Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sebab Aku Tak Kerja

 

Semalam, aku minta mak duit lagi. Entah berapa kali aku minta duit pada mak. Mak pun aku rasa dah tak larat nak kira. Dulu, ada juga dia selitkan berapa kali aku pinjam duit daripada dia setiap kali dia membebel fasal aku minta duit. Tapi sejak dua minggu lepas, dia dah berhenti mengira. Mungkin dia dah sedar kut yang tak ada gunanya kalau dia kira. Tak ada faedah. Duit tetap keluar. Aku pula tetap akan minta lagi.

Pagi ni, dia ajak satu keluarga makan sekali. Katanya, dah lama tak makan beramai-ramai. Lebih meriah, lebih ramai katanya. Nampak sangat terjemah daripada lirik lagu Britney Spears. Macam aku tak tahu. Urban juga mak aku. Jadi, aku dan Gugu duduk di kerusi masing-masing sambil memandang ke arah makanan yang terhidang. Nampak berasap. Teori aku mudah; makanan yang berasap semestinya sedap.

Mak berjalan masuk ke ruang makan sambil bawa satu jag air sirap selasih dan letakkannya di atas meja. Dia hulurkan Gugu semangkuk makanan 'biji-biji' dan susu. Gugu mesti kecewa sebab ingat makanan berasap yang ada atas meja tu dia ada peluang untuk makan. Mungkin dia belum sedar yang dia bukan manusia. Tapi duduk di meja makan, adabnya kalah manusia. Gugu tanpa aku dengar dia baca bismillah terus melahap.

Aku ni pula yang masih lagi kena tunggu mak duduk di meja untuk mula bersantap. Masa ni juga mak sibuk nak nyalakan lilin aroma terapi. Apalah niat mak aku malam ni ya? Aku harap tak adalah dia nak bagi kejutan apa-apa sebab aku ni lemah semangat sikit.

Mak akhirnya duduk. Dia mula tadah tangan dan aku mula baca doa makan dengan lancarnya. Selesai saja baca doa, aku terus makan dengan lahapnya. Satu, aku memang lapar. Dua, aku memang gelojoh. Tak boleh nak buat apa. Tapi dalam gelojoh-gelojoh aku, aku sempat kerling ke arah mak. Mak duduk umpama patung lilin yang tak cukup sempurna sebab muka mak agak berkedut. Tak bercakap, tak bergerak. Hanya duduk dan pandang ke arah aku.

"Mak, makan." Aku cuba ingatkan mak. Mana tahu tiba-tiba mak lupa apa yang perlu dia buat sekarang.

"Bila kau nak cari kerja ni, Wahid?"

Aku dah agak. Soalan sama yang juga diselitkan ketika membebel pada aku setiap kali aku minta duit. Aku pun macam biasa akan jawab benda yang sama. Baru adil.

"Nanti."

Dan mak terus membebel.


* * *


"Kau  ni asyik-asyik lepak kat kedai aku? Cuba kau pandang sekeliling. Ada ke budak muda macam kau ni yang tengah lepak?" tanya Pak Teh tengah hari tu waktu aku datang lepak di warung dia.

Aku geleng. Dengan tenang, aku hirup teh tarik buih lebih.

"Kau tahu sebab apa tak ada budak muda macam kau lepak kat warung aku tengah-tengah hari rembang macam ni?"

Aku geleng. Aku gigit pula karipap pusing buatan tangan Mak Teh. 

Pak Teh tampar meja depan aku dengan kuat. "Sebab dia orang semua pergi kerja! Tahu?"

Aku angguk. Aku hirup kembali teh tarik buih lebih.

"Aku tak fahamlah dengan kau. Kesian aku tengok mak kau kat rumah tu. Setiap hari dia mengadu pada Mak Teh kau tu fasal kau yang tak nak kerja. Apa kena dengan kau ni, Wahid oi?" Pak Teh lap meja yang ada kesan tumpahan teh tarik buih lebih aku lepas dia tampar meja tadi.

"Nanti orang carilah."

Dan aku terus angkat kaki.


* * *


Dengan mudah, bola yang aku sepak masuk gol. Aku nak sorak pun rasanya tak perlu sebab malam ni saja, markah aku dah cecah angka 20. Mudah. Kacang. Aku bukan hebat sangat main bola sepak, tapi aku perasan, kawan-kawan aku macam tak bermaya saja malam ni.

"Rehat kejap," kawan aku jerit dari jauh.

Aku ikut dia orang pergi ke tepi padang. Aku tengok bergelen-gelen air mineral dia orang minum. Kalah pemain bola sepak kebangsaan gayanya. Aku juga yang belum minum-minum dari tadi.

"Esok pulalah sambung main. Aku kena balik ni," kata Ghani.

Aku kerling jam di tangan. "Kau biar betul, Ghani. Baru pukul 10 kut. Aku berpeluh pun tak."

"Penat ah." Ghani kibas-kibaskan bajunya. "Lagipun, esok aku kena masuk pejabat awal sikit."

Aku lihat yang lain turut angguk setuju dengan Ghani. Aku tak puas hati sebab aku tak ada siapa nak sokong. "Tapi awal lagilah..."

"Bagi kau. Bagi kami, dah lewat ni." Ghani dah mula berdiri. "Kau bila nak kerja? Hari tu, syarikat yang aku kerja ada nak pakai orang. Kau tak nak. Apa masalah kau sebenarnya ni?"

Buat kali yang ketiga dalam hari ni, aku dah tak larat nak jawab benda yang sama pada soalan yang sama. Baik aku tulis atas dahi aku saja jawapannya. Mungkin orang tak akan tanya aku dah soalan tu.

Tapi aku rasa, kalau aku tulis 'Sebab aku takut ditemuduga' kat dahi, sumpah aku akan jadi bahan gelak orang kampung.

Lalu aku pun jawab, "Nantilah." 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Haha comel je takut kena interview. Tapi mmg ada org yg gemuruh dia sampai menggigil-gigil.
  • 2) 1. Dekat Malaysia kadang yang takut dan tak tahu macam mana nak jawab temuduga memang tinggi. Termasuklah yang bercakap ni. Hihi! Saya pernah kena sound dengan penemuduga yew. Lepas tu terus insaf dan mendalami seni ditemuduga. Sekurang-kurangnya up sikit la skill selepas tu kalau tidak jadi mahir.

    2. Ayat pendek-pendek dan santai ni menarik untuk baca sampai habis. Ending ada unsur kejutan yang menarik, tapi umphness ending saya rate B.

    4 star

  • (Penulis)
    3) Uculer: kan? Lagi dahsyat, ada yang patah balik.

    Cahatomic: yup. Cerita ni ditulis masa tengah fikir balik pengalaman saya nak cari kerja tapi tak cari-cari. Orang keep pushing me, tapi banyak je alasan saya bagi. Padahal, the fact is saya takut nak pergi temuduga. Tu je. Huhu. Thanks bagi 4 star untuk karya yang ada unsur 'emo' ini.
  • 4) Hari ini besar hati saya isytiharkan, saya adalah peminat tetap tulisan DLHaqifa.

  • (Penulis)
    5) Alamak! Terharu betul. Thanks.
  • 6) Saya juga peminat kini!

  • (Penulis)
    7) Alamak! Thanks banyak-banyak sebab sokong. :')

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa