Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Cara Menangani Satu Pembunuhan
Kepala aku berpeluh sakan. Aduh! Apa dah jadi ni? Di hadapanku, terbaring sebuah tubuh kaku yang masih berlumuran darah. Darah tak berhenti mengalir dari arah perutnya.
Ada kesan tikamankah di situ? Aku tak pasti. Yang pastinya, tubuh tu dah tak bernyawa!
Jika betul mayat tu ditikam, apa yang mungkin jadi alat pembunuhan? Pisau? Pen? Batang besi? Paip?
Aku lihat tanganku memegang sebilah pisau. Kelihatan seperti pisau biasa, cuma ia berdarah. Ya, ia dilumuri darah. Otak aku tak dapat tafsir dari mana datangnya darah tu. Mustahil untuk sebilah pisau mengeluarkan darah.
Aku cuba kaitkan dengan mayat yang turut sama berdarah di depanku. Mungkinkah darah di pisau ni sama seperti darah yang ada pada tubuh kaku tu? Mana harus aku tahu. Aku bukannya pakar DNA.
Tapi aku seorang pemikir. Mungkin juga ada kaitannya. Tapi aku tak rasa kaitan di antara pisau yang aku sedang genggam dan mayat berdarah punya kaitan yang baik.
Apa aku ke yang tikam mayat ni? Kalau aku yang tikam, kenapa aku masih ragu-ragu? Kenapa aku harus menafikannya?
Memang perlu untuk aku mengaku tak bersalah kerana semua orang tahu hukumannya jika menikam seseorang hingga mati. Tapi bukan ke kalau aku mengaku, ia akan meringankan hukuman aku ketika dibicarakan di mahkamah nanti?
Tapi aku sendiri belum pasti sama ada aku yang tikam atau aku hanya mengeluarkan pisau tu dari perut mangsa. Ah! Semua ini terlalu rumit. Dan kepala aku seperti tak boleh nak ingat apa-apa. Aku tak dapat ingat di mana aku berada sebelum ni. Dan aku juga tak ingat bagaimana aku boleh berada di sini. Apa tempat ni? Tiba-tiba pula seorang mayat kaku terbaring depan aku.
Adakah aku diperangkap? Adakah aku diberi suntikan khayal sebelum diletakkan dalam situasi sebegini? Aku punya musuh ke? Aku hanya seorang pelajar yang mahu cari duit makan dengan bekerja sambilan di bawah sebuah syarikat kecil di ibu kota. Deskripsi mengenai aku hanya undang ketawa daripada sesiapa jika aku katakan yang aku punya musuh di alam realiti ni. Tak ada orang yang mahu bermusuh dengan orang lemah seperti aku.
Abaikan fasal aku. Sekarang ni, bagaimana? Apa yang harus aku buat? Ya, aku kena telefon pihak polis dengan segera sebelum mayat ni berubah bentuk jika dibiarkan begitu lama begini dan mereka pasti akan kehilangan bukti.
Tapi adakah ia akan membantu aku keluar dari situasi ni? Bagaimana kalau pihak polis menuduh aku yang bunuh?
Dengan pantas, aku lepaskan pisau yang berada dalam tangan aku. Okey, mungkin aku perlu jauhkan diri aku dari pisau yang berdarah tu. Atau mungkin aku patut letak semula pisau ni pada perut si mati. Dengan cara ni sajalah polis tak dapat syak aku.
Tapi bagaimana pula dengan cap jari aku pada pisau tu? Ah! Apa yang perlu aku lakukan? Keadaan jadi bertambah rumit!
Aku lap peluh dengan tangan. Kini, kepala aku pula berdarah. Apa yang aku dah buat sebenarnya ni? Tak ada ke benda yang lebih teruk perlu aku lalui daripada menghadapi satu pembunuhan? Oh, Tuhan! Bilakah semua ni akan berakhir?
...
...
...
...
...
"CUT!!! Hoi, bodoh! Kau tu extra. Tak payah emosi sangat. Scene kau cuma untuk lari dari situ saja!"
Mungkin aku patut mohon untuk jadi watak utama awal-awal dulu.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen SaspensCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) cis! cis! cis! Baru nak rasa ala-ala CSI!
- Choco
- 13 years ago
-
2) Choco: hihi. Takdelah csi sangat. :p
- DLHaqifa
- 13 years ago
-
3) hehehehheh bgs la ending dye.. mengejutkan..
- edward101
- 13 years ago
-
4) Hehe. Tqvm.
- DLHaqifa
- 13 years ago
-
5) cet hehehe. naik syeh pulak ekstra ni. puan Haqifa jemputlah baca cerpen saya, trilogi Maaf, Cik.
http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/55- cahatomic
- 13 years ago
-
6) Hehe. Ok insya-Allah.
- DLHaqifa
- 13 years ago
-
7) yang ni pun best! baru rasa sesak nafas sebab bala bertingkat-tingkat. sekali.... nice nice!
- kosong
- 13 years ago
-
8) Hehe. Terlebih menjiwai watak. Maybe darah seni yang mengalir dalam badan dia terlebih sikit.
- DLHaqifa
- 13 years ago
-
9) baguih dok ada
- Kurusawa
- 13 years ago
-
10) Apa yg baguihnya?
- DLHaqifa
- 13 years ago
-
11) masa baca cerpen ni, minda aku dah set dgn lagu2 yang suspen, aleh-aleh plakon extra!! nice..hahaahahaha
- FikriFiq
- 12 years ago
-
12) FikriFiq: HAHA. Thanks. (:
- DLHaqifa
- 12 years ago