Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Dendam
12 Rejab 1433 – 10:23 malam di sekitar Petaling Jaya
“Mak!” Rusdi menjerit.
Syarifah - Ibu Rusdi mengengsot-engsot kesakitan menghabiskan saki baki tenaga yang ada; berusaha untuk menyeberang jalanraya yang masih bersisa. Syarifah cuba sedaya upaya untuk bangun. Dirasakan kakinya sungguh sakit sekali dan sudah tidak berupaya untuk digerakkan. Sebentar tadi sebuah motorsikal yang dipandu secara berbahaya telah melanggarnya hingga tercampak ke tepi.
“Mak!” Rusdi menjerit.
Lampu yang sungguh terang dan silau menjelma. Kali ini giliran sebuah kereta pula mengambil bahagian. Syarifah yang sudah berada di pertengahan jalanraya itu tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menitiskan air mata sedih. Ditatapnya wajah Rusdi di seberang jalan buat kali terakhir.
“Bum!”
Kereta itu tanpa belas kasihan melanggar Syarifah yang sudahpun nyawa-nyawa ikan. Dan pemandu yang biadap itu tanpa perasaan dan tanpa rasa tanggungjawab terus berlalu meninggalkan Syarifah.
“Emakkkk!!!”
Darah pekat mengalir mewarnakan jalan raya itu – dengan Syarifah yang sudah tidak bernyawa – dan Rusdi yang masih kecil itu tidak mampu berbuat apa-apa.
10 Ramadan 1433 –9:23 malam di sekitar Damansara Jaya
2 bulan sudah berlalu sejak tragedi kejam itu berlaku. Rusdi sekarang sudah tidak sama dengan Rusdi yang lepas. Beliau sudah matang dan sudah gagah. Beberapa siri pertarungan di belakang bangunan dengan musuh-musuhnya sudah cukup menjadikan Rusdi kuat seperti Aaron Aziz dalam satu filem terbitan seorang pengarah muda.
Dan Rusdi juga sudah cukup bersedia bagi membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada ibunya. Kebiadapan mereka telas mencantas segala perasaan belas kasihan dalam diri Rusdi. Jika Rusdi menyertai Persatuan Sukan Motor Remaja Tanpa Lesen (PSMRTL) maka Rusdi kini berstatus Hati Kering.
Rusdi kini menggunung dendamnya. 2 bulan sudah cukup mental dan fizikalnya bagi menamatkan nyawa mereka yang merampas nyawa ibunya. Sebab itulah malam ini Rusdi tekad untuk memulakan operasi membalas dendamnya.
Dan mangsanya yang pertama mestilah di kalangan yang lemah – iaitu perempuan.
Rusdi memerhatikan sekumpulan gadis yang berjalan pulang dari solat Terawih. Rusdi yakin kemampuannya kini dapat membereskan gadis-gadis muda ini tanpa masalah. Kudratnya sudah cukup bagi melayangkan senjatanya menerobos ke leher mereka.
Ya, Rusdi sudah nekad.
Rusdi bersembunyi di sebalik tembok. Bersedia untuk:
Mencantas leher mereka. Mencabik dada lalu merobek jantung. Merenggut isi perut mereka. I, II dan IIIMereka semakin dekat…
Semakin dekat…
Semakin…
…
“Eh eh, comelnya anak kucing ni! Sofi nak bela boleh tak kak?”
“Hmm... boleh. Nanti balik kita mandikan dia dulu okey?”
“Yey!!”
Rusdi terlalu memandang rendah keupayaan mangsanya lalu di bawa balik untuk dimanjakan.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen RamadanCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) Hehehe...kucing comot...
- ciksal
- 12 years ago
-
2) Tettt! 400 p.p je weh. Mana cecah 1500 ni
- cahatomic
- 12 years ago
-
3) Kejam gila syarifah kena langgar. tsk! tsk!
- cahatomic
- 12 years ago
-
4) klasik giler nama kucen!
- Choco
- 12 years ago
-
5) pendendam seperti Rusdi biasanya ada plan b.
- Nizaris
- 12 years ago
-
6) SESPEN HEHEHEH....
- botak_9444
- 12 years ago