Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tercapainya keinginan ganjil si Jamdol

 

Jamdol teringin sangat nak naik lori sampah.

Semenjak dua tiga minggu ini, perasaan nak menjadi penumpang lori sampah itu semakin membuak-buak di dada Jamdol.  Macam buih-buih gergasi yang terhasil di permukaan air kumbahan akibat putaran mesin mengayak najis dan bahan kimia di loji-loji berdekatan. Seiring dengan letusan buih-buih yang sudah mencapai tahap merening yang optimum, keghairahan Jamdol untuk naik lori sampah ikut meletup!

Jamdol pun tak ingat, bila setepatnya, waktu dan ketikanya yang mencetuskan perasaan yang ganjil ini. Apa yang pasti, disebabkan perasaan itu, jamdol jadi rajin bangun awal pagi. Maklum saja, lori sampah di kampungnya datang menjemput sampah tepat jam 5.30 pagi. Seperti sudah terkunci di minda, Jamdol akan terjaga tepat pada masa itu. Dia akan segera melompat dari tilam lemek yang dikongsi bersama adiknya dan terus ke muka pintu utama rumah bapanya. Setelah membuka pintu tersebut, Jamdol akan turun ke tanah dan menanti lori sampah berkunjung di hadapan rumah. Perasaan nak naik lori sampah akan bertambah kuat apabila lori itu berhenti dan pekerja pemungut sampah datang menghampirinya dan memungut sampah. Begitulah yang berlaku hampir tiga minggu ini. Malangnya, setiap kali dia berhadapan dengan lori sampah itu, lidahnya kelu. Mulutnya terkunci rapat. Akhirnya, setiap kali setelah lori itu berlalu, barulah dia berani menjerit, “bang!! Nak  naik lori!!!”

Hari ini, Jamdol sudah membulatkan tekad.

Mesti naik lori sampah hari ni! Jerit Jamdol di sudut hatinya berulang-ulang kali. Dilatihnya ayat yang bakal dikeluarkan kepada abang Kurusawa si tukang pungut sampah itu.

“bang, saya nak naik lori sampah ni satu round boleh tak?”

Seratus tiga puluh sembilan kali diulangnya ayat tersebut. Kadang-kadang dengan pelbagai nada dan intonasi. Ada yang bernada marah, ada yang berintonasi lucu, takut juga bimbang serta resah gelisah. Masuk kali yang ke dua ratus, Jamdol pun mula berasa yakin. Aku mesti! Aku mesti! Aku mestiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Mak dan ayah Jamdol langsung tak kisah akan perubahan sikap si Jamdol. Mereka tak menganggap perasaan sukakan lori sampah sebagai satu masalah. Bagi mereka, lori sampah adalah satu kelaziman. Mahu naik lori sampah juga, bukanlah satu kebatilan. Yang penting, Jamdol tak jadi sampah.

Maka, sampailah waktu yang dinanti-nantikan. Jam menunjukkan pukul 5.29 minit pagi. Jamdol sudah terpacak di depan pintu rumahnya. Lepas seminit, kelibat lori sampah idamannya sudah mula kelihatan. Jamdol melangkah ke ruang tanah di hadapan rumah. Dia kini berdiri di sebelah longgokan plastik sampah. Lori itu sampai dihadapannya. Deruan enjin lori yang menderam-deram sangat mengujakan Jamdol. Kini abang Kurusawa pula sedang datang terhoyong-hayang ke arahnya untuk mengangkat sampah. Bau sampah yang bercampur-campur  menyegarkan fikiran Jamdol. Jejeran air sampah yang berbunyi “skritt…skriitip…” juga mengetarkan oesophagus Jamdol.

“bang, bang!!!”

“ye dik? Nak apa?"

“emm…boleh tak..kalau..”

“kalau apa?’

“emm…kalau saya..’

“ye..kalau apa? Cepatlah cakap”

“emm…”

“kalau apa dikk!!!!”

“kalau saya nak tolong kutip sampah naik ke belakang lori sampah sampai sepuluh rumah!”

Jamdol terperanjat. Dia tak menyangka yang abang tukang pungut sampah ni sebenarnya garang juga.

“tik! Tik! Tik!”

Air sampah yang terkeluar daripada salah satu plastik sampah yang sedang dipegang oleh abang itu mengeluarkan bunyi apabila melanggar jalan tar.

“baiklah! Jom! Cepat!”

Jamdol tak tau nak kata apa. Dia pasrah saja.

“kutip sampah rumah Pak Xaha sebelah tu!”

Jamdol dengan segera berlari ke arah tong sampah di depan rumah Pak Xaha. Tanpa berhati-hati dia terus menyeluk isi perut tong sampah tersebut. Tangan kanan Jamdol yang sedang memegang sampah itu tiba-tiba terasa semacam. Setelah diteliti, rupa-rupanya sampah yang dipegangnya itu ialah segumpal lampin pakai buang. Penuh pula dengan najis yang berlendir dan berbau mesra loji kumbahan. Setahu Jamdol, Pak Xaha takde cucu. Anak pun dah besar-besar.

“cepatlah dik! Kitorang nak jalan dah ni!!”

Perasaan yang disimpan selama tiga minggu. Haish!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahahahahaha. puasa la sy esok, pak kuru. *muka hijau*
  • 2) untung pakcik caha tu. tua-tua pun sistem perkumuhan masih berfungsi elok keluarkan segala toksik dalam badan Alhamdulillah.

  • (Penulis)
    3) maafkan aku Caha, nama sama, orangnya lain...nanti aku belanja kau makan kek expired.

  • (Penulis)
    4) ha ha..tak tau Caha merajuk..ok ok aku tukar nama org tua tu..tak boleh kasi Caha femes sangat! ha ha!
  • 5) cehh aku merajuk. haha. aku cuma memandang positiflah.

  • (Penulis)
    6) sebenarnya asal memang nama biasa je, Pak Mat. tapi aku tengok ko online Caha, saja je nak jentik2 ko sikit. Aku dah tukar dah ke nama lain. he he..
  • 7) Hahaha..teringat masa kecik..suka tgk lori sampah..kat lori tu ada tulis MDT.
    Mak tanya apa makna MDT..aku pun selamba jwb "M..D..T..hmmm..Lori sampah!" hihii.umur time tu bru 3 tahun daaa...
  • 8) jamdol, nak naik lori sampah tu sebenarnya impian yang mulia jugak
  • 9) esok ada anak lelaki ingat nak suruh dia kerja naik lori sampah sehari. kasi tahu asam garam hidup. hehehe!
  • 10) Mengenal erti susah kehidupan betul
  • 11) ya ya. kesusahan yang disengajakan. bab second last dalam buku aku terima nikahnya.

  • (Penulis)
    12) apa yang bab second last ni Caha? ko salah komen ni..he he
  • 13) hehehe. maybe kut.
    tapi aku maksudkan kat situ, pasal nak ajar anak kerja sebagai pengutip sampah untuk ajar erti kesusahan hidup.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa