Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Maaf, Cik! 3 : Juan Bangkit
< ini bahagian akhir, sila baca bahagian satu dan dua dahulu >
"Dalam kejadian semalam, seorang anggota polis telah terbunuh manakala seorang lagi cedera parah. Mayat anggota polis yang terbunuh, Azlina Lee Abdullah, 27, dijumpai terperangkap di dalam keretanya di dasar sungai. Suspek yang turut berada di dalam kenderaan terbabit walau bagaimanapun gagal ditemui."
"Menurut jurucakap polis, pihaknya sudah mengepung kawasan terbabit dan usaha menjejaki masih lagi dijalankan. Orang ramai dinasihatkan agar ber--"
Set televisyen terpadam.
Salwa geleng kepala. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dalam berita tadi. Bagaimana polis dapat tahu identiti Juan? Dia teringat perbualannya dengan Juan di sini kelmarin. Celaka, aku diintip! Salwa ketap bibir.
Bayangan Vios yang remuk di TV tadi kembali menjelma. Hatinya sebak. Entah apa nasib adikku sekarang. Manik kaca mula terbit di matanya.
Ting tong!
Salwa pergi membuka pintu. Dua orang lelaki beruniform berdiri di luar sambil memegang waran.
"Selamat tengah hari. Kami daripada IPK Persekutuan. Cik ditahan ker--"
"Cut the crap." Salwa hulurkan tangan untuk digari.
"Cik ada hak untuk berdiam diri. Apa-apa yang cik kata--"
"Awak ingat awak ni polis negara apa? Tak usah nak cakap tentang hak asasi dengan saya. Saya rasa lucu."
Polis itu tak berani bersuara lagi. Di bawah hujan yang turun mencurah, Salwa dibawa pergi menaiki kenderaan polis.
---
Suasana berhampiran empangan yang lazimnya tidak berpelawat begitu berbeza hari ini. Puluhan anggota polis sedang bertungkus-lumus mencari prospek tubuh Juan di sepanjang sungai.
“Kita dah tahan kakak suspek.” Rizal, pegawai unit balistik yang baru tiba di puncak tebing memberitahu. “Orang kita sedang siapkan profil Juan berdasarkan maklumat soal siasat terhadap kakaknya.”
Khalid yang sedang memerhati anggotanya bekerja hanya mengangguk. Tidak bersuara.
“Apa progress kita di sini?” Rizal meninjau lembah di bawah. “Dua heli, empat skuad penyelam, empat pasukan anjing pengesan?” Matanya bulat. “Tak terlalu membazir ke untuk cari satu mayat?”
“Memikirkan apa yang dia dah buat pada Lina dan inspektor, aku takkan beri peluang lagi. Juan tak mungkin akan terlepas!”
“Come on Lid, kau sendiri tengok apa jadi pada Vios dan Lina. Tebing ni tinggi dekat seribu kaki, kalau dia ada nyawa sembilan sekalipun susah aku nak percaya dia boleh terselamat."
Khalid berpusing pada Rizal. “Bekerja di unit balistik dah buatkan kau jadi terlalu optimistik!"
---
Detik dramatik di tebing berulang lagi dalam kepalanya. Dia pasti, dia telah melanggar lelaki yang memegang hailer itu. Dia juga dapat lihat bagaimana inspektor polis itu terpelanting sebelum berguling jatuh ke dalam semak, masih bernyawa.
"Celaka! Liat kau nak mampos ye!" Stereng dihentak.
Ketika itu baru dia sedar keretanya sedang menghala ke arah tebing. Dia cuba memusing tetapi Vios tersebut tidak dapat dikawal lagi. Pagar penghadang roboh dirempuh dan kereta itu pun terbabas.
"Tuhan!"
Trajektori pandangannya berubah 90 darjah ke bawah. Matanya buntang. Perutnya kecut. Di depannya terbentang aliran sungai deras yang bersedia meragut nyawa. Kereta terus menjunam laju.
"Tidak! Aku tidak boleh mati sekarang!" Dia cuba membuka pintu.
Namun, belum sempat dia menerjah keluar, kereta tersebut terlebih dahulu menghempas permukaan sungai.
"Aaaaarkk!!" Kesakitan yang tidak terperi itu membuatkan dia tersentak bangun.
"Aku tak mau matii lagii!! Aku mesti bunuh inspektor tu duluu!!" Juan buka mata dan dia dapati dirinya terdampar di tebing sungai.
---
“Bagaimana keadaan dia doktor?” Hani bertanya pada lelaki berjubah putih yang baru selesai memeriksa Inspektor Norman.
Lelaki separuh umur itu mencabut stetoskop dari telinga. “Your husband is doing fine. Apart from his bones broken at nine places, he is stable. Takde critical area yang injured.”
Hani menarik nafas lega.
“Its just for the time being dia tak berupaya nak bergerak sangat. Dia perlu banyak berehat.” Doktor itu menyambung lagi.
Diusap wajah suaminya yang tenang mendengar nasib menimpa diri.
“Oh ya, pihak media dari tadi menunggu di luar. Mereka nak adakan sesi temubual sikit untuk rakaman berita. Is it fine with you?”
Inspektor Norman angguk tidak membantah. Sebaik doktor itu keluar dari wad, segerombolan wartawan dan jurukamera berpusu masuk.
---
Sudah beberapa jam Juan berjalan tanpa arah tuju. Dari hutan belantara, dia melalui pinggir kota. Dari kawasan tak bermanusia, dia kini terpacak di tengah bandaraya.
Akhirnya dia terhenti di satu persimpangan jalan. Matanya tertancap pada layar gergasi yang menggadang di satu sudut.
Wajah inspektor yang sangat dibenci itu sedang terpapar di skrin. Tangan bersimen. Kaki berbalut. Leher berbengkung. Hatinya tiba-tiba memanas.
“Pusat Perubatan Sri Utama." Nama hospital yang baru disebut pemberita tadi bermain di bibir. Dia kembali menyambung langkah. Kali ini dia sudah tahu ke mana arah yang harus dituju.
---
“He was once a bright young man.”
Salwa memulakan ceritanya setelah dipujuk. Di depannya Khalid sambil dibantu pegawai unit psikologi Farah sedang duduk mendengar.
“You know? The type yang good looking, hot stuff, graduate oversea and berduit pula tu. It all began when one day we were involved in an accident. Our parents quarrelled dalam kereta and dad tak sempat break bila lori kat depan tiba-tiba berhenti.”
“The crash killed both of our parents. I patah dua-dua belah tangan, dan Juan pulak..” Suaranya tiba-tiba tersekat.
“Apa jadi dengan Juan?” Farah cerunkan mata.
“Muatan jejari besi yang dibawa lori menusuk tubuh dia. He lost a testicle and had a brain damage.”
“Poor him. That will explains kenapa maninya tiada sperma.” Khalid membelek fail kes di tangan.
“Then, after dia pulih dari accident, he started to change. Dia tak dapat terima keadaan dirinya and kept on blaming our parents. As days go by, his condition became serious. He had an attitude problem and..” Salwa terhenti seketika. “..thats when he started to rape and kill women.” Air matanya menitis.
Khalid dan Farah saling berpandangan. Tumpang simpati. Dibiarkan wanita di depannya melayani sedan.
“Cik Salwa, masa accident tu, which part of his brain yang damaged?” Tanya Farah seakan terfikir sesuatu.
“Besi tu cederakan area belakang mata. Ventromedial section. Kenapa?” Salwa kerut dahi.
“Saya rasa besar kemungkinan dia mengalami Prefrontal Cortex Lesion.” Lancar Farah menyebut. “That will explainbehavior Juan yang suka membunuh.”
Dua pasang mata memandangnya dengan wajah tak faham.
“It is part of the brain, which generates social emotions, like compassion. Bila that part cedera, orang tu akan alami gangguan pertimbangan moral!”
Salwa kerutkan dahi. “Doktor tak pernah mention pu—”
“It’s a new discovery. Kecederaan jenis ni amat jarang didiagnos sebab pesakit begini selalunya tak survive. Just recently researcher berjaya sahkan. Kalau kita dapat tangkap Juan dan buktikan keadaannya itu, I think the court will be more lenient on him!” Farah berkata yakin.
Saat ini Salwa dapat rasa sedikit harapan!
---
Sudah beberapa kali inspektor Norman menguap. Matanya terasa berat. Perut yang penuh ditambah dengan kebolehan bergerak yang terhad membuatkan rasa mengantuk mudah bermaharajalela.
“Dah habis makan inspektor? How was the food?” Seorang jururawat muncul di wadnya.
“Aha, sudah. Thank you. It was a delightfully healthy diet.” Katanya berkias untuk makanan hospital yang sejuk dan tawar tak rasa apa-apa.
“I know, itu memang specialty kami di sini. Sediakan makanan yang sedap dan menyihatkan!” Kata jururawat itu bangga.
Inspektor Norman sengih sambil telan liur. Patut la ramai orang nak pergi private!
“Eh, mana Puan Hani? Tadi masih nampak dia ada kat sini?” Jururawat itu tercari-cari sekeliling.
“She just left. Ada majlis khatam Quran kat sekolah anak.”
“I see.”
Ditenungnya jam di dinding. “Hmm, dah sampai masa makan ubat ni. Saya nak keluar kejap pergi kaunter farmasi. Be back in a minute.” Jururawat itu mengangkat dulang dan berlalu.
Selepas jururawat itu menghilang, inspektor Norman pun melabuhkan mata yang memang sudah mahu tertutup dari tadi. Ketika itulah tanpa dia sedari ada sesusuk tubuh asing menyisip masuk ke dalam wadnya.
---
“So, this Ventromedial Prefrontal Cortex patient, apa lagi sifat-sifat yang biasanya ada pada dia akibat dari injury tu?” Khalid bertanya pada Farah sewaktu di dalam kereta.
“It depends on how bad the damage is on his ventromedial’s brain. Biasanya if anything crosses his way, dia akan eliminate the threat, to the extend of killing people.”
Khalid terdiam mengangguk. “In this case, I think dia anggap inspektor sebagai threat dia. Sebab tu la dia tekad je nak langgar masa atas tebing tu.”
“Yeah, and kalau dia masih hidup, I bet the first thing yang dia akan buat ialah cari inspektor and balas dendam. He will never stop until the threat is removed .”
“Alamak, jadi John Connor la inspektor Norman pasni” Mereka berdua gelak.
Telefon Khalid tiba-tiba berlagu. Dia tekan punat bebas-tangan.
“Khalid sini.”
“Tuan, kita dapat kesan jejak tapak kaki yang mencurigakan di tebing sungai. Dari bentuknya saya kira baru tiga jam ia terhasil. Saya rasa elok tuan segera ke sini untuk buat penilaian.”
Khalid dan Farah saling berpandangan.
“Could it be him?” Khalid ligat berfikir.
“Takkan tapak kaki nelayan pulak kat area tu?” Farah angkat kening.
“Dia masih hidup!” Khalid terbeliak.
“Inspektor Norman!” Farah menjerit.
“To the hospital!”
---
“Dengar sini, saya nak dua unit datang bantu saya di Sri Utama Medical Centre. Yang lain, cuba trace origin tapak tersebut dan ke mana arah yang ditujunya.”
Telefon dimatikan. Khalid membunyikan siren keretanya.
“Farah, try contact pihak hospital. Minta mereka letakkan pengawal di wad inspektor. Kalau dah 3 jam, tak mustahil suspek dah sampai ke sana!”
“Baik!” Dan panggilan terus dilakukan.
“I hope kita tak terlambat!” Nada Khalid risau.
Di dalam wad yang menempatkan inspektor Norman, Juan sedang tersenyum jahat. Di depannya terkujur satu tubuh lelaki yang berbengkung dan bersimen di merata badan. Lemah dan tak berdaya!
“Kau sendiri yang tempah semua ni inspektor.” Dia bersuara perlahan. Langkahnya diatur ke arah katil.
“Bukan main banyak lagi kes lain di ibukota, aku juga yang kau buru. 40% peningkatan kes yang dilaporkan tahun 2007 ni, aku juga yang kau mahu!” Dia mendengus.
“Dan pilihan kau bakal meragut nyawa kau sendiri, inspektor!”
Riak bengis di wajah Juan semakin menjadi. Dia bunyi-bunyikan tangan. Memanas-manas sebelum mula menyerang. Inspektor Norman di depannya masih diam. Masih hanyut dalam lenanya.
“Kirimkan salam aku pada gadis-gadis lain yang telah aku bunuh.” Serentak dengan itu Juan pun menerjah. Leher lelaki yang tidak berdaya itu diterkam ganas.
---
"Tuan inspektor. Masa untuk makan ubat." Tiada jawapan.
"Tuan inspektor?" Jururawat itu menggoyangkan bahu tubuh yang terkujur kaku itu. Masih tiada jawapan.
Dia perhatikan riak wajah lelaki tersebut. Ada sesuatu yang tak kena. Diletakkan bekas berisi pil dan gelas yang dipegang. Segera ditekap belakang tangan pada dahi inspektor Norman untuk memeriksa suhu. Kemudian beralih pula pada leher. Merasa nadi.
"Tuan inspektor?" Bahu digoncang lagi. Langsung tiada reaksi.
Butang interkom pada dinding ditekan. "Dapatkan saya doktor Hawaz di wad 101 sekarang." Suaranya cemas.
"Tolong jangan buat begini inspektor. Masak nanti saya nak menjawab!" Peluh dingin mula terbit. Mundar-mandir dia berjalan menahan keresahan.
"Apa yang nurse bebel tu?" Mata kuyu inspektor Norman terbuka sebelah. Nyaris jantung jururawat tersebut terhenti.
"Ah, maaf! Saya ingatkan tuan inspektor..."
"Ingatkan saya apa?” Inspektor Norman terkembil mamai.
Pipi jururawat tersebut merona merah. Macam mana boleh tertekan salah urat tadi. Mana nak rasa nadi!
---
Juan ternganga. Cannot be! This cannot be! Dia tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Tangannya melambai-lambai di hadapan muka jururawat yang ketakutan sebentar tadi. Tiada reaksi. Begitu juga dengan doktor dan anggota polis yang entah dari mana muncul dan menyerbu wad tersebut. Semua tidak peduli!
Dia berpusing pada inspektor yang dibencinya itu tadi. Cuba mencekik lehernya sekali lagi. Tidak berjaya! Tangannya bagaikan imej hologram. Tiada apa yang boleh dipegang. Molekul zarah fizikalnya seakan tembus bila mengenai tubuh inspektor tersebut.
Tidak! Katakan ini semua mimpi. Katakan ini semua permainan virtual reality. Katakan!
Tidak berpuas hati dia melompat tinggi lalu melakukan elbow drop ke atas badan inspektor Norman. Kali ini bukan sahaja badan yang ditembusinya, sekali dengan katil dan tilam sekali. Juan tersepuk kesakitan di lantai.
Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk!! Jeritan panjang itu tidak didengari sesiapa!
Di satu kawasan bersemak di tebing sungai, 5 kilometer dari tempat Vios terjunam, sepasukan polis dengan anjing pengesan akhirnya menemui apa yang mereka cari.
"Sarjan. Kami dah jumpa mayat tersebut. Positif. Ianya Juan!"
"Bagus. Bawak dia balik ke pejabat untuk post mortem. Saya akan maklumkan pada pegawai Khalid sebentar lagi."
"Baik, tuan!"
Sarjan itu senyum lega. "Nampaknya kes ini sudah berakhir."
Sekian.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen SaspensCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) terribly sorry for the late ending :(
- cahatomic
- 17 years ago
-
2) yeayy. at last caha post jugak ending for this cerpen. :D yeayy. caya lah kanda. ;P
- Kesuma
- 17 years ago
-
3) tu lah .. asik rewrite je. thanx to last week paper untuk idea penyakit otak tu.
- cahatomic
- 17 years ago
-
4) errr ada ke? alifah tak ingat la pulak. welkam anyway.
- Kesuma
- 17 years ago
-
5)
He lost a testicle and had a brain damage.
Ah, sebagai seorang lelaki.. aku dapat rasekan keazaban Juan.
- jojo
- 17 years ago
-
6) yeayyaa!! akhirnyer ade smbungan! hip2 hooray! nk add something.. nape 1 testicle juan je damaged?? klo 1 jek maknanyer 1 agi still survived..hohohoo.. ending best sbb juan akhrinyer xditerima langit n bumi.. hohohoo.. iduplah anda cam hantu juan oiii...
- syud
- 17 years ago
-
7) 1 out. 1 lagi injured. hilang keupayaan utk hasilkan makhluk berenang tu :p mcm dlm citer mujer en espejo.
- cahatomic
- 17 years ago
-
8) wah..good..goos ending..patut la lame baru nk kuar..hehehe
- kunangkunang
- 17 years ago
-
9) best giler citer ni..one question caha, caha amik law ke?
- neutralizer
- 17 years ago
-
10)
abg sr: this is very very good. *komen selebihnye dah bagitahu kat y! kan :P)
neu: dia amek lo. loyar buruk kelas pertama. theheheheh *habesle aku!habes le!*
- blur12
- 17 years ago
-
11) aaa tak. amik media innovation and management (nama taknak mengalah) .. er amik law? against the law selalu la :p
- cahatomic
- 17 years ago
-
12)
hurm.
untuk episode pertama.
it's really gud.
the way u turn the jalan cerita from sum kind of love story to thriller plus crime n yea,homocide.
*two thumbs up!*
the second one.
ahh.
"peminat csi rupenye mamat neh."
and yea, that bloody blunders?
the best~
as for the finale.
aha.
u hav told me already kan?
haha.
no need to say more.
well ended.
tapi i prefer 'bad guy' hidop.
hahaha.
anyway,suci...
this is really an ace~
(puji-puji ada makna kah?)
- WaLLaWaLLa
- 17 years ago
-
13) thanx walla . cuma . er ... kalau nak break without line spacing, press "shift+enter" .. kalau "enter" je nanti dia skip 1 line. :)
- cahatomic
- 17 years ago
-
14)
"Tidak berpuas hati dia melompat tinggi lalu melakukan elbow drop ke atas badan inspektor Norman. Kali ini bukan sahaja badan yang ditembusinya, sekali dengan katil dan tilam sekali. Juan jatuh tersepuk di lantai. "
currently imagining manusia halusinasi sdg melakukan elbow drop..sori laaa, krn terasa ianya sgt kelakar walhal cerita ini adalah serius..good writing caha!
- sha
- 17 years ago
-
15) haha. tengs sha. thats encouraging.
- cahatomic
- 17 years ago
-
16) inchik suci.. saye suke ade space. ade ruang xde la sesak sangat kan? plus, it makes my comment longer~
- WaLLaWaLLa
- 17 years ago
-
17) thumbs up mr caha... ( takde emoticon gmbr thumbs up eyh) ..berbaloi menunggu lama utk finale seperti ini
- teruterubutzu
- 17 years ago
-
18) ala so sweet terubutzu. semoga penulisan akan datang akan lebih baik. amin
- cahatomic
- 17 years ago
-
19) aku nk muntah bace itu perkataan 'inchik suci'. tapi aku tanak nafikan ko adalah idola aku caha. coolata dunkin donuts satu oke? tq!
- uculer
- 17 years ago
-
20) er aa er .. watodo!
- cahatomic
- 17 years ago
-
21) hahaha...aku pening part yg last sekali tuh smp bc 2 kali...rupenyer die dah mati..hahaha
- asura
- 17 years ago
-
22)
huhu, tu maknanya presentation aku tak sampai maksud tu. sampai ko pening.
- cahatomic
- 17 years ago
-
23)
caha..aku dh bacer cerpen ko...komen. no komen... :p
p/s: just nak bgtau..aku dh bacer..haha
- missmizwa
- 17 years ago
-
24)
wah baru perasan caha dah wrote the finale for dis hehehe..
bes bes tapi kalo juan tak mati kan lagi besh dammnnn...neways the hantu n elbow drop part lawak giler kalo imagine scene tu dlm kepale ahaha
- bitterpill
- 17 years ago
-
25)
bravolah! suka part explaination pnyakit otak tuh... pernah blaja tapi lupa...thnks for remind me..kihkihkih... also like part antu wat elbow drop... cam katun rasanya..
- shazmiey
- 17 years ago
-
26) oh. shazmiey ni bdk medikkah?
- cahatomic
- 17 years ago
-
27)
medik? huhuhu...konpem tujuh kali ngulang tak pas.... tak ah, dulu penah amek subjk edu. psychology..adala blaja sket2 pasal otak ni
- shazmiey
- 17 years ago
-
28)
hee rupe-rupenye dah jadik antu...cam dalam video klip nickelback laa plak...huhu. neways, cerita ini best! :)
- wanieweng
- 17 years ago
-
29) tengs wanie. jemput la menulis juga ;)
- cahatomic
- 17 years ago
-
30) novel-novel ni xtahu ler..kalau ceritera merepek boleh a..hehe
- wanieweng
- 17 years ago
-
31)
waaaa.....lama sungguh ku x bukak kapasitor...sgt sudah berlainan...n caha still da same...terbaek nyer cerpen...lambat sungguh aku mengomen tp nk tanyer gak..
“Come on Lid, kau sendiri tengok apa jadi pada Vios dan Lina. Tebing ni tinggi dekat 1000 kaki. Tak mungkin suspek tu selamat. Kalau kita tak jumpa tubuh dia, tak bermakna dia masih hidup. Entah-entah dah jadi makanan ikan!”
Khalid berpusing pada Rizal. “Baiklah, kalau camtu suruh anggota kita balik ambil tangguk. Bawakkan aku ikan yang makan dia!”ayat nie mcm dr filem the fugitive...btul kah???=p
- sejhok
- 17 years ago
-
32) yep. very the fugitive :) masa tulis part ni baru lepas tengok fugitive kat hbo :))
- cahatomic
- 17 years ago
-
33) ok sejhok. dah edit.
- cahatomic
- 17 years ago
-
34) thumbs up!!!!!
- dayya
- 17 years ago
-
35) dah lame bace..
tp bru nk komen...
besh citer...
tp sedey...nape juan mati??
xde org yg sudi tlg die....waaa...sobsob..T_T- paper_cat
- 17 years ago
-
36) tu la kan :( . sampai ati penulis biarkan juan mati!
- cahatomic
- 17 years ago
-
37) bagus2.mati jua akhirnya si juan..kalau tak, smua gadis2 menarik dia dah makan dulu...susah la abg fai nak cari bini.. :D
- fairuzar
- 16 years ago
-
38) nice one.. =)
- bee
- 16 years ago
-
39) abang fai takkan la susah cari bini ;p susah pilih, yes!
thanx bb :)- cahatomic
- 16 years ago
-
40) tersandar kat kusi dpn pc sambil tepuk tgn,hehehe~ =) syabas caha~
- QaQa
- 16 years ago
-
41) hahahaha.. syahar mmg cool. mmg layak dipanggil syahool :p
cuma satu je yg aku mcm dok pikir2. kalau katil n tilam dgn inspektor tu Juan tu boleh tembus jer, cmne dia boleh tersepuk dkt lantai? hmmm.... adakah aku thinking too much? :p- NJay
- 16 years ago
-
42) antu omputih mmg camtu, dia xleh tembus lantai. lagipun sebab tu la wad ni nombor dia 101
1 = ground floor
01 = prime ward. utk vip :p- cahatomic
- 16 years ago
-
43) err nk tanya sket..kata ade kesan tapak kaki naik kat atas tebing? kan Juan dah mati..
ke sarjan tu yg rogol..ah ah :p- aimichan
- 16 years ago
-
44) xkan dah akhir kot..x tulis lg smbungan cut tu..kata2 tuan director n pelakon2 yg menjayakan nye..derang x menang awards pelakon lelaki terbaik or drama ptahanan awam terbaik? eheh lebih2 plak imaginasi tukang komen :p
- aimichan
- 16 years ago
-
45) oh, hantu adalah omputih? tapi kakak bernama salwa? adakah mempunyai masalah identiti?
p/s: inspektor tu jerit nama Lina tu mcm ada affair je? huhu..- NJay
- 16 years ago
-
46) 1. kesan tapak kaki tu can be anyone. penangkap ikan?
2. juan cuma nama panggilan. nama betul dia faridzuan. keh keh.
3. inspektor tu memang penyayang dengan orang bawahannya, tak lebih dari itu, dia mencontohi penulis.- cahatomic
- 16 years ago
-
47) uiyoo..im the one who terlepas baca cerpen en caha sucimuci ni ke?
no 47 plak tu..aiyakk...huhu
well basicly jalan cerita dia menarik..plot cerita pun teratur..
bencinya kat Juan neh..ada lagi ke manusia mcm ni kat dunia..knpla tak berubah2?
pastu akak dia si salwa tu..asal dia masih nak keruhkan air yg sedia keruh..apa punya kakak...tak supportive kebaikan adik betul..menggalakkan lagi perbuatan Juan tuh..
alamak..sorry en caha sucimuci..i teroverdose emosi..hua3
i tink akak dia pun alamai mental disorder..hua3..ape2 pun caha..congrats..- nurasma23
- 16 years ago
-
48) wa..besh2..bile nk bt cerpen baru pla? mst best..hehe..mngampu neh!!
- masfer86
- 16 years ago
-
49) well..nk ckp ape eh..
good job... keep it up... :p
cite mmg gempaq gle!!
nk otograp!! hehehehe- reflia
- 16 years ago
-
50) huhuhuh..
mendebar kan je yg last tuh.
ingt kn mati da..
huhhuh~
tahniah2 =]- atul_bloom
- 16 years ago
-
51) *ingt kn inspector tuh mati*
- atul_bloom
- 16 years ago
-
53) waahhh.....cerpen ni membuatkan akak nak tau sgt endingnya ....bagus2
- meeraz
- 16 years ago
-
54) best...
- la_ways
- 16 years ago
-
55) asal tak bunuh jer inspektor tu.. tak cukup kijam ar..
- safina17
- 16 years ago
-
56) ala..dh hbs ker..cm sedey jer juan tuh mati..huhu
- rObOt
- 16 years ago
-
57) i LOVE the ending bro, nicely crafted and god do i love a twisted and unpredictable ending.
And did I ever tell you my favourite character was Juan?I like the way you potray how twisted he is.
without a doubt a 5 star frm me =]- raihanchia
- 16 years ago
-
58) haaaaa... best..
walaupun agak klakar sikit tang aksi gusti tu.. hehehe...
- alhaddads
- 16 years ago
-
59) rating kesucianmu meningkat dari 9 ke 12. kudos2
- akusegan
- 16 years ago
-
60) hehehe..ade unsur lawak gak las2 part cter ni..tetibe juan leh smack down....btw...cter ni bes...sbb aku kte kte bes?sbb aku berdebar2 nak tau ending die....heheheh
- ossan
- 16 years ago
-
61) wah banyak komen baru masuk :)
thanks guys for reading.
ah, i wish i have new fresh idea to write :-s
(masih dlm mode super demam)- cahatomic
- 16 years ago
-
62) hehe .. write more eh my virgin guy ;)
- raihanchia
- 16 years ago
-
63) best.best,.best....
- anwar
- 16 years ago
-
64) thanx anwar :)
- cahatomic
- 16 years ago
-
65) besh!lain dr yg lain..
- nurcahaya
- 16 years ago
-
66) yg psl penyakit juan uh taberape paham sket . haha .
sy suke cerite ini .- elyla
- 16 years ago
-
67) kseluruhan citer ko tu leh tahan gak xjemu aku baca
- wakaka
- 16 years ago
-
68) heh. sepandai-pandai tupai melompat...
gaya penceritaan yg menyelitkan unsur2 saspen dlm erti kata yg sebenar- bluessie_7
- 16 years ago
-
69) gilelah.
stephen king pon bole sujud sahwi dengan penulisan kamu neh.
tapi kalo juan hidup pon best jugak. return of juan sebagai seorang transvestite, dan kejenya asik merogol dan membunuh lelaki pulak. oh, berfantasi serakah sunggoh aku ini.
maaf.
ape2pon cerite kamu hebat!- nutsdecoco
- 16 years ago
-
70) sy suke ending dia...lil bit similarity mcm sixth sense..tak sedar diri da mati. nice..
- adra
- 16 years ago
-
71) adushh saspen gler ending die..
- sue2204
- 16 years ago
-
72) i luv this kind of story...kisah penyiasatan...
i rs cam ade skit p'samaan ngan CSI (kes Juan yg tiada sperm..hmm)
but anyway...tabik spring kt caha..
susunan citer yg menarik buat i x jemu nk abiskn citer u ni..
congrats...- pinky
- 16 years ago
-
73) ending yang sangat best! saya kasi 7 +++++++
- cherry93
- 16 years ago
-
74) ending yg besh..tp sian kat JUan lak..td when read at 2nd part cam nyampah n nk Juan mati then tetiba feel sian lak kat dier...sakit rupernyer..Lelaki yg kehilangan smtg yg value da jd camtu..if women lak..yg kena pasrah dgn keadaan sekeliling..adakah ptt?
- cikaaluk
- 16 years ago
-
75) ..huuu..bjye jgak bce criet nie...ad 2 prktaan je..
BEST SGT!!!..huhu...;)- psycho_ben
- 16 years ago
-
76) best btol cte ni....
- yANa
- 16 years ago
-
77) yana : haaa..kan saya dah cakap?cite ni best!hehehe
- cherry93
- 16 years ago
-
78) ... tak terkata lagi... (*^_^*)
- ridhrohzai
- 16 years ago
-
79) best....nice...
wlaupun pnat nk tertanya2 pasal ending nye..
tp 1 saspens yg menarik.....
buat pembaca terikat untuk bce smpi hbs,,,,- ceq_zue77
- 16 years ago
-
80) padan muka Juan!!padan muka!! jahat sgt kan?amek ko mati mcm katak!bagus!
niway caha,citer nie mmg best..pandai u tulis..walaupun i mcm nak terjerit-jerit je bace citer nie,tp i tak nafikan citer nie menarik..banyak msj2 +ve yg disampaikan...
terutamanya "JANGAN DAN JANGAN KELUAR DENGAN LELAKI YG TIDAK DIKENALI!!DENGAR CAKAP MAK DAN ABAH!JGN DEGIL!!"
hahhaa...emo tol i bace citer nie..benci!- babymilo
- 16 years ago
-
81) lorrrrrrrrrr... JUAN dah jadi antu...
- princess06
- 16 years ago
-
82) Besh!!xcited bile bace..
- nanami
- 16 years ago
-
83) menarik.. buat reader curious wut will happened next. saspen jek!!
- aida
- 16 years ago
-
84) menarik, de gak ek brain damage cam 2...
suspen je part die nk cekik inspekter tuh, hehe...
- nurizza89
- 15 years ago
-
85) ekekek...endingnyer juan jadi antu yek.... But citer best! bravoooo!!!
- juliaM
- 15 years ago
-
86) tengs all for reading
- cahatomic
- 15 years ago
-
87) oraite..dah abis bc..nice dianya kronologi..twist yg org xjngka..
- paktam85
- 15 years ago
-
88) khatam suda! i like... buat lg cite yg menarik cam ni
- airina
- 15 years ago
-
89) gile gerun..
saspen mase si Juan konon nk bunuh inspektor..
suke sgt!! sebab saya pn peminat csi..
then ape lg ek.. XP
haa.. byk ke buat research psl medic case neh?
fakta yg lengkap..XD
NAIS!heh.. 15 bintang..- Pijat2
- 15 years ago
-
90) never expected the ending.
cuma, hahah dendam sampai mati la pulak.
great job incek caha!
tak sia-sia saya usaha habiskan 2 episod (eh ye episod?) masa demam-demam ni.- kosong
- 15 years ago
-
91) Rating utk kesekuruhan siri : 9.
Aspek2 pceritaan & elemen2 xplu dikomen, para profesional dah tlg komen.
Hmm..cuma ada a few grammatical errors for the English dialogues (specifically for Series 2&3)
Hrp en caha xkecik ati ye sy yg bru ni komen lbh2.
But cahatomic mmg atomic..mwahaha..- aoutfemme
- 15 years ago
-
92) eh, kalau ade org tlg bagitau yg ada grammatical error tentulah saya lagi berbesar hati
thanks
time kasih juga kosong! pijat2! airini! dan lain2- cahatomic
- 15 years ago
-
93) Walau lagaknya santai, tiada ruang yang dibiar tidak digapai. Tiada permukaan yang ditinggal tidak dibelai
(mcm pantun)
cite ok sgt2.. good job but...........
pengaruh AXN byk sgtla. mcm sy xkesah n tau citer2 john connor n CSI kira ok baca. cmne ngn pmbaca yg xde astro, kat umah ada channel free je? so dia mcm unfair tau.
u should come up dgn idea yg xberat sblh,everyone enjoy reading sy enjoy but how abt the others yg mybe xsuka Csi? u should think abt it.
apapun.. i love babak xjadi CUT!..very impressive- koizumi
- 15 years ago
-
94) thanks koizumi yep yep
itulah. hehe bila menulis tu mcm banyak tertakluk pada pengalaman sendiri lantas x pk pasal org sgt
hehe ok. will improve next time! thanks a lot- cahatomic
- 15 years ago
-
95) xpe.. idea ok sgt2 awk.. yg penting next story, cmne nk bg sume org suka cite kita? sy akui, cite2 kt pasaran pn ramai gak org xsuka.. but kita klu bleh jd penulis yg disukai oleh suma pmbaca
good luck- koizumi
- 15 years ago
-
96) akhirnya berjaya juga habiskan cerita ni. jalan cerita yang menarik
- asma
- 15 years ago
-
97) best giler!itu je nk cakap.huhuhuhu..terbaik la encik caha.yang paling membanggakan,nama kite pon ade dlm cite ni.huhuhu..terharu tetibe..kehkehkeh
- minahjenin
- 15 years ago
-
98) awww .. tu la. nama nadia ni kan spesel. kena la bubuh.
kohkohkoh
sebab tu la dia dibunuh. KOHKOHKOH- cahatomic
- 15 years ago
-
99) tak daye nak baca.....rate trus boleh??
- Kekasih
- 15 years ago
-
100) wah..bagusnya salwa..kan elok kalau sume p'jenayah camtu..!
- hatikidal
- 15 years ago
-
101) hulur tgn je..pois tak yah ckp pnjg2..
- hatikidal
- 15 years ago
-
102) *polis
- hatikidal
- 15 years ago
-
103) suspen je oh..juan dah mati,hero mati,cite tamat..mmg juan tuh ade sakit tu ke?bleh caye ke salwa nih..
- hatikidal
- 15 years ago
-
104) hehe kan. salwa ni penjenayah beretika. guru kan.
- cahatomic
- 15 years ago
-
105) kesimpulannya, kau punya twist memang aku kagumi, kau sangat CSI dan mahir memanipulasikan apa yang kau tahu, gempak!
- rebelliben
- 14 years ago
-
106) ending yang best. i like!!
- xmynnx_87
- 14 years ago
-
108) Tahniah.
Suka.
Tapi I'm wondering kalau Salwa tu tak kawan dengan nadia, apa akan jadi ek?- Choco
- 14 years ago
-
109) ahh mati!
haish!- ralpha
- 14 years ago
-
110) perfecto!
*tabik springgg*
tapi hilang laa satu 'adam' di dunia nih..
aishh..ni susah ni..dah kecik skop untuk awan mcari jodoh di msia..
orang yang hemsem, bpelajaran, berasal dari kluarga baik2,
tapi end up jdi pmbunuh plak n mati..haiihhh..
awan baru berangan yang farah tu ada cara untuk pulih kan juan,
and juan jadi a new, better person..hehehe..
- awanbiru
- 14 years ago
-
111) hehe. ok nanti buat cerita baru kita buat farah pulihkan juan pulak keh. alternate ending
- cahatomic
- 14 years ago
-
112) at least ada explanation kenapa juan jadi begitu good job
- Fifie
- 14 years ago
-
113) hem~ kesian kat juan tue sbnrnye.. mangsa keadaan * betul ke *
- rasyidah
- 14 years ago
-
114) kesian Lina. tak sempat nak beraksi lama macam inspektor Aliza. eyh.. tu ep 2. ;P
- Ancalime
- 14 years ago
-
115) ha ha. menci tau ala ye lah. tengs baca
- cahatomic
- 14 years ago
-
116) hehehe.. same2, jawab daun keladi.
eyh gatal~- Ancalime
- 14 years ago
-
117) yeah..
akhirnya dah taw ending story ni..leh tido gan damai..hehe..
patutlah bg nama juan, bakal kadi antu rupe ye..ahaks..
pape pun, nice story caha..^_^ *clap2*- miszjue
- 14 years ago
-
120) sangat berpuas hati baca cerpen ni..perfect
- aima
- 14 years ago
-
121) memang best!! terbaik
- backspace
- 13 years ago
-
122) adoiiiiii....sori...tersalah klik lorhhhh...ingat nk p klik smua stars tue.....sekali da on jew....huhuhuuu....paper pown...besttttt citer nie...
- akubayu
- 13 years ago
-
123) da on je? tak faham?
hehe. thanks membaca- cahatomic
- 13 years ago
-
124) terklik kat stars tue..skali kuar..."thnx 4 rating" huhuhuuu...
- akubayu
- 13 years ago