Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Juadah Berbuka Yang Telah Pupus
Oleh kerana ramai yang memahsyurkan bahawa bulan Ramadhan ialah bulan makan-makan dan bulan beli-belah, makanya aku pun tergerak untuk mencatatkan beberapa perkara yang berkaitan dengan membuka kitab purba yang aku cipta sendiri. Berikut adalah juadah berbuka dan makanan yang berkait ramadhan dan syawal yang telah pupus dimakan bubuk masa:
1. Kuih Puteri tak mandi, Wajib!. Ia dicipta dengan cara tidak sengaja oleh seorang puteri yang bernama Wajib yang berhadas besar pada malam selepas berbuka puasa(Beliau terlupa untuk mandi hadas keesokan harinya sehingga lewat zuhur). Waktu itu beliau sedang menuju ke bilik mandi untuk mandi yang itu. Beliau perlu melalui dapur untuk ke bilik mandi. Di dapur, ibunya sedang membuat sejenis kuih dengan wajah yang serius dan berpeluh-peluh. Peluh ibunya itu memercik-mercik ke lantai di sekitarnya. Mungkin disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam peluh tersebut, ia menjadi sedikit melekit dan licin. Sang puteri pula memijak peluh dilantai dan beliau tersungkur tepat-tepat di atas tepung kuih yang sedang diuli oleh ibunya. Tanpa perasaan marah, si ibu dengan tenang mengangkat tubuh anaknya itu ke tepi dan terus menyiapkan kuih yang sedang diulinya. Semenjak itu kuih tersebut bernama Puteri Tak mandi, Wajib! (part wajib ni kena jerit!). Malangnya usia kuih tradisional ini hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Pada tahun yang berikutnya, tangan ibu sang puteri telah diserang Athritis akut.
2. Kek Gula Hingus. Ia dicipta pada tahun Platypus Bersiung ( sekitar hujung abad ke-19) oleh seorang makcik yang amat hebat memasak kek di Selangor. Jika dibandingkan dengan masa sekarang, makcik tersebut layak digelar MasterChef Selebetriti. Ini disebabkan gayanya yang sedikit selebet tetapi anggun. Makcik yang selebet ini (namanya dirahsiakan oleh anak cucunya; ketika saya menerumah mereka, mereka seolah-olah takut untuk menyebut namanya )sedang bertungkus-lumus menyiapkan kek yang ditempah oleh seorang pembesar negeri yang sangat zalim lagi kuat berjoli. Maka, dia pun membancuh tepung dan mentega dan gula dan semuanya dengan berhati-hati. Sampai di peringkat membancuh yang akhir, iaitu waktu menuangkan ke dalam bekas membakar, hidung makcik tersebut tiba-tiba dihinggapi oleh seekor hama yang sangat halus. Ia tidak dapat dilihat dengan mikroskop cahaya pun; hanya dengan SEM atau TEM atau Laser Confocal microscope sahaja yang mampu mencirikan wajah sebenar sang hama. Hidung makcik chef itu amatlah sensitif atau sensitip kata orang kampung saya. Ia juga berisi ibu resdung yang berbentuk seperti isi sotong. Maka, dengan segera dia terbersin sebanyak 4 kali dan berkuasa 110 kuasa kuda. Terkeluarlah hingus yang berwarna cendol dan bubur cha cha masuk terus ke ramuan kek. Tanpa berhenti, makcik chef terus memasukkan masterpiecenya itu ke dalam oven selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius. Kek itu dihantar kepada si pembesar yang membayar dengan harga yang tidak berpatutan. Malangnya usia kek ini hanya bertahan selama seminggu sahaja. Ia telah dicuri oleh seorang pencuri artifak seni yang sehingga kini masih belum dapat dijejaki! Benci tau!
3. Kuih Cara Tak Berlauk Lagi. Ia direka oleh seorang saintis yang gagal menerbitkan artikel di dalam jurnal berstatus ISI (tak kira yang ada Tier atau tidak), yang tinggal di Kuala Lumpur pada tahun Itik Berlidah (sekitar 1980-an, waktu filem Adik Manja masih dimanjakan). Nama saintis ini amat sukar disebut dan ditulis (sangat saintifik!), oleh itu saya hanya akan menyebutnya sebagai Dr. Gusgus. Pada satu petang Ramadhan yang panas dan kering, Dr. Gusgus berasa sangat lapar (dia terlupa bangun sahur yang penting itu). Malangnya beliau juga sangat miskin. Ketika itu beliau juga ada terfikir untuk meminta sedekah di masjid tetapi hasrat itu dilupakan sahaja. Dengan tiba-tiba beliau bingkas bangun dan berkata,
“aku nak masak kuih sendiri! Barulah ada cara!!”
Seterusnya, beliau masuk ke dapur rumahnya dan mencampurkan bahan-bahan yang boleh dijadikan kuih dan digaul. Setelah siap digaul ramuan kuih tersebut dituangkan ke dalam acuan yang berlekuk-lekuk seperti bentuk telur yang dibelah dua. Kemudian, kuih tersebut dimasak di dalam microwave selama 15 minit. Selesai memasak, waktu azan maghrib sudah pun hampir. Pada ketika itulah Dr. Gusgus sedar yang beliau hanya ada beberapa ketul kuih sahaja untuk berbuka. Dia pun menjerit lagi,
“alamak! Ada kuih tapi takde lauk!!!! Uk! Uk! Uk! (echo).
Maka, begitulah asalnya kuih cara tidak berlauk. Malangnya umur kuih ini hanya bertahan selama 5 minit sahaja. Setelah ditelan oleh Dr. Gusgus, ia tidak lagi dihasilkan kerana stok tepung sudah habis.
Baiklah puan-puan, sampai di sini saja untuk episode kali ini, kita berjumpa lagi minggu hadapan didalam rancangan yang sama di waktu yang sama, di TV yang lain! Selamat berbuka, jangan lupa sahur!!! Hur! Hur! Hur!
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) Hahaha pak kurus ni mmg kelakar laa!! Adakah tesis phd sebegini lawak jugak?
- NJay
- 12 years ago
-
2) Nia, tesis Phd hamba sangat lucu
- Kurusawa
- 12 years ago
-
3) Hehehe...SEM pun kalah tu! Pakai je mikroskop luar biasa tu!..err..adakah hama itu sekecil virus T4?..ataukah sebesar Drosophila? Hahaha!!
Boleh ambik resepi ni tak?- ciksal
- 12 years ago
-
4) peh. semua geng2 sains hayat ni. hehehe.
- cahatomic
- 12 years ago
-
5) wikipedia kuih.
- Nizaris
- 12 years ago
-
6) pergh. gaya bahasa saintifik orang2 atas ni. haha. juadah no.2 tu berjaya buat sy kembang tekak kejap. haha.
- kosong
- 12 years ago
-
7) hari ni terjumpa ini;
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/418399_384178884969948_1296641135_n.jpg
cekidout pak kuru!- kosong
- 12 years ago
-
8) kuih puteri xmndi??keh2
- mentari
- 12 years ago
-
9) Gila sekejap bila baca penerangan untuk setiap kuih
- 26life
- 12 years ago