Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
"Macam ni sajalah.."
"macam ni sajalah....aku nak kau mengaku semua! semua kerja kau! boleh?"
"emm..kejap..kejap!, bagi aku lima minit untuk berfikir"
"kau ada otak ke?"
"ada..jap aku kopak patella aku kejap, semalam aku letak situ"
Dua orang yang tak betul-betul nampak macam orang sedang duduk berbincang di sebatang dahan pokok Mengkudu.
“emm..malangnya otak aku takde kat situ. Aku lupa pulak letak kat mana….hmmm, takpelah, aku setuju ajelah!”
“eh! Malaon! Malaon bin Sampetun, kau betul-betul setuju ke kau main-main ni?”
“eh! Betul-betul! Melainkan….”
“melainkan apa?”
“melainkan kalau aku dah jumpa otak aku nanti, mungkin jawapan aku lain..”
“ah! Takpe! Takpe! Kau cari lepas ni ajelah! Nah, kau sain kat sini!....em…Terima kasih! Aku blah dulu ye..lain kali kita jumpa”
Malaon hanya mampu tersengih macam seluar dalam koyak. Bukan seluar dalam buruk, tapi yang baru. Tapi koyak. Matanya hanya terkelip-kelip memandang kawannya yang semakin lama semakin kecil meninggalkan dirinya keseorangan di dahan pokok mengkudu yang berada di perkarangan surau kampung itu. Dia terus saja mengelamun.
“alamak! Aku nak kena carik otak ni!”
Malaon mula tergaru-garu seluruh tubuh badannya. Dia kemudiannya berdiri di atas dahan itu. Dia seterusnya terjun ke tanah. Dia mula berguling-guling. Setelah lama berguling macam tenggiling, Malaon duduk mencangkung pula. Dia menampung dagunya dengan kedua-dua belah tapak tangan yang ditahan oleh kedua belah lututnya. Dengan tak semena-mena matanya tertancap ke arah sekumpulan manusia yang datang separuh berjalan dan separuh berlari. Semakin lama semakin mendekatinya. Semakin lama semakin kedengaran suara-suara mereka. Setelah sampai di hadapannya, barulah Malaon dapat mengira jumlah manusia yang datang mengadapnya itu. Lima.
Ada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Oh! Rupa-rupanya ada seekor lagi.
“miaw! Miaaaaaaaaa! Puurrrrrrrr!!”
“hai Gorgom! Lama tak nampak? Kau kawin lagi ke? Smart semacam je aku tengok?”
Gorgom tak terus menjawab. Dia terus menerus berjalan mengelilingi kaki salah seorang perempuan yang hadir di situ. Perempuan itu bernama Melah.
“ah! Sudahlah Gorgom! Jangan kau layan soalan si Malaon ni!”
Malaon merasa sedikit tersinggung. Dia mengerutkan dahinya sewaktu memandang tepat ke lutut Melah.
Dengan serentak, kelima-lima manusia tadi turun mencangkung berhadapan dengan Malaon. Sekarang barulah Malaon dapat betul-betul pasti siapakah mereka yang datang menyerbu macam penyokong kelab bolasepak yang marah ini. Selain Melah, tuan punya Gorgom; ada Taharah, juga seorang perempuan. Dia mencangkung paling kanan sekali (daripada sudut pandang Malaon). Taharah ialah seorang penyanyi dangdut yang sopan. Sepanjang kariernya, beliau tak pernah sekali pun menari goyang gerudi. Taharah hanya menyanyikan lagu-lagu bermesej dakwah yang berirama dangdut. Salah satu lagu kegemaran Taharah ialah ‘Bergadang’ nyanyian Haji Rhoma .
Kemudian ada Majis, si penganggur kehormat di kampung. Masuk tahun ini, sudah 21 tahun beliau menganggur. Kegunaan Majis ialah, membantu orang kampung yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh; apabila Ustaz Moestapa selesai membeli-belah di Nilai 3, Majis akan dipanggil membantu mengangkat karpet-karpet dan barang-barang lain balik ke kampung. Majis akan dibayar upah sekadar yang ikhlas.
Di sebelah kanan Majis, ialah Dudi. Beliau ialah…errmm…beliau seorang yang misterius. Jangankan Malaon, saya pun tak tahu apa latarbelakang beliau. Yang pasti, Dudi seorang yang suka mengikut Majis. Oleh itu, apa yang dibuat Majis, nescaya akan ditiru atau dituruti oleh Dudi.
Akhir sekali, di sebelah Dudi ialah Pak Effenti. Beliau seorang yang amat mesra. Mesra dan baik hati. Bermulut manis juga berbudi pekerti mulia. Jangan terpengaruh dengan wajahnya yang garang serta berparut-parut itu. Juga jangan risau dengan misainya yang setebal awan Kumolonimbus. Dia tidak semendung yang disangka. Bersama sekuntum senyuman yang mesra, Pak Effenti bersuara,
“On, aku nak tanya ni, betul ke kau yang buat?”
“iye On!...kau ke yang buat? Orang kampung semua nak tahu ni! Jawab la!!”
Malaon terperanjat dengan soalan yang mendadak seperti itu. Dia menggaru-garu ketiaknya. Tiba-tiba dia tersentak.
“laaa…kat sini rupanya aku simpan otak aku!!”
“laaaa……kat situ kau simpan!”
Taharah menyampuk dalam melodi lagu Memori Daun Pisang Tanduk.
Malaon segera mengoyak lapisan kulit ketiak kanannya dan terus mengeluarkan serebelum, serebrum dan medulla oblongatanya yang nampaknya tersimpan elok. Selesai memasukkan kesemua otaknya kedalam tempurung kepala, Malaon diam sebentar. Kelima-lima orang yang datang mengadapnya pun turut terdiam. Selepas satu minit, Malaon membuka mata dan mulutnya.
“Alhamdulillah….Eh! apa soalan Pak Effenti tadi?”
“macam ni On, kitorang nak tahu, betul ke kau yang buat semua benda tu?”
Majis berkicau macam anak burung murai yang terjatuh daripada sarang.
“buat apa?”
Melah mulai tak sabar dan terus merentap sehelai kertas daripada celah ketiak kiri Pak Effenti. Entah macam mana dia buat pun saya tak tahu. Mungkin dia ada belajar ilmu tangan Nang Nak.
“ni! Ni! Surat pengakuan ni!! Baca! Baca!”
Melah menunjukkan dan menyerahkan surat yang dimaksudkan kepada Malaon. Malaon menerima dan mula membaca.
“….saya berharap, penduduk kampung akan memanfaatkan kesemua prasarana yang saya bina dengan sebaik-baiknya…yang benar, Malaon bin Sampetun….”
“eh! Biar betul! Apa yang saya dah buat? Prasarana apa?!”
Malaon separuh terpekik.
“Prasarana apa? Woi! kompleks rekreasi yang tersergam sebelah tu apa kebendanya?!! Kau dah buta ke?”
Sergah si Dudi tiba-tiba.
“Aku tahu kau orang kaya On, tapi..betul-betul ke kau yang buat ni? Semalam takde, tup-tup pagi ni tersergam kompleks tu kat situ! Apa kau pakai sihir ke?”
Majis pulak mengeluarkan satu penyataan yang tegas.
Malaon seraya berdiri dan memandang ke arah kompleks yang dimaksudkan. Wah! Memang betul ada sebuah kompleks yang menyerupai sebuah dewan orang ramai yang sederhana. Kelima-lima individu yang lain turut berdiri. Mereka juga memandang kagum ke arah kompleks tersebut.
“macam mana boleh bina sebuah kompleks rekreasi dalam tempoh satu malam?”
“hmmm….apa nak heran, sekarang kan dah moden! Dah 2012 pun!”
“diamlah Gorgom! Kau jangan menyampuk! Nanti aku tak bagi kau makan baru tau!”
Malaon menggosok-gosok kepalanya yang baru kembali berisi otak yang sempurna. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, saya pun berkata,
“ hmmm…kat mana pulak aku letakkan otak aku ni?”
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) adeh. 'masuk air' sungguh. haha.
- kosong
- 13 years ago
-
2) malaon pakai bomoh...
- kamalia
- 13 years ago
-
3) malangnye aku lom dpt nk abeskan lg...semak btol rs..
but i like tulisan kurusawa..mmg kepala yoya...hahahh- mrpilot
- 13 years ago
-
4) bila habis baca baru tersedar.."mana otak aku?"
- harith
- 13 years ago
-
5) cet, ayat terakhir tu menyindir daya intelektual pembacakah
- cahatomic
- 13 years ago
-
6) ini cerita satira untuk sesiapa yang ada otak tapi tak gunakan dengan sebaik2nya..malah ngikut napsu dong ah!
- Kurusawa
- 13 years ago
-
7) benda baru tapi koyak, Vintage tu weh hehe
mari men'juggle' semasa baca karya pak kuru- 26life
- 13 years ago
-
8) hehehehe....adui laaaa...kat mana otak aku nieeee...
- gelap
- 13 years ago
-
9) kena koyak ketiak jugak ni. haha
- hatikidal
- 13 years ago