontan!

Dia pun menggoyang-goyangkan aset dadanya yang kecut dan berkedut macam kulit Avocado. Ke kiri dan ke kanan sebanyak lima pusingan jarum jam saat. Sambil itu, dia akan berkata,

“Nak minum susu tak? Berkrim atau tinggi kalsium?”

Diulangnya berkali-kali.

Setiap kali itu juga, saya akan tersedar dari mimpi. Setiap kali juga, saya akan berpeluh-peluh dan pening-pening. Semenjak itulah, memori tentang zaman sekolah menengah Jamdol mulai muncul satu-persatu. Terima kasih hantu Payudara mak Janda! Selepas saya mulai menulis kisah ini, hantu Payu sudah jarang –jarang muncul di dalam mimpi. Kadang-kadang dia datang juga. Tapi bukan dengan seringai atau sergahan. Tetapi dengan senyum manis dan ceria. Wajahnya pun semakin menjadi cantik dan muda. Ayat-ayat tawarannya pun menjadi berlainan,

“dah minum susu? Gosok gigi dulu tau sebelum tidur”

……………………….

Sebagai mukaddimah, saya kepilkan sekeping surat cinta pertama tulisan Jamdol kepada gadis idaman hatinya, Elisabeth.

……………………….

Surat Pertama Jamdol kepada Elisabeth.

…………………………

5 Januari 1992

Kehadapan cik Elisabeth yang jelita,

Saya sebenarnya malu nak tulis surat ni. Tapi saya tulis jugak sebab saya dah tak dapat tahan rasa syok dan minat kat awak. Sebab utama saya menulis surat ini ialah untuk berkenalan dengan awak secara lebih mendalam. Walaupun saya selalu terserempak dengan awak di sekolah, tapi awak tak kenal saya pun. Maklumlah, kita berlainan kelas. Saya berada di kelas Berudu, kelas tercorot. Manakala awak pula di dalam kelas Kepompong, kelas budak-budak pandai.

Elisabeth,

Setiap kali saya terpandang awak, tak kira daripada jauh ataupun dekat (paling dekat awak berada di depan saya ialah sejauh 5 kaki), saya akan jadi tak keruan. Macam mak ayam yang baru bertelur. Macam Buaya yang ditimpa kayu balak di tengkuk, macam monyet yang termakan cili sehingga mulutnya berasap-asap.

Saya sedar, saya tidaklah sekacak mana, tetapi, saya amat berharap agar dapat berkawan dengan awak. Semoga perkenalan kita akan membuka ruang persahabatan yang jitu dan sukses.

Bak kata pepatah,

“diluah mati emak, ditelan mati bapak!”

Semoga awak berlapang dada dan sudi membalas surat saya yang tak sempat dibedakkan ini. Akhir kata,

“ketam bengkok di balik tiang,

Ayam berkokok hari nak siang!

 

Yang tulus,

 

Jamdol Subatron Al-Jambari

 

P/s: Saya harap, awak baca surat ini sambil makan burger. Supaya rasa sedap. Terima kasih.

 

…………………………

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kurusawa sila, compilekan semua cerita jamdol dan jadikan antologi!
    jamdol ni bila dah bercinta gatal jugak rupanya
  • 2) kronik jugak weh kau dengan hantu kopek
  • 3) dude, mcm maner lu tau hantu kopek tu janda?
  • 4) best flashback nih
  • 5) cerita pasal Jamdol ni dah lama la ye? haha sy ketinggalan. nanti nak baca lagi la.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa