Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Stupid Q-pid, dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat.

 

Waktu menunjukkan jam 7 petang, saat pintu pintu masjid terbuka dan pintu pintu rumah pula ditutup - kononnya mahu elak setan. Aku buka tingkap dan sliding door biar ternganga luas luas, agar angin senja masuk, biar sang setan merasuk. Meraba segala kemungkinan, memergoki peristiwa peristiwa lampau saat ketawa gadis cantik bermuka baik itu dia tumpahkan di tengah tengah jalan pandangan aku. Bangsat, sekarang juga aku pergi rumah kau.  

Pintu rumah flat itu aku ketuk bertalu talu sampai ada beberapa ekor anai anai jatuh ke lantai sebelum aku pijak pijak dan tonyoh sampai mampus. Seorang dewa berkain pelikat membuka pintu, tersenyum dan mengucapkan selamat petang cinta. Menjemputku masuk tanpa sedikit pun ragu ragu akan niat aku ke situ. Bersila atas lantai, aku katakan padanya hati aku terpatah dua lalu aku mahu tuntut waranti 5 tahun yang dia berikan pada aku dulu.
 
  Senyum dan dia bertanya, engkau selingkuh? Aku geleng. Engkau berubah hati? Aku angkat bahu. Masih sayang dia? Aku angguk laju laju. Babi, banyak tanya. Aku genggam kolar baju polo merah jambu dewa berkain pelikat, aku tanya lagi sekali, waranti 5 tahun aku mana? Dia tergagap gagap, ma ma maa naa aad ada. Mana ada apa? aku tanya lagi, herdik sampai bersembur air liur dekat muka dia. Mana ada waranti dalam bercinta! Kali ini lancar pula dia cakap. Rupa rupanya dalam diam tangannya sudah memegang punat telefon 991, sambung ke talian khas masalah dewa dewa. 

  Tak tunggu lama, aku pergi cari busur cinta dia simpan belakang almari televisyen, aku panah kepala dia guna pisau ajaib aku jumpa dalam sinki senja tadi. Matanya terbeliak, darah berwarna merah jambu membanjiri lantai. Lepas ini jangan pandai pandai berjanji itu ini, pesan aku walaupun aku tahu dia telah pergi.
 
  Malam ini aku merenung bintang bintang, mengenangkan yang maghrib tadi aku telah lakukan dua dosa, pertama aku bunuh Q-pid si dewa cinta. Kedua, aku dah tak percaya cinta. hey hey hey aku tak percaya cintaaaa... aku tak percaya cintaaaaa... Aku tak percaya

  C.
 
  I.
 
  N.
 
  T.
 
  A!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dia lupa la tu nak cop kad warranty. haish!
  • 2) Feeerghh..ganas! dewa cinta duk flat je hehe. Jo.. tambahlah fungsi rating dekat kapamobile.
  • 3) Kesian juga dewa cinta tapi mcm bergaya sbb pakai baju merah jambu berkain pelikat.
  • 4) Naissssssssssss!
  • 5) nama pun stupid Q-pid. oi, dunia dah tak best la kalau dh tak percaya cinta. lagu tu memang bodoh la

Cerpen-cerpen lain nukilan zombie

Read all stories by zombie