Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dendam Cinta Mamat

  • 3
  • gelap
  • 13 years ago
  • 6,541
  • FREE

 

“ Aku akan musnahkan seluruh kampung ini. Oleh kerana kamu adalah sahabat baik aku, aku ingin kalian keluar dari kampung ini selewat-lewatnya esok pagi”

 

“Kau biar betul, Mamat? Takkan hanya kerana hati kau yang terluka itu, seluruh kampung ini harus kau korbankan?” Tanya Abu antara percaya dan tidak.

 

Hati Abu masih ragu-ragu. Namun dia kenal benar dengan perangai sahabat baiknya itu. Dia tidak ingin bertanya dengan lebih lanjut kerana air muka Mamat sudah menjelaskan semuanya. Dia masih ingat, kali terakhir dia melihat reaksi sebegitu, rumah Kasim Kecoh telah hangus terbakar pada malamnya. Dia menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Mamat. Kalau tidak, dia pasti menghalang perbuatan sahabat baiknya itu. Dia tahu, Mamat telah banyak berubah setelah kekasih hatinya memilih anak orang kaya di hujung kampung itu sebagai pasangannya. Sejak dari itu, Mamat berubah menjadi seorang yang pendiam dan pemarah. Setiap orang dianggapnya sebagai musuh.

 

“Mat, aku tak ingin kau jadi macam ni. Yang lepas tu biarkan berlalu. Usah diturut sangat amarah kau tu.” suara Bujang mencelah. Dengan suara lembut, dia cuba memujuk Mamat. Wajahnya sedikit berkerut, mungkin terbayangkan perkara buruk yang bakal berlaku.

 

“Kau nak buat apa pula kali ni?” Tanya Abu yang bersungguh, cuba mencungkil rancangan buruk sahabatnya tadi.

 

“ Kau tak perlu tahu semua tu. Yang pasti, aku nak kamu berdua pergi dari kampung ini. Aku tidak ingin apa-apa terjadi kepada kamu berdua.” Kali ini wajah Mamat semakin serius. Abu dan Bujang saling berpandangan, hati mereka berdebar-debar. Masing-masing sibuk memikirkan kemungkinan tindakan Mamat.

 

Mereka benar-benar tidak menyangka Mamat akan berubah sebegitu rupa. Dahulunya dia seorang yang peramah, suka bergurau, dan paling utama, dia tidak pernah marah. Malah jika tidak tahan diusik oleh teman –teman pun, dia hanya marah sebentar sahaja, kemudian boleh diajak bergurau lagi. Namun, semenjak Kamisah berpaling cintanya, Mamat benar-benar patah hatinya. Berminggu juga dia tidak keluar dari rumah. Puas Abu dan Bujang pergi memujuknya, namun setiap kali itu juga mereka akan pulang dengan hampa.

 

Sehinggalah dua minggu lalu, mereka berdua terserempak dengan Mamat ketika pergi memancing di hujung anak sungai sana. Mereka gembira kerana akhirnya Mamat keluar juga dari rumahnya, namun terkejut melihat perubahan fizikal Mamat. Tubuhnya semakin kurus. Wajahnya pula pucat dan cengkung, malah rambunya dibiarkan kusut masai. Ingin sekali dua sahabat ini bertanyakan hal yang terjadi, tetapi mereka tidak tergamak untuk terus mengungkit kisah yang melukai hati sahabat baik mereka itu. Setahu mereka, Kamisah akan berkahwin hujung bulan ini. Itu pun dengan si Husin anak tauke kelapa sawit di kampung mereka, juga anak bekas majikan Mamat.

***********************

Lewat malam itu, seluruh isi Kampung Kenangan riuh rendah. Beberpa buah rumah telah terbakar hampir serentak. Tidak terkecuali juga rumah Kamisah. Paling mengejutkan mereka, bunyi letupan kuat di hujung kampung. Rumah orang kaya Pak Alang meletup. Api yang marak menjulang boleh dilihat sehingga kampung sebelah. Ketika orang kampung sedang berusaha memadamkan kebakaran, beberapa buah rumah yang lain pula terbakar. Gamaklah suasana malam itu dengan suara pekikan dan teriakan meminta tolong penduduk kampung itu.

 

Sesudah siangnya, para penduduk kampung sekali lagi ditimpa bencana. Air sungai yang menjadi sumber bekalan utama di kampung itu telah tercemar. Ramai yang muntah-muntah dan sakit perut. Malah ada yang lebih teruk sehingga mengalami kekejangan otot. Porak perandalah seluruh isi kampung tersebut.

***********************

“Rasakanlah! Inilah akibatnya jika kamu bermain dengan aku. Aku tidak meminta lebih. Kebahagiaanku yang kalian rampas kini telah aku tebus. Hinaan yang pernah aku terima dulu kini telah terlunas.” Itulah kata-kata terakhir Mamat sebelum dia menghilangkan diri di dalam hutan tebal di belakang kampung mereka.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Perenggan 'mereka benar-benar...' tu terlalu panjang. Molek kalo dipecahkan kpd perenggan2 kecil supaya impak pembacaan lebih menarik ;)

  • (Penulis)
    2) terima kasih atas teguran abg jojo...nnt sy cuba wat yg lain lak..hehehe

  • (Penulis)
    3) sy da edit yg ni...

Cerpen-cerpen lain nukilan gelap

Read all stories by gelap