Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

LEMBUT

 

NAMA : AZIZUL B. MOHD (Bukan nama sebenar)

NAMA PANGGILAN : AZI

TARIKH LAHIR : -RAHSIA-

JANTINA : LELAKI

AGAMA : ISLAM

UMUR : -RAHSIA-

BERAT : 57KG

TINGGI : 170CM

ASAL : IPOH, PERAK

ADIK BERADIK : KELIMA DARI 5 ORANG

PEKERJAAN : ACCOUNTAN

 

Dah baca biodata diatas? Hari ini botak akan bercerita tentang kisah orang diatas. Terlebih dahulu, botak mohon maaf pada Azi. Botak kenal Azi hampir 2 tahun. Azi apabila bercakap, tangannya mesti patah2 lembut. Suaranya pulak macam dikepit. Berjalannya berlenggang, berdirinya tonggek macam Ziana Zain tapi sekali pandang persis iras Anuar Zain. Botak pun cair mental bila berdepan dengan Azi (sebab cun betul) Ya, Azi memang lembut. Tapi disini botak bukannya nak bercerita tentang hubungan dengan Azi. Juga bukan tentang penderitaan Azi. Tetapi botak ingin bercerita tentang tanggungjawab yg Azi lakukan. Jom ikuti cerita botak ini...

 

Azi jadi lembut sejak di sekolah menengah lagi. Tapi Azi terpaksa memendam rasa. Apabila masuk U di serdang, barulah Azi dapat expose sebab dah ada KRONI. Azi anak kelima, bongsu. Yg pertama, abg. Kedua sampai keempat, kakak. 3 orang membantah perubahan penampilan Azi. Mereka itu ialah abg, kakak kedua dan ketiga. Kakak keempat tidak membantah sebaliknya banyak memberikan nasihat semangat pada Azi. Azi tidak mempunyai abah lagi. Abahnya dah lama meninggal semasa Azi masih sekolah menengah lagi. Kini yg tinggal hanyalah mak yg dah tua dan uzur. Boleh dikatakan yg abg dan 2 kakak Azi selalu mengutuk, menghina Azi kerana perubahannya. Masa belajar di U, Azi pasti berasa takut setiap kali balik ke kampung (takut untuk berdepan dengan abg dan kakak2) Tapi kalau tak balik, tak boleh. Sebab fikirkan mak... Azi memang manja dengan mak dan mak memang sayang dengan Azi. Mak Azi tak pernah kata apa2 tentang perubahan Azi. Cuma mak kata jadilah orang yg baik sahaja. Abg Azi adalah orang yg paling kuat membantah dan kuat memukul. Abg Azi memang panas baran. Semasa semester satu lagi Azi dah kena pukul dengan abgnya. PENAMPAR,PENUMBUK, SEPAK TERAJANG semua tu Azi dah rasa (dah lali) Pernah semasa semester kedua, Azi dimasukkan ke hospital sebab dipukul oleh abgnya. Azi kena 10 jahitan di kepala akibat dipukul dengan kayu. Kes nya sebab Azi balik lewat ke kampung masa cuti semester. Si abg tuduh Azi buat maksiat dan Azi melawan kata abgnya. Sebab itulah Azi kena 10 jahitan. Si kakak pulak selalu menghamburkan kata2 yg hina.

\"KAU NIE MEMANG DILAHIRKAN JADI AHLI NERAKA, TAK BAU SYURGA KAU NIE, BUAT MALU AKU NAK MENGAKU KAU NIE ADIK & KELUARGA AKU, KAU TAU TAK ARWAH ABAH TU MERANA TENGOK KAU MACAM NIE...\" Tu lah kata2 yg selalu terpacul keluar dari mulut kakak Azi. Pernah juga kakak Azi bakar baju2 Azi yg mana mereka tak berkenan. Tapi, Azi tak pernah bagitau mak apa yg mereka buat padanya. Tentang jahitan di kepala pun Azi tipu mak bagitau eksiden. Itulah kebaikan Azi, BERSABAR. Azi memang rapat dengan kakak keempat. Sebenarnya bukan cerita ini yg botak nak ceritakan. Jom baca lagi cerita botak nie...

 

Abg Azi adalah duda beranak 5. Disebabkan Abg Azi ada pekerjaan yg baik, jadi semua anak2 diletakkan dibawah jagaannya. Kakak kedua bekerja di jabatan kerajaan, beranak 3. Kakak ketiga bekerja dengan syarikat swasta, beranak 2. Kakak keempat pula hanya berniaga, beranak 3. Dan semuanya duduk rumah sendiri tapi masih didalam kawasan ipoh. Jadi di rumah hanya Azi dan mak sahaja. Kini Azi telah habis belajar dan bekerja di Ipoh. Ada jugak member yg offer kerja di tempat mereka di KL tapi Azi tolak sebab jauh. Akhirnya Azi pilih kerja di Ipoh sebab dekat dengan mak (senang nak jaga mak) Tu sahaja matlamat Azi. Lagipun mak dah tua, 70tahun. Nak dijadikan cerita, setahun setelah Azi bekerja, mak jatuh sakit diserang penyakit kencing manis. Kaki kanan mak Azi terpaksa dipotong dibawah lutut. Maka berkumpul adik beradik Azi di rumah mak. Abg Azi bertindak sebagai ketua. Tujuan perjumpaan nie adalah untuk berbincang macam mana nak buat...Siapa yg nak jaga mak? Atau bergilir2 menjaga mak dan semua yg berkaitan tentang mak. Abg Azi kata jangan harapkan orang luar untuk jaga mak. Kita ada adik beradik, jadi biarlah kita yg jaga mak. Bincang punya bincang, akhirnya semua bersetuju. Setuju untuk menjaga mak ikut giliran. Dan mengikut perbincangan, abg Azi yg akan menjaga dulu. Sebenarnya mak Azi dah keluar hospital dan telah berada di rumah... Kini semua pergerakan mak terbatas memerlukan bantuan untuk bergerak. Maksudnya nak makan, nak minum, nak ambil wuduk ataupun untuk ke tandas (senang cerita, semualah...)

 

Pada mula semuanya berjalan lancar kerana semua memainkan peranan masing2. Tapi semua tu hanya bertahan selama 1 bulan sahaja. Masuk je bulan kedua, minggu pertama, berlaku perubahan. Suatu petang, si abg telefon Azi untuk memberitahu tak dapat menjaga mak kerana anak sakit. Jadi minta Azi tolong jagakan mak. Kemudian, Azi pun setuju. Azi terpaksa minta kebenaran untuk balik awal dari boss nya. Bila sampai di rumah, Azi terus mendapatkan maknya. Dimana sebuah katil bujang telah diletakkan di ruang tamu bersama2 dengan 1 meja kecil (untuk meletakkan barang2 keperluan mak) Sejak mak sakit, mak tidak lagi tidur di bilik. Tapi di ruang tamu lah bilik baru bagi mak Azi. Alasannya sebab senang (ruangnya besar) kata abg Azi. Azi terus melihat mak sambil bertanya

\"Mak macam mana hari ini? Mak dah makan?\"

\"Mak baik. Sudah...\" balas mak. Seketika tu, kakak Azi (yg keempat) pun muncul dari pintu dapur. Azi terus bersalam dengan kakaknya. Tugas kakak keempat memang menjaga mak pada belah pagi. Sebabnya kerana kakak Azi nie adalah seorang peniaga pasar malam. Apabila waktu petang sampai malam, yg bertugas untuk menjaga mak akan ditukar mengikut giliran. Itu pun, giliran malam hanya dari pukul 10 atau 11 malam sahaja (lepas tu Azi kan dah ada) Hari nie sepatutnya giliran abg untuk menjaga mak tapi tak dapat. Tiba2 kakak Azi bertanya

 

\"Awal balik, adik?\"

\"Abg tak dapat jaga mak, anak sakit\" balas Azi.

\"Owh, macam tu. Baiklah adik. Kakak nak buat persiapan untuk berniaga malam nie, kakak balik dulu ya...\"

\"Baik kak\" kata Azi sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Kemudian kakak Azi bersalaman pulak dengan mak.

\"Mak, Ani balik dulu ya...\" kata kakak pada mak. Setelah si kakak menghilang dari pandangan, maka bermula lah tugas Azi untuk menjaga mak. Azi mengelap muka mak dan tangan mak. Lepas tu Azi membersihkan meja dan katil mak. Basuh cawan dan pinggan yg sudah dipakai. Kemudian mengambil kain kotor untuk dibasuh ke dapur. Lalu menyapu kawasan di bawah katil mak. Selepas Isyak, Azi akan menyuapkan mak makan. Tapi waktu makan mak tak pernah tetap (ikut selera mak) Lauk mak pulak selalunya kakak keempat yg buatkan. Apabila mak nak ke tandas, Azi akan angkat mak, letakkan kat kerusi roda, tolak ke tandas. Setelah pasti yg keadaan tandas ok, Azi akan bawak mak masuk tandas lalu keluar menunggu mak. Di luar tandas, Azi akan bersuara

\"Mak... Boleh ke mak?\" Setelah mak selesai, Azi akan masuk semula ke tandas, angkat semula mak ke kerusi roda, tolak semula mak ke katil lalu baringkan mak. Kalau mak nak ambil wuduk, Azi akan duduk sekali kat dalam tandas (tunggu mak sampai habis) Selepas mak baring, Azi akan menyapukan ubat pada kaki mak (yg kena potong tu), takut2 terkena jangkitan. Last sekali Azi akan mengurut badan mak sehingga mak tidur. Kalau pukul 5.30 petang Azi balik, pukul 10 atau 11 malam baru habis. Waktu itu Azi belum makan lagi... Setelah pasti yg mak sudah tidur, barulah Azi mandi kemudian makan. Setelah semua ok, Azi akan ambil tilam dari biliknya dan tidur di bawah tepi katil mak. Kemudian awal2 pagi lagi Azi dah bangun. Mula2 sekali yg dibuat Azi adalah tengok mak, betulkan selimut mak dan buat apa2 yg patut. Selepas membasuh muka, Azi pun ke dapur untuk menyediakan bubur mak. Bila mak bangun, Azi akan angkat mak ke tandas sebab mak nak solat subuh. Ketika mak sedang solat, Azi akan mandi dan bersiap untuk kerja. Setelah mak selesai solat, Azi akan memandikan mak dengan mengelap badan mak (di bahagian luar sahaja), lepas tu menyuapkan bubur untuk mak, mengemas tempat tidur mak. Akhirnya azi akan tunggu kakak keempat datang. Bila kakak datang, Azi bersalaman dengan mak meminta diri. Mak selalu berpesan

\"Hati2 Zul...\"

\"Baiklah mak\" kata Azi. Lepas salam kakak, Azi pun beredar. Zul ialah nama panggilan Azi dalam keluarga.

 

Waktu tengah hari di tempat kerja...

Azi dapat panggilan telefon lagi. Kali nie kakak kedua yg telefon.

\"Zul, tolong kak boleh tak?\"

\"Kenapa kak\"

\"Kak tak dapat datang untuk jaga mak petang nie. Kak ada hal nie... Kak nak bawak anak pergi beli hadiah harijadi. Boleh tak tolong kak?\" Azi menjawab dengan ringkas

\"Baiklah\" Petang tu, macam biasa Azi mintak kebenaran untuk balik awal lagi. Sampai je di rumah, kakak keempat tanya Azi pun bagitau. Kakak keempat hanya diam sahaja. Setelah kakak keempat minta diri untuk balik, maka bermula lah tugas Azi macam biasa. Dari A To Z Azi yg buat.

Pagi esoknya, setelah kakak keempat datang, Azi pun pergi kerja. Masuk je ke ofis, Azi dapat panggilan telefon lagi, kakak ketiga pulak yg telefon...

\"Zul, kakak nie. Boleh tolong kak tak? Kak tak dapat jaga mak petang nie. Kak nak jumpa orang, penting nie...\"

\"Tapi kak, tengah hari nie kan kakak kena bawak mak jumpa doktor?\"

\"Owh, ye ke? Kak tak ingat... Yg tu pun kak tak dapat, banyak kerja nie. Tolong kak, Zul, boleh kan...\" kata si kakak dengan 1001 alasan.

\"Baiklah kak\" jawab Azi. Kemudian Azi terus berjumpa dengan bos nya untuk minta half day off untuk hari nie. Nasib baik bos Azi jenis ok dan faham. Tengah hari tu, Azi bawak mak jumpa doktor. Doktor kata mak azi stabil. Azi tersenyum sebab mak dalam keadaan sihat. Di rumah, kakak keempat masih ada. Nampak je kelibat Azi, si kakak terus bersuara

\"Macam mana mak, adik?\"

\"Mak ok. Kak tak balik lagi ke?\"

\"Awal lagi nie\" Setelah duduk kan mak dan beri mak makan, akhirnya mak pun tertidur. Lena betul mak tidur, mungkin letih kot. Lalu Azi dan kakak keempat pun duduk di tangga...

\"Adik, ada tak abg telefon?\"

\"Tak kak. Mungkin bussy kot...\"

\"Yg lain ada telefon tak?\"

\"Ada tapi telefon sebab tak dapat nak jaga mak\"

\"Takpelah adik.. Sabar ya\"

\"Adik tak kisah kak...\" kata azi sambil pandang ke wajah kakaknya. Dan akhirnya Azi dan kakak hanya diam.

 

Di pejabat...

Azi buat kerja macam biasa. Tengah hari nie tiada panggilan untuk Azi. Sebabnya hari nie memang giliran Azi untuk menjaga mak. Bila petang baru ada panggilan untuk Azi. Abgnya telefon untuk bertanyakan tentang mak. Azi beritahu yg mak sihat, abgnya hanya kata bagus. Itu sahaja. Kalau waktu cuti, dah tentulah Azi seorang yg menjaga mak. Tapi hanya kakak ke empat yg tak pernah abaikan tugasannya untuk menjaga mak pada waktu pagi. Apabila masuk minggu kedua, Azi jugak yg menjaga mak. Abg dan kakak masing2 ada urusan. URUSAN YG LEBIH PENTING DARIPADA MENJAGA MAK YG SAKIT. Begitulah seterusnya hinggalah masuk bulan ketiga, masih Azi seorang menjaga mak. Suatu hari, Azi telah dipanggil bos ke bilik. Bos Azi bagitau yg dia faham masalah Azi. Tapi syarikat nie ada rakan kongsi dan mereka tak dapat terima. Azi faham apa yg dimaksud oleh bossnya. Azi mengucapkan terima kasih pada boss nya kerana banyak membantu. Tanpa banyak kata, Azi terima sahaja pemecatannya. Semasa berjalan keluar dari ofis, Azi senyum sendiri. Azi senyum sebab dapat jaga mak sepenuh masa. Bila abg dan kakak tahu yg Azi dah berhenti kerja, suatu hari semua telah berkumpul di rumah mak...

 

Si abg berkata pada Azi

\"Lepas nie boleh lah kau jaga mak sepenuh masa. Sebab kau dah takde benda lain nak di fikirkan. Lagi pun kau anak bongsu. Tak pernah jaga mak. Aku dah puas jaga mak... Inilah peluang untuk kau jaga mak\" Azi hanya menjawab \"

\"Ya saja...\" Lalu kakak kedua pulak menyampuk

\"Kau tak kahwin, takde anak dan takde tanggungjawab, jadi kau lah yg sepatutnya menjaga mak\" Azi hanya menjawab

\"Ya lagi\" Diikuti kakak ketiga menambah

\"Mungkin mak sakit sebab perangai kau. Perangai kau yg tak senonoh tu\" Azi hanya tunduk menangis.

Mmm, tak seorang pun yg bertanya kenapa Azi berhenti kerja. Tak seorang pun yg mengucapkan terima kasih pada Azi. Sebaliknya semua hanya menuduh dan mengutuk sahaja. Tu lah nasib Azi... Yg hairan tu, Azi tak pernah bersungut. Bagi Azi, kalau yg lain tak nak takpe, biarlah dia yg menjaga mak. Bagi Azi tu adalah tanggungjawab seorang anak. Setelah Azi berhenti kerja, Azi lah yg mengurus dan menjaga mak dari A To Z. Abg dan kakak ada jugak la datang tengok mak. Tapi, tu pun sekadar 1-2jam sahaja. Kalau datang pun, diaorang datang ikut sedap hati diaorang je. Bukannya datang atas dasar TANGGUNGJAWAB. Tapi, kakak ke empat tetap sentiasa datang. Ada jugak Azi kata pada kakaknya supaya tak payah lah datang. Tapi kata kak...

\"Kak pun ada tanggungjawab kat mak. Sebab kak pun anak mak\" Bila mendengar kata kakaknya, Azi pun terdiam. Kini sudah masuk bulan keempat Azi menjaga mak sejak berhenti kerja. Ya, memang letih... Tapi semangat Azi kuat. Tentang duit, Azi ada simpanannya. Duit itulah yg Azi gunakan semasa Azi tak bekerja nie.

 

Dua tiga hari nie, Azi perasan yg mak selalu muntah. Pagi nie pun mak muntah jugak. Azi nak bawa mak ke klinik tapi mak tak nak. Mak bagi alasan yg mungkin mak makan banyak sangat, azi terima alasan mak. Petang hari yg sama, mak muntah lagi. Mak masih berdegil tak nak ke klinik. Azi bertambah risau... Lepas Isyak baru mak nampak ok sedikit. Dalam pukul 10malam (masa Azi nak tidur di tepi katil mak) tiba2 mak bersuara.

\"Zul... Kau bukan ahli neraka tapi syurga tempat kau. Mak halalkan susu tetek mak. Makan minum kau sampai sekarang. Mak ampunkan segala dosa kau. Kau anak yg baik. Terima kasih Anak...\"

\"Mak, apa mak cakap macam tu. Saya janji mak, selagi saya hidup, mak akan saya jaga. Mak jangan risau ya\" kata Azi sambil duduk di lantai menghadap mak. Tangan mak dipegang, sekali2 dicium Azi.

\"Mak rasa, mak tak lama lagi\" kata mak dengan nada perlahan.

\"MAKKK...\" Azi menangis (Azi meletakkan mukanya di bahu mak dan tangan mak tetap Azi genggam) Azi terus pandang ke wajah mak lalu berkata

\"Mak jangan cakap macam tu... Azi jaga mak ya...\"

\"Mak ampunkan kau\" tiba2 mak muntah lagi (setelah hampir 2jam mak tak muntah) Kali nie, muntah mak bercampur darah. Azi panik terus bangun..

\"MAK, JANGAN MACAM NIE MAK. AZI TAKUT MAK...\" kata Azi sambil menangis. Ketika itu mak dah tak berkata2. Mak cuma memandang wajah Azi. Wajah yg menjaganya. Tangisan Azi lagi kuat apabila mata mak dah terbeliak ke atas. Lalu kepala mak dipangkunya. Sambil mengosok kepala mak, Azi menangis sambil berkata

\"Mak. Jangan tinggalkan Azi...mak. Mak, Azi minta ampun mak kalau Azi buat salah dan sakitkan hati mak. Azi minta ampun... Mak jangan tinggalkan Azi mak...\" Mak diam (dah tak berdaya sangat) hanya mampu melihat. Azi letakkan kepala mak ke bantal, bingkas bangun untuk menelefon kakak keempat.

\"Kak! Kak, cepat! Mak sakit kuat!\"

\"Baik adik! Kak datang!\" (Hanya kakak keempat sahaja yg Azi ingat saat nie) Azi terus berlari mendapatkan mak semula dan memangku kepala mak. Mak masih muntah. Muntahnya mengandungi darah keadaan mak makin tenat. 10 minit kemudian kakak ke empat datang. Kakak terus mendapatkan mak. Ada tangisan di mata kakak...

\"Adik, cepat telefon ambulans!\"

\"Mak tak nak\" kata Azi. Tiba2 mak bersuara 

\"Jangan. Mak tak nak. Kau jaga adik baik2...\" kemudian mak diam. Yg kelihatan hanyalah nafas mak yg terekat2. Azi dan kakaknya semakin kuat menangis. Tiba2 terkeluar muntahan yg kuat sekali lagi penuh dengan darah dari mulut mak. Kelihatan badan mak terangkat sebab menahan. Percikkan darah itu terkena baju Azi. Lalu dengan air mata yg menitis, Azi mengelap mulut mak. Tangan Azi ketika itu menggigil. Kakak Azi mengurut dada mak.

\"MAKKK\" hanya itu kata2 yg termampu Azi keluarkan. Tiba2 Azi dapat rasakan sesuatu pada mak. Azi terus berbisik ke telinga mak dan mengucapkan kalimah ALLAH pada mak. Dada mak berombak2 dan nafas mak terputus2. Sekali lagi muntah tersembur keluar, penuh darah. Azi semakin kuat menangis manakala kakak Azi hanya mampu menangis di sisi mak. Akhirnya mak menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Azi. Azi menangis sekuat2 hati, menjerit nama Mak. Tiba2 Azi jatuh pengsan di atas tubuh mak. Kakak keempat cepat2 minta tolong pada orang2 yg ada. Sebenarnya kakak Azi telah panggil jiran2 masa keadaan panik tadi. Azi telah diangkat ke bilik. Setelah keadaan tenang, barulah abg dan kakak2 Azi datang. Tapi apa yg dapat mereka buat hanyalah melihat sebujur tubuh yg telah kaku.

 

Itu la kisah Azizul B. Mohd. Ya, memang Azi lembut. Tapi Azi tak pernah ubah apa2 pada tubuhnya. Maksiat??? Takde bukti menunjukkan Azi pernah buat maksiat.

 

SEKARANG SIAPA YG AHLI NERAKA? SIAPA YG TAK DAPAT CIUM BAU SYURGA? SIAPA YG BUAT ARWAH ABAH TAK TENTERAM KAT KUBUR? SIAPA YG MEMALUKAN KELUARGA? AZI?

 

Selepas 4 bulan Azi menceritakan kisah ini pada botak. Azi telah meninggal dunia akibat kemalangan di Pulau Pinang.

 

AL-FATIHAH UNTUK MAK AZI

 

AL-FATIHAH UNTUK AZI

 

 

 \"DS PASTI TUNAI\"

 

 

Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kisah benar ke ni??..huks..orang macam Azi ni selalu disalah anggap..lumrah dunia..cuma yang tak reti-reti bahasa..jantan nak jadi betina..auw2..eiii..geli!
  • 2) kisah benar ker?
    terbaik ar... best..
    tgh feel2 sedih tiba2 part `mata mak terbeliak ke atas` tu buat aku ketawa..huhu..
    btw, nice!

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444