Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat jawapan Elisabeth kepada Jamdol

 

Semalam, hantu Payudara Mak Janda datang dengan menaiki teksi yang remuk. Dia datang ke dalam mimpi aku sambil membawa secebis kertas kajang yang hampir lunyai. Dia teresak-esak dan berkata,

“ni hah! Secebis kertas dari surat yang terlupakan!”

Kemudian dia pergi dengan teksi yang baru pula. NGV lagi.

Aku terjaga dari mimpi dan terus ke tandas dan menggosok gigi. Sambil memandang cermin di dinding tandas, memoriku terbang menyambar neuroglia dan ganglion meregangkan kembali kenangan cinta  Jamdol yang tersimpan. Berikut ialah Surat Balasan Elisabeth kepada Jamdol.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Surat pertama Elisabeth kepada Jamdol.

 

15 Februari 1992.

 

Kehadapan  Jamdol yang berani,

 

Mula-mula saya nak mintak maaf, sebab lambat balas surat awak. Sebenarnya saya baru dapat baca semalam. Siapa posmen yang awak upah hantar surat tu? Adakah Siti Nordrebar? Dia memang posmen yang terkenal. Terkenal dengan kelembapannya. Takpelah. Saya terima surat tu daripada adik Siti Nordrebar, Siti NorGedebab. Jadi tak pasti sama ada kakaknya simpan atau orang lain yang simpan.

Jamdol,

Saya sebenarnya kenal awak. Siapa yang tak kenal dengan Jamdol?  Satu-satunya pelajar tingkatan  3 yang mendapat markah kosong dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. Err..saya tak bermaksud nak hina awak ye..Cuma membaca fakta. Takpe Jamdol,, gagal sekali bukan bermakna tak boleh gagal lagi..eh! betul ke peribahasa saya tu?

Jamdol,

Awak telah membuat kesimpulan yang tak tepat. Bukan semua pelajar kelas Kepompong merupakan pelajar yang pintar! Sebenarnya pelajar kelas Kepompong terdiri daripada anak orang kaya-kaya. Kecuali saya. Saya daripada keluarga yang agak susah. Bapa saya seorang pemanjat petai. Awak tak tahu kan? Kalau awak suka makan petai, nanti saya bawakkan ke sekolah. Nak berapa papan?

Jamdol,

Jangan risau, saya sudi berkawan dengan awak. Malah saya gembira awak sudi nak berkawan dengan saya! Selama ni, kawan-kawan sekelas saya, selalu mengejek saya, dan tak mahu berkawan dengan saya. Kawan-kawan yang rapat dengan saya bukan daripada kelas Kepompong. Mereka kebanyakannya dari kelas Larva dan kelas Katak. Kawan kelas Kepompong semuanya berlagak dan selalu ejek saya, “Eli Petai! Eli Petai!” Tapi saya tak kisah. Saya bangga jadi anak pemanjat petai!

Jamdol,

Kalau awak sudi, jemputlah ke rumah saya esok malam. Ayah saya buat kenduri kesyukuran. Kita makan petai banyak-banyak!

 

“yang kurik itu kendi, yang sedap itu petai!”

 

Yang lawa tapi baik juga suka petai dan genuak,

Elisabeth binti Sukotai

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Selepas baca surat di atas, seminggu Jamdol demam. Dia tak pegi pun kenduri di rumah Elisabeth!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) rujuk Jamdol bercinta
  • 2) baru baca Jamdol bercinta. haha ok faham sikit.
  • 3) Ooo bsambung ke? Kena buat koleksi ni si jamdol
  • 4) Betul! Wajib buat koleksi!

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa