Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cara Melepaskan Diri Daripada Nahas Jalan Raya

 

Aku seorang pemandu kereta Kancil. Kereta aku buat masa ini, tak ada penumpang. Hanya tinggal aku dan pewangi kereta di dalam sarang berbentuk Kerokerokeroppi yang berwarna hijau pada ketika itu. Namun pewangi itu sebenarnya dah lama habis. Aku bukan lupa nak ganti. Cuma aku suka bau semulajadi kereta Kancil aku. Tak perlu bau tiruan.

Saat ini, bau wangi sebenarnya tak penting. Sebab macam-macam bau yang aku dapat tangkap dalam keadaan begini. Bau minyak, bau api, bau rumput, bau tanah. Aku juga bau badan aku yang sedang merembes-rembes mengeluarkan peluh. Busuk. Tapi aku tak peduli. Dan tak ada sesiapa pun yang peduli kalaupun aku busuk.

Ada sesiapa ke kat sini? Aku berdoa dalam hati supaya didatangkan sebuah kereta. Sebuah kereta pun jadilah. Asalkan pemandunya lelaki budiman. Bukan lelaki dayus atau tahi judi. Kalau yang lalu adalah pegawai polis atau bomba, lebih cara.

Aku bukannya tak bersyukur. Cuma aku tak nak rasa sakit hati di kala seluruh badan aku memang dalam kesakitan yang teramat. Lebih tepat lagi, aku sebenarnya mengharapkan bantuan. Bantuan untuk dikeluarkan daripada kereta Kancil aku yang sudah melawan tujuan sebenar sesebuah kenderaan dicipta.

Keempat-empat tayar kereta aku berada di atas, sementara aku dan sarang pewangi Kerokerokeroppi berada betul-betul di atas jalan tar. Minyak mula berterabur keluar dari tempatnya. Asap dan api makin marak.

Ah! Aku perlu keluar dengan segera! Perlahan-lahan aku angkat bahagian kereta yang remuk yang sedang menghimpit aku dengan satu jeritan lantang. Lebih kuat aku jerit, lebih mudah bahagian itu dialihkan.

Aku mengesot keluar. Kemudian, bergolek-golek di tengah-tengah jalan tar. Belum sempat aku berdiri dengan sempurna, sebuah pacuan empat roda melanggar aku dari belakang. Tubuh aku melayang bagai sehelai daun. Ringan dan akhirnya jatuh menyembah bumi.

Aku masih tak mengalah walaupun bergelen-gelen darah memancut keluar dari mulut aku. Aku lapnya dengan belakang tangan. Dengan segala kudrat, aku berjaya berdiri dan berjalan terhincut-hincut.

Dengan tidak semena-mena, kereta aku meletup sewaktu aku berjalan sendirian menuju ke hospital berdekatan.

 

* * *

 

Seminggu kemudian, aku dapat panggilan telefon daripada Karan Johar untuk membintangi filem terbaharunya selepas menonton video rakaman cara melepaskan diri daripada nahas jalan raya yang aku hantar kepadanya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sampai ke bollywood dihantarnya...

  • (Penulis)
    2) No choice. Sana je yang accept 'penipuan'.
  • 3) hehehehe ooo itu ke maksdnya.. pandai dik haqifa tulis..

  • (Penulis)
    4) Hehe. Tak pandailah. Tulis bila rasa nak tulis je.
  • 5) kerokerokeroppi! hehehehe makhluk hijau tu ada nama rupanya.
    terima kasih pakcik google.

    certot ringkas yang penuh drama.

  • (Penulis)
    6) Hehe. Thanks Pakcik Google!

    Drama? Nama pun Hindustan.
  • 7) syok!! best2!

  • (Penulis)
    8) Hehe. Thanks.
  • 9) eh sarang pewangi Kerokerokeroppi sempat selamat tak

  • (Penulis)
    10) Xtau nak kata. Mungkin dah bergolek ke tengah jalan seterusnya jatuh ke dalam gaung. Tapi x berkecai. Sebab lepas tu dia terjumpa bini & anak2 dia dalam tasik sebelah gaung. *cerita bodo apa yang aku cuba sampaikan ni*
  • 11) Di saat kegilaan semua orang rakam video. Keh keh.

  • (Penulis)
    12) Artis youtube.

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa