Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

CIKGU

 

Di satu negeri, satu daerah di kawasan pedalaman Malaysia. Tersergam deretan sebuah perkampungan yg tersusun kemas di tebing sungai yg besar dengan 60 pintu rumah. Kalau dari bandar berhampiran mahu ke kampung ini, makan masa 4-5 jam dengan menaiki bot. Silap2 sampai rasa melekat buntut kat kerusi kayu bot. Sumber pendapatan utama penduduk di sini ialah pertanian, sampingan menangkap ikan. Di hujung kampung berdiri megah sebuah bangunan baru yg disumbangkan oleh kerajaan. Dan bangunan itu ialah SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN. Anak2 dari kampung berhampiran juga turut bersekolah di situ.

 


Suatu petang...

Kumpulan botak telah TRANSIT di kampung itu. Botak berjalan di tepi belah kiri deretan rumah2. Sebenarnya semua nie adalah senario biasa bagi botak. Setelah melewati deretan rumah, dalam jarak 300 meter di belah kanan kelihatan bangunan sekolah yg botak maksudkan tadi. Botak pandang bangunan sekolah itu dari jarak 50-60 meter. Bangunan sekolah itu mempunyai 2 tingkat. Pada sisi sekolah itu terdapat sebuah lagi bangunan, sebagai asrama. Sekolah ini menghadap ke arah jalan yg tak berturap. Di belakang sekolah terdapat padang bola, menghadap ke padang bola terdapat pula dalam 5 buah rumah.

\"Mungkin kuarters cikgu kot\" fikir botak...


Bila kumpulan botak melintasi bangunan sekolah, kelihatan budak2 sekolah melambai2 ke kumpulan botak. Dan botak tersenyum saja... Mmm, nie juga adalah senario biasa bagi botak. Kemudian kumpulan botak terus meninggalkan kawasan sekolah dan berjalan ke atas menuju ke kawasan hutam. Setelah dua jam berjalan, akhirnya kumpulan botak berhenti di suatu tempat yg telah dipilih. Maka di situlah base akan dibuat. Kumpulan botak akan transit di sini selama dua minggu sebelum bergerak ke dalam hutan.

 


Pada hari pertama...

Pagi tu selepas sarapan, botak dan dua tiga orang member minta kebenaran dari ketua kumpulan untuk melawat ke kawasan kampung. KEBENARAN DI LULUSKAN. Maka botak dengan yg lain2 bergerak ke kawasan kampung. Dari situ lah botak telah berkenalan secara ringkas dengan ketua kampung, orang2 tua, orang2 muda, laki dan perempuan. Termasuklah cikgu2 di sekolah tu buat pertama kali.



Pada hari ketiga...

Ketua botak melakukan lawatan \"tak rasmi\" agak meriah juga sambutan dari orang2 kampung juga cikgu2 di sekolah. Di lawatan \"kedua\" botak ini lah baru botak dapat berkenalan dengan seorang cikgu dari semenanjung. Berasal dari Perak, dia adalah satu2nya cikgu dari semenanjung yg mengajar di sini. Namanya ialah Cikgu Asri. Cikgu Asri bertubuh rendah, kurus dan bercermin mata (macam ulat buku) Perwatakan cikgu asri memang jenis orang baik2 dan kuat pegangan agama. Kisah cikgu asri pernah keluar dalam suratkhabar, tentang pengorbanan cikgu2 semenanjung yg berkhidmat di kawasan pedalaman. Botak masih ingat saat2 bersalaman untuk memperkenalkan diri.

\"Kenalkan, saya botak\" kata botak menghulurkan tangan.

\"Saya cikgu asri, encik botak\" jawab cikgu asri menyambut salam.

\"Bukan encik, tapi botak saja\" botak tergelak.

\"Owh, botak. Baiklah encik botak\" jawab cikgu asri semacam menggelabah.


Botak pulak hanya tergelak dan biarkan cikgu asri pakai panggilan tu. Mungkin cikgu asri tak biasa bercampur dengan orang yg bekerja seperti botak. Agaknya pengalaman pertama kot. Tapi takpe, yg penting niat cikgu asri yg ingin berkawan.

 


Sesudah perkenalan itu, botak dan member2 ada juga dua tiga kali lepak2 di rumah cikgu asri. Malah cikgu asri juga selalu juga lepak atau makan tengahari di base botak. Cikgu asri berkongsi rumah dengan seorang cikgu yg juga beragama Islam yg berasal dari Sabah. Namanya CIKGU TAMRIN. Rumah cikgu asri yg menghadap padang bola seperti botak teka semasa mula2 datang. Rumah papan yg baru dibuat sebuah-sebuah. Di kawasan itu ada 5 buah rumah semuanya. Rumah cikgu asri mempunyai 2 bilik. Jarak antara setiap rumah adalah dalam 10 meter. Rumah cikgu asri boleh lah dikatakan rumah pertama. Kalau dikira dari kiri, rumah kedua masih lagi kosong. Rumah ketiga didiami oleh 3 orang cikgu wanita yg berasal dari Sarawak. Rumah keempat masih kosong manakala rumah kelima didiami oleh 2 orang cikgu senior yg juga berasal dari Sarawak. Kawasan ini dipanggil kuarters guru bujang. Cikgu2 yg telah berkahwin tinggal di tempat lain, di kawasan kampung.

 


Pada suatu petang...

Botak berkunjung ke rumah cikgu asri. Ketika itu botak datang seorang diri. Apabila botak menaiki tangga dan sampai saja di pintu depan rumah cikgu asri, botak tengok pintu rumah tertutup rapat. Dan botak terus beri salam. Setelah dua tiga kali beri salam dan dua tiga kali pintu diketuk, barulah kedengaran bunyi pergerakan dari dalam. Seketika pintu dibuka.

\"Owh, encik botak...\" kata cikgu tamrin yg masih mamai baru bangun tidur.

\"Ganggu tak?\" kata botak sambil tersenyum.

\"Takde encik botak. Maaf tadi tertidur\" sambil menjemput botak masuk.

\"Terima kasih cikgu. Cikgu asri mana?\" kata botak sambil duduk di kerusi.

\"Cikgu asri masih tidur\" jawab cikgu tamrin dengan berseluar pendek biru.

\"Owh, takpe. Mmm, cikgu sibuk ke hari nie?\" kata botak sambil melihat cikgu tamrin yg sedang menarik kerusi meja makan untuk empat orang tu (Hanya itu je yg ada di ruang tamu. Biasa lah, rumah bujang...)

\"Malam nie, encik botak makan kat sini ya!\" kata cikgu tamrin yg bertubuh besar, bermuka bulat tapi berkulit putih.

\"Wah, boleh jugak tu...\" kata botak tergelak.

\"Encik botak duduk sekejap, saya buatkan air\" kata cikgu tamrin bangun menuju ke dapur.

\"Takpe cikgu\"

\"Mana boleh encik botak, kalau saya dengan cikgu asri yg datang ke base, encik botak layan kami macam VIP\" kata cikgu tamrin memuji botak.

\"Mana ada VIP, makan pun pakai pinggan plastik je...\" Akhirnya cikgu tamrin dan botak sama2 gelak. Botak mengalah, cikgu tamrin ke dapur untuk buatkan air. Ketika menunggu, botak capai majalah di tepi meja, kemudian botak tatap satu persatu mukasurat majalah tu. Tiba2 cikgu tamrin muncul dengan 2 cawan nescafe panas.

\"Minun encik botak\" kata cikgu tamrin sambil meletakkan satu cawan di depan botak.

\"Ok, terima kasih cikgu\"

\"Cikgu, dah berapa lama mengajar kat sekolah nie?\" botak memulakan perbualan.

\"Tahun ni masuk tahun ke 2. Saya mengajar disini selepas enam bulan bangunan sekolah baru nie siap\"

\"Wah lama tu, macam mana cikgu mengajar kat kawasan sini? Ok tak?\" tanya botak lagi. Tak semena2 cikgu tamrin diam seketika, selepas 10 saat baru cikgu tamrin kembali bersuara.

\"Boleh lah encik botak, cari2 makan... Terpaksalah terima walaupun dihantar ke mana pun. Macam encik botak jugak lah\"

\"Betul tu cikgu! Kita yg pilih kerjaya nie, jadi kita kenalah sanggup menempuhi apa jua dugaannya\" jawab botak (dah macam cikgu lah pulak. Hahahaa) Sedang mereka berbual2, kedengaran bilik cikgu asri dibuka dari dalam. Botak hanya pandang sambil menunggu. Akhirnya tubuh cikgu asri menjelma dengan T-Shirt kuning dan seluar trek suit putih.

\"Aik, lena betul cikgu tidur!\" kata botak tersenyum.

\"Letih betul hari nie encik botak. Mmm, apa khabar encik botak?\" ketika ini cikgu asri masih lagi berdiri.

\"Ok baik cikgu\" jawab botak ringkas.

\"Minum cikgu\"

\"Takpe encik botak. Encik botak duduk dulu, saya nak mandi kejap\"

\"Ok cikgu\" Cikgu tamrin hanya tersenyum sahaja...

 


Hari dah hampir senja, tapi botak, cikgu asri dan cikgu tamrin masih lagi rancak berbual2.

\"Macam mana cikgu mengajar kat sini, ok?\" tiba2 botak bertanya soalan pada cikgu asri.

\"Mmm, bolehlah... Tapi masih tak dapat untuk sesuaikan diri lagi. Ye lah, nie kali pertama mengajar di pendalaman\" balas cikgu asri sambil pandang ke arah cikgu tamrin.

\"Takpe, baru lagi kan. Nanti lama2 ok lah tu. Apa2 masalah boleh tanya cikgu tamrin\" kata botak tersenyum sambil memandang ke cikgu tamrin.

\"Betul2... Nie orang lama\" jawab cikgu asri sambil memegang bahu cikgu tamrin.

\"Encik botak makan malam kat sini, tak payah balik tidur kat sini je. Lagi pun encik botak belum pernah makan malam kat rumah kami\" kata cikgu asri dengan bersungguh2.

\"Betul tu\" cikgu tamrin menyokong.

\"Tak mengganggu ke?\"

\"Tak ganggu pun. Tapi satu je... Pajeri nenas takde kat rumah nie\" kata cikgu asri tergelak besar. \"Pajeri nenas???\" kata botak juga tergelak. Sebenarnya botak selalu hidangkan PAJERI NENAS SEGERA setiap kali cikgu asri dan cikgu tamrin datang makan tengahari di base sebab cikgu2 nie suka. Akhirnya semua ketawa... Sejak dari malam itu, hubungan botak dengan kedua2 cikgu bertambah rapat. Ini pertama kali botak datang seorang ke rumah cikgu2 tu.

 


Hari yg lain...

Cikgu asri datang ke base botak.

\"Cikgu, mana cikgu tamrin?\" kata botak bila nampak cikgu asri yg berkopiah putih sahaja di pintu base.

\"Cikgu tamrin ada kelas tambahan\" jawab cikgu asri yg masih berdiri di pintu utama.

\"Masuk cikgu\" kata botak sambil menghulurkan tangan bersalaman. Botak terus bawa cikgu asri ke tempat makan dan jamu teh o panas.

\"Ok, cikgu makan petang kat sini ya. Pajeri nenas ada\" kata botak tergelak.

\"Wah, best tu\" jawab cikgu asri tergelak sama.

\"Mmm, cikgu tak boring ke makan pajeri tiap2 kali datang sini? Banyak lagi menu lain...\"

\"Tak boring pun, best encik botak. Lagi pun kat sini takde pajeri nenas\" jawab cikgu asri ikhlas.


Botak pula hanya diam mendengar hujah cikgu asri. Dah orang minat, nak kata apa kan... Petang tu selepas masak, cikgu asri, botak dan 2 orang member botak makan bersama. Selera betul cikgu asri makan, kena pulak tu lauk kegemarannya ada. Lepas makan botak ajak cikgu asri ke dalam base, ke tempat tidur botak. Sambil duduk di katil, botak offer cikgu asri tidur di base pada malam nanti. Kebetulan ada katil yg kosong.

\"Lagi pun esok pagi saya pun nak pergi ke kampung, boleh kita pergi sama2\" Mula2 cikgu asri keberatan tapi selepas didesak akhirnya cikgu asri setuju untuk bermalam di base botak. Malam tu, sebelum tidur, cikgu asri bercerita macam2 tentang pengalaman mengajar di kawasan pendalaman. Dan ada cerita2 yg tak dapat botak tulis disini. Kini dah seminggu botak berada disini, seminggu lagi botak akan masuk ke dalam hutan.

 


Minggu kedua hari isnin...

kumpulan botak telah dijemput untuk gotong royong di kawasan sekolah. 8 orang telah dihantar, termasuklah botak.

\"Encik botak bila masuk hutan?\" kata cikgu asri yg sedang menyapu lantai.

\"Minggu nie last. Kenapa cikgu?\"

\"Takde apa2. Dua minggu lagi kampung nie ada buat pesta\"

\"Wah, best tu cikgu\" kata botak meletakkan bakul sampah ditepi dinding.

\"Kalau encik botak ada, boleh lah join sekali\"

\"Saya ada orang kampung yg jemput. Tapi nak buat macam mana cikgu, saya kat sini ada tugas...\" kata botak yg dalam kepalanya terbayang bertapa bestnya pesta itu, mesti enjoy sakan...


Hari yg lain (pada minggu yg sama) botak makan tengahari di rumah cikgu asri. Cikgu tamrin pun ada bagitau cerita yg sama tentang pesta tu. Cikgu tamrin dah pernah menghadiri pesta tu sekali pada tahun lepas manakala cikgu asri pula belum pernah. Nie kali pertama buat cikgu asri sebab baru disini.


Hari sabtu petang...

Botak datang ke rumah cikgu asri dengan sebuah beg. Sampai sahaja di rumah cikgu asri, cikgu asri terperanjat besar sambil berkata

\"Banyak bawak barang encik botak?\" Botak tersenyum sahaja, di ruang tamu botak keluarkan segala barang2 dari dalam beg.

\"Ok cikgu, barang makanan nie cukup untuk cikgu asri dan cikgu tamrin makan selama dua minggu\" kata botak tergelak.

\"Mana cikgu tamrin, cikgu?\"

\"Cikgu tamrin ke sekolah, ada kerja. Tapi encik botak, buat susah2 je nie...\" sambil pandang ke botak.

\"Mmm, kalau taknak saya ambil balik cikgu\" kata botak bergurau.

\"Nak2, macam mana pun terima kasih encik botak\" kata cikgu asri seronok sambil pegang paket pajeri nenas.

\"Owh ya, cikgu nie baju saya hadiahkan. Saya tau cikgu suka baju nie\" kata botak menghulurkan T-Shirt yg berlipat rapi. Botak tersenyum manakala cikgu asri terharu.

\"Ya Allah, encik botak... Saya tak tahu nak kata apa\" jawab cikgu asri terkejut. Sebenarnya setiap kali cikgu asri datang ke base, cikgu asri selalu memuji T-Shirt lambang pekerjaan botak. Botak tau yg cikgu asri suka, tu yg botak hadiahkan baju tu sebelum masuk ke hutan. Dan topi pula botak hadiahkan pada cikgu tamrin.


Botak kata pada cikgu asri

\"Hari nie hari terakhir saya disini sebab esok semua orang tak dibenarkan keluar dari base (hari isnin kami akan bergerak ke dalam hutan) Dan saya tak tahu apabila keluar dari hutan nanti, saya akan base disini lagi ke ataupun keluar terus ke bandar\" Cikgu asri tak dapat nak kata apa2, hanya ucapkan terima kasih banyak2 pada botak. Cikgu asri pun ada bagi hadiah pada botak. Sehelai T-Shirt maktab tempat cikgu asri belajar dulu. Hanya cikgu tamrin yg botak tak dapat jumpa buat kali terakhir. Cikgu asri ajak botak makan tapi botak tak dapat penuhi pelawaannya. Selepas bersalaman, botak terus balik ke base. Sebelum melangkah, botak sempat titip salam pada cikgu tamrin.

 


Pagi hari isnin (minggu ketiga)...

Kumpulan botak bergerak menuju ke hutan. Botak akan berada didalam hutan selama dua bulan. Hari demi hari, minggu demi minggu, maka genaplah dua bulan. Akhirnya botak keluar dari hutan. Berita baik, kumpulan botak akan transit di base lama tapi tak lama (3 hari je) sebelum bergerak ke bandar. Semasa kumpulan botak sampai ke base lama, hari pun dah senja. Dengan letih yg tak habis lagi, botak buat keputusan untuk pergi ke rumah cikgu asri pada keesokannya. Akan berlaku suatu kejutan kerana tiada siapa pun yg tahu kumpulan botak sampai. Lepas buat base, botak pun tidur awal. Pagi selepas sarapan, botak melangkah kaki ke rumah cikgu asri. Kebetulan pula hari nie hujung minggu, sekolah cuti. Semasa dalam perjalanan, macam2 yg botak fikirkan. Kejutan yg macam mana yg botak nak buat.

\"Tak apa lah. Ketuk pintu, lepas tu diam2 berdiri depan pintu. Macam tu pun tentu cikgu2 tu terkejut\" bisik hati botak. Rumah cikgu asri dah didepan mata, perlahan2 botak naik tangga kemudian ketuk pintu. Ketukan pertama tak berjawab. Ketukan kedua pun sama, kurang lebih 4-5 kali botak ketuk tapi masih tiada siapa2 yg buka. Botak cuba mengintai dari ruang kecil ditepi tingkap.

\"Aik, kosong? Cikgu2 nie dah pindah ke? Tak kan lah tiba2 je...\" bisik botak lagi. Botak turun tangga dan menuju ke rumah no.3 iaitu satu2nya rumah cikgu wanita. Pintu rumah dibuka selepas diketuk, cikgu sarena rupanya.

\"Hai encik botak, bila sampai?\" kata cikgu sarena yg putih melepak tu.

\"Semalam cikgu. Cikgu, maaf tanya, cikgu asri dan cikgu tamrin dah pindah ke?\" Cikgu sarena terdiam sebentar kemudian berkata

\"Ya, cikgu tamrin dah pindah rumah. Sekarang duduk di rumah no.5, tapi cikgu asri sakit\"

\"Sakit? Cikgu asri sakit apa cikgu?\" tanya botak terkejut.

\"Saya tak tahu encik botak\" jawab cikgu sarena dengan wajah berubah.

\"Takpe cikgu, maaf ganggu. Terima kasih\" jawab botak sambil turun tangga. Sesampai botak di rumah no.5 (rumah cikgu senior buat kata cikgu asri) semasa menaiki tangga, botak dapat dengar suara didalam rumah. Sampai sahaja didepan pintu, botak pun ketuk pintu. Cikgu tamrin yg buka \"Encik botak!!!\" jerit cikgu tamrin. Botak tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

\"Apa khabar cikgu?\"

\"Khabar baik encik botak\" sambil menjemput masuk.

\"Ok terima kasih\"


Di dalam rumah terdapat seorang cikgu senior, seorang lagi tiada mungkin ke sekolah kot. Lalu cikgu tamrin ke dapur buat air, botak pula berbual dengan cikgu senior. Seketika cikgu tamrin datang dengan dulang bersama 3 cawan air diatasnya. Botak masih terus berbual tapi botak perasan cikgu tamrin lebih banyak diam. Dan itu bukanlah sifat cikgu tamrin apabila bersama botak.

\"Mungkin hormat kat cikgu senior kot\" bisik hati botak. Kemudian botak biarkan terus berbual dengan cikgu senior. Sedang rancak berbual, botak perasan cikgu tamrin bangun menuju ke dapur. Kira2 5 minit, tiba2 kedengaran suara cikgu tamrin dari dapur.

\"Encik botak, boleh tolong tak?\"

\"Ok, ada apa cikgu?\" kata botak berhenti berbual.

\"Tolong ambil biskut nie\" kata cikgu tamrin dari dapur.

\"Ok cikgu\" jawab botak sedikit pelik. Sampai sahaja di dapur, sambil menyerahkan pinggan berisi biskut, cikgu tamrin berbisik pada botak.

\"Encik botak, tolong jangan tanya tentang cikgu asri pada cikgu senior. Esok saya datang base encik botak\" Botak diam sahaja.

\"Apa yg dah berlaku nie?\" kata hati botak.

\"Baiklah cikgu\" Botak pun berjalan semula ke ruang tamu dan kembali berbual. Tapi cikgu tamrin masih juga mendiamkan diri. Dalam 30 minit botak minta diri untuk pulang. Cikgu tamrin temankan botak turun tangga.

\"Encik botak, esok kita jumpa kat base\" kata cikgu tamrin sambil pandang kiri kanan.

\"Betul ke cikgu asri sakit cikgu?\"

\"Kat sini tak boleh cerita encik botak, esok saya cerita\" jawab cikgu tamrin gelisah sambil bersalaman dengan botak.

\"Baiklah cikgu\" botak pun melangkah pergi. Dalam perjalanan ke base, fikiran botak betul2 bercelaru.

\"Betul ke cikgu asri sakit? Kenapa? Kenapa susah sangat cikgt tamrin nak cerita? Kenapa cikgu tamrin kelihatan gelisah?\" seribu macam persoalan bermain2 di kepala botak.

 


Keesokan hari dalam pukul 10 pagi...

Cikgu tamrin dah sampai ke base. Selepas bersalaman botak menjemput cikgu tamrin minum pagi tapi cikgu tamrin menolak.

\"Encik botak terima kasih bagi hadiah topi\"

\"Biasa je cikgu\" kata botak tersenyum.

\"Encik botak boleh kita lepak tempat yg privasi tak?\"

Ada perkara penting ni dalam firasat botak.

\"Ok, jom kita lepak tepi sana\" sambil menunjuk batang balak tumbang yg sedikit jauh dari orang.

\"Apa sebenarnya yg berlaku cikgu? Saya tengok cikgu tamrin lain macam sahaja...\" kata botak sebaik sahaja duduk di batang balak.

\"Entahlah encik botak. Saya pun tak tahu\" kelihatan cikgu tamrin seolah2 keliru.

\"Cikgu ceritakan lah apa yg berlaku pada cikgu asri sebenarnya\" desak botak ingin tahu cerita sebenar.

\"Baiklah encik botak. Encik botak ingat tak tentang pesta tu?\"

\"Ya, saya ingat. Tapi kenapa dengan pesta tu?\"

\"Masa pesta tu cikgu asri telah dipilih untuk duduk di meja VIP diatas pentas sebab cikgu asri cikgu baru di sekolah. Dan saya pula duduk dibawah dengan orang2 kampung\" kata cikgu tamrin dengan nada perlahan.

\"Lepas tu cikgu?\"

\"Saya tahu cikgu asri tak selesa duduk di meja VIP. Ye lah, dengan babi bakar seekor terhidang diatas meja dan air2 mabuk. Tapi cikgu asri tepaksa... Masa pesta baru bermula, semuanya ok. Tapi bila semua dah mabuk, keadaan berubah\" kata cikgu tamrin dengan wajah sedih.

\"Apa yg berlaku cikgu?\" tanya botak yg membayangkan ada perkara buruk berlaku.

\"Bila semua dah mabuk, ada 6-7 orang telah suruh cikgu asri makan BABI. Cikgu asri tolak dengan baik tapi bila mereka semakin mabuk, mereka telah memaksa cikgu asri. Kemudian cikgu asri menolak lagi. Dan akhirnya mereka ramai2 telah pegang cikgu asri dan menyuapkan daging babi tu ke mulut cikgu asri. Cikgu asri meronta2 dan berjaya melepaskan diri. Lalu cikgu asri terus berlari ke rumah untuk bersembunyi. Walaupun mereka mengejar cikgu asri tapi mereka tak berjaya. Saya tau cikgu asri dalam ketakutan tapi saya tak dapat berbuat apa2. Saya betul2 tak guna encik botak!\" kata cikgu tamrin kecewa.

\"Jangan hukum diri cikgu, cikgu tak bersalah. Bukan senang nak sesuaikan diri bila masuk ke kampung orang\" kata botak menenangkan cikgu tamrin.

\"Kemudia apa yg berlaku cikgu?\"

\"Mereka marah dengan cikgu asri. Mereka kata cikgu asri telah menghina makanan mereka. Keesokan harinya cikgu asri tak pergi ke sekolah sebab takut kemudian 3 hari cikgu asri sakit. Dalam 1 pagi hari ke 4 cikgu asri sakit, sedang saya tidur. Tiba2 kedengaran bunyi pelik di luar. Saya pun bangun untuk tengok. Di luar bilik, saya dengar bunyi tu datang dari bilik cikgu asri. Lalu saya jalan perlahan2 menghampiri bilik cikgu asri. Kebetulan bilik cikgu asri tidak berkunci bila saya buka pintunya. Kemudian saya nampak cikgu asri menyondol2 di atas katil. Saya meluru ke arahnya untuk menolong. Saya pegang badan cikgu asri tapi ditendangnya. Saya pun tercampak ke belakang. Kemudian saya nampak cikgu asri merangkak keluar dari bilik macam babi. Cepat2 saya bangun dan kejar cikgu asri yg menuju ke dapur. Di dapur saya lihat yg cikgu asri sedang memakan sisa2 makanan didalam tong sampah. Lalu saya tendang bakul sampah itu. Ketika saya menendang bakul itu, cikgu asri memandang saya dengan wajah marah. Saya terkam cikgu asri sekuat hati, lalu cikgu asri meronta2 dan akhirnya pengsan\" air mata cikgu tamrin dah penuh di kelopak mata semasa bercerita.

\"Apa yg berlaku lagi cikgu?\" kata botak sambil memandang ke wajah cikgu tamrin.
\"Cikgu asri masih tidak ke sekolah lagi. Tapi cikgu asri dah pulih sedikit dari sakit, cuma badannya masih terasa sakit2. Tapi cikgu asri tidak tahu kejadian yg menimpanya semalam. Saya hendak membawa cikgu asri ke klinik desa tapi cikgu asri enggan. Katanya ini mungkin hanyalah sakit biasa sahaja. Dan saya ikut kata cikgu asri walaupun ketika itu fikiran saya sedang memikirkan bermacam2. Kejadian kedua pula berlaku pada dalam pukul 1:30 pagi. Ketika itu saya sedang lena, tiba2 tidur saya terganggu dengan bunyi suara orang sedang menjerit di dapur. Dan saya memang kenal yg ini suara cikgu asri. Bingkas saya bangun menuju ke dapur. Sesampai di dapur... Ya Allah!!! Kelihatan yg cikgu asri tidak henti2 mencederakan dirinya dengan pisau sambil memandang tepat ke wajah saya. Cikgu asri masih mengelar2 badannya lagi... Setiap kelaran itu, cikgu asri akan menjerit. Tak tahulah samada cikgu asri menjerit kesakitan ataupun sebaliknya. Tetapi sebagai seorang kawan, saya tak sanggup untuk melihat cikgu asri yg sedang menderita. Lalu saya menjerit meminta tolong tapi tiada siapa yg dengar\" Kali ini, kelihatan yg airmata cikgu tamrin sudah mengalir di pipi dan botak tidak berkata apa2.

\"Encik botak, saya dah tak tahu apa yg hendak dibuat semasa kejadian kali kedua itu. Ketika itu puas saya menjerit meminta pertolongan tetapi masih tiada sesiapa yg datang untuk menolong. Dan akhirnya saya bertindak sendiri... Lalu saya rempuh dan peluk tubuh cikgu asri Dalam masa yg sama, saya pegang tangan cikgu asri yg ketika itu masih memegang erat pisau tadi. Saya merayu2 pada cikgu asri supaya hentikan perbuatannya. Walaupun ketika itu saya tahu yg cikgu asri tak ingat apa, tapi saya takde pilihan. Akhirnya cikgu asri rebah ke lantai dan pengsan. Saya lap darah yg berlumuran di badannya, saya dukung cikgu asri ke bilik saya. Esok pagi bila bangun tidur, saya terkejut besar bila melihat tubuh cikgu asri. Tubuhnya tiada satu pun bekas2 luka. Yg ada hanyalah bengkak sahaja. Tapi cikgu asri rasa sakit2 badan. Saya rasa sangat hairan sebab malam tadi, dengan biji mata saya sendiri, saya nampak cikgu asri kelar2 badannya. Jadi ke mana perginya bekas2 tu? Cikgu asri masih tak dapat mengajar. Di sekolah, saya laporkan kejadian pada cikgu2 termasuk pengetua. Pada sebelah petang, cikgu2 termasuk pembantu klinik desa telah datang melawat. Pembantu klinik telah merawat cikgu asri, katanya keadaan cikgu asri tidak serius. Bila mendengar penjelasan pembantu klinik tu, saya diam sahaja. Pada sebelah malamnya saya buatkan bubur untuk cikgu asri. Saya perasan cikgu asri dah susah sangat nak bangun lalu saya suapkan bubur tu ke mulut cikgu asri. Kemudian cikgu asri bertanyakan dengan nada perlahan pada saya penyakit apa yg sedang dia alami. Katanya badannya terasa lain macam. Lalu saya diam sahaja. Malam tu cikgu asri tidur sebilik dgn saya. Cikgu asri tampak tak banyak bercakap dah. Akhirnya saya tertidur. Sedang lena diulit mimpi, tiba2 saya rasa badan saya sejuk sangat. Ketika itu jam dalam pukul 1 pagi. Saya terkejut bila melihat cikgu asri tiada di tepi katil. Saya lihat pintu bilik saya terbuka. Lalu saya bingkas bangun berlari keluar bilik. Pintu depan terbuka dan di pintu depan juga saya temui seluar dan baju cikgu asri. Di pintu depan, saya berdiri memandang kegelapan malam. Saya jerit memanggil nama cikgu asri berulang2 kali tapi tiada jawapan. Tiada sesiapa pun yg terdengar jeritan saya, seolah2 macam saya seorang je yg duduk di kawasan nie. Saya pun terus ambil lampu suluh dan terus mencari cikgu asri. Saya suluh di bawah rumah, takde. Saya suluh ke kawasan padang, pun takde. Lalu saya pergi ke rumah no.5, rumah cikgu senior. Saya ketuk pintu berulang2 kali tapi takde siapa yg bangun. Saya dah panik dah tak tahu nak buat apa tapi saya gagahkan diri juga. Masa saya turun tangga rumah cikgu senior, saya dapat dengar suara kecoh di kandang babi (memang terdapat kandang babi 100 meter di belakang kuarters) Saya terus melangkah laju ke situ dengan lampu suluh di tangan. Saya dah mula tak fikir apa2, yg saya fikir hanyalah keselamatan cikgu asri. Sambil menyuluh saya berjalan cepat2 ke kandang babi. Sesampai sahaja di depan kandang, kedengaran bunyi kecoh dari dalam kandang babi. Saya suluh ke dalam kandang, ada 5-6 ekor babi hutan. Saya suluh lagi ke setiap sudut kandang. Tiba2 lampu suluh tertumpu pada satu bentuk tubuh manusia yg hanya berseluar dalam sahaja. Saya tau yg saya kenal tubuh ini. Saya jerit nama cikgu asri sekuat hati tapi cikgu asri buat tak endah. Kelihatan cikgu asri terbongkok2 dibawah seekor babi betina. Ya Allah, cikgu asri seperti menghisap (menetek) tetek babi betina tu. Saya panjat kandang babi tu. Dalam keadaan kandang yg lecak dan berlumpur2, saya berlari berkaki ayam cuba mendapatkan cikgu asri. Tapi cikgu asri masih berada dibawah perut babi betina tu lagi. Saya pegang kuat2 kaki cikgu asri dan saya tarik ke belakang. Dan cikgu asri tercampak keluar. Tiba2 babi2 di dalam kandang kecoh dan berlari2 ke kiri ke kanan. Saya tak ambil tau semua tu. Apabila cikgu asri tercampak keluar dari bawah perut babi tu, saya terus terkam dan bergelut dengan cikgu asri. Mengucap cikgu, mengucap, pinta saya pada cikgu asri. Tapi sia2, cikgu asri tak ingat apa2. Cikgu asri lagi meronta2 melawan dalam keadaan lumpur penuh di badannya. Malam masih gelap tapi lampu suluh pula hilang. Kemudian saya tumbuk cikgu asri, cikgu asri jatuh pengsan. Cepat2 saya bawa cikgu asri keluar dari kandang dengan menarik kakinya. Di luar kandang, saya dukung cikgu asri terus dibawa ke rumah. Ketika cikgu asri masih pengsan, saya bersihkan badan cikgu asri. Keesokan paginya saya jumpa dengan pengetua dan saya ceritakan segala2nya. Pengetua terperanjat dan tergamam. Akhirnya cikgu asri dibawa keluar, saya telah telefon keluarga cikgu asri di Perak\" Air mata cikgu tamrin mengalir laju. Ada ketakutan, ada keresahan, ada kekecewaan dan penyesalan di wajah cikgu tamrin. Botak hanya terdiam simpati atas segala2 yg berlaku.



Keesokan pagi botak dan kumpulan keluar dari tempat tu. Tinggallah cikgu tamrin dengan pengalaman yg tak akan dia dilupakan, mungkin sampai bila2.

 

 

CATITAN...

*Apakah kini cikgu asri telah pulih atau mati?..biarlah botak rahsiakan.

*Seperti yg anda tahu cikgu tamrin kali ke2 menghadir pesta itu.Bagaimana beliau selamat pd       pesta kali pertama sedangkan pd masa itu cikgu tamrin satu2 cikgu ugama islam?..mungkin anda tahu jawapannya

*Sebenarnya semua tempat ada org baik dan ada org yg tak baik...

 



\"DS PASTI TUNAI\"

 



Kepala otak-BOTAK 


Ditulis-DIN TWIN

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kesiannya cikgu asri. tapi ye lah org dah mabuk. tak ingat apa-apa dah.
  • 2) Cerita bagus cuma jangan lah guna angka 2 tu..tulis penuh-penuh supaya nampak lagi cantik.

    Nama orang sepatutnya dimulakan dengan huruf besar? atau disengajakan?

  • (Penulis)
    3) 26life:terima kasih atas teguran..akan diperbetulkan nanti

Cerpen-cerpen lain nukilan botak_9444

Read all stories by botak_9444