Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dinding tandas Bidan Lijah bocor

 

Seekor lembu tua datang menyerondol dinding tandas rumah bidan Lijah petang semalam.

Kejadian malang itu berlaku tepat jam 5.45 petang waktu Ouagadougo, Burkina Faso. Di Malaysia, dimana kejadian itu berlaku sudah mencecah jam 4.53 pagi. Mujurlah waktu itu, bidan Lijah ‘ngam-ngam’ baru melangkah keluar daripada tempat kejadian. Serentak dengan itu, bidan Lijah terus menjerit,

“Kusssss!!! Semangat!!”

Kepala lembu malang tersebut telah mencipta satu lubang di dinding tandas bidan Lijah. Bukan itu sahaja, kepala lembu tersebut tersangkut di situ dan menjengol ke ruang dalam tandas. Bahagian tubuhnya dari pangkal leher ke bawah yang masih tersadai di luar rumah meronta-ronta macam nak gila. Seolah-olah musim korban sudah menjengah. Bidan Lijah yang baru selesai qada’ hajat itu, menjadi kejang dan terpaku. Mulutnya hanya mampu mengulang-ulang kata “kus semangat!” berkali-kali.

Disebabkan bunyi perlanggaran tersebut agak kuat, jiran sebelah menyebelah bidan Lijah semuanya keluar dari rumah masing-masing dan segera menghadirkan diri ke tempat kejadian. Mereka berkerumun di sekeliling rumah bidan sambil mengeluarkan bunyi daripada mulut masing-masing. Riuh dan bingit! Itu yang berlaku. Ada lebih kurang 6 ke 7 individu sedang memenuhi bahagian belakang rumah bidan Lijah itu. Di saat itu, 15 minit sudah pun berlalu, namun tiada seorang pun daripada mereka yang hadir, melakukan apa-apa melainkan bising.

Keadaan menjadi semakin bising, apabila lembu yang tersangkut mengeluarkan bunyi yang agak kuat,

“mooooooooooooooohhhhhhhh!!!! Mooooooooooooooohhhh!!”

“panggil tok bomoh!!! Panggil tok bomoh!!!!”

“apasal tok bomoh? Bomba la!!!”

“yelah!!! Ini bukan masalah pelesit!!”

“panggil ambulans!!”

“gila ke apa korang ni??!!”

“woii!!! Panggil bapak aku aje la…”

“Ja’apoorr!! Ja’apoorr!! Hayooo!! Ja’apooooorrr!!!

Tiba-tiba semua yang di situ terdiam.

“Ja’apoor, sakit ke tak Ja’apoor?! Apa lah nasib kau ni Ja’apoor oii!!”

Semua mata memandang ke arah tuan punya suara yang menjerit ‘Ja’apoor! Ja’apoor!’ tersebut.

Individu yang memanggil ‘Ja’apoor’ itu ialah Pak Mustaji. Beliau pemilik si lembu malang. Diusap-usapnya bahagian belakang Ja’apoor si lembu (di bahagian batang pinang). Serentak dengan usapan tersebut, Ja’apoor mula bertenang. Suaranya yang bising dan rontaannya juga beransur hilang.

“Ja’apoor…kenapa kau datang sini? Kenapa kau langgar jamban bidan Lijah?”

Jiran-jiran bidan Lijah serentak berkata,

“Kenapa???!!!”

Tiba-tiba bidan Lijah muncul di belakang Pak Mustaji. Pak Mustaji mencuba untuk eksyen dengan bidan Lijah dan berkata,

“Wai??! Wai Ja’apoor?!! Wai yu hit this wall? This particular toilet wall? Wai?”

Jiran-jiran bidan Lijah semuanya ternganga dek kerana mendengar Pak Mustaji ‘speaking London’.

Sebelum perkara yang tak diingini berlaku, dengan tak semena-semena bidan Lijah bersuara secara terketar-ketar.

“…er….err..aku rasa, ini semua salah aku Pak Mustaji…”

“kenapa pulak bidan Lijah? Ini salah lembu aku kot…dia yang langgar jamban kau..”

“..tak…memang salah aku..salah aku..”

“apasal pulak?”

Bidan Lijah pause sekejap. Dia menelan air liur. Semua jirannya yang hadir di situ juga serentak menelan air liur. Bidan Lijah membuka mulut. Jiran-jirannya juga membuka mulut.

“..sebab…sebab…”

“sebab apa???!!”

“sebab…masa aku tengah membuang, aku nyanyi…

HIT ME BABY ONE MORE TIME!!!”

“Moooooohhh!!!!!!”

Semua jiran-jiran bidan Lijah termasuk Pak Mustaji terus menari sambil menyanyi lagu tersebut. Mereka menyanyi dan menari secara synchronize, ala-ala broadway. Selepas itu mereka semua pergi bersahur beramai-ramai di kedai berdekatan. Jangan risau, Ja’apoor selamat. Dia dibebaskan daripada tandas bidan Lijah keesokan harinya. Sehari selepas itu, Ja’apoor ditangkap kerana dituduh mengintai Leha janda mencuci kain di sungai.

…………………………………………………………………………………………………..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1433

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Ya Rabbi si Jaapor ni. Bidan tua pun kau jadi ye buat modal ngintai. Takde taste langsung!

  • (Penulis)
    2) Caha: Siapa kata bidan Lijah tu tua? dia baru je berusia 27 tahun. Bujang lagi. He he...kalau bidan mesti tua ke?
  • 3) Ja%u2019apoor kalau boleh bercakap mesti nyanyi lagu Oops! I Did it Again.
  • 4) keh keh..jaapoor kaki intai..semelih lah masa raya haji.
  • 5) bijak bijak lembu zaman sekarang, he he.
  • 6) Educated sgt lembu ni

  • (Penulis)
    7) Lembu tu metaphor saja..
  • 8) hahhahahaaa... adehhhh... pecah perut rasa.... Ja'apoor, Ja'apoor....
  • 9) peminat britney spears rupanya Ja'apor ni
  • 10) wkwkwkwk....

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa