Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hormat

 

Dafi dan Malik tunggu di sofa. Sekarang, jam tunjuk pukul 1.45 petang. Dafi baca surat khabar yang syarikat beli. Malik buang kutikel sendiri.

\"Sampai bila nak tunggu ni?\" Malik tiup kuku.

Dafi masih baca suratkhabar. Malas betul nak jawab soalan Malik. Asyik tanya soalan yang sama sejak lima minit yang lalu.

\"Aku dah bosan menunggu ni,\" kata Malik tak puas hati.

\"Sabar,\" jawab Dafi dengan tenang. \"Kau kalau nak belajar, kena tengok macam mana aku buat. Benda yang paling penting, kau kena tenang dan sabar.\"

Malik geleng kepala. \"Tapi sejuk betul syarikat ni. Buat aku rasa nak makan.\"

\"Sejuk salah, panas salah. Kau ni dahlah tak sabar, tak bersyukur pula tu. Tunggulah kejap. Baru lima minit. Merungut banyak, macam mana nak berjaya?\" marah Dafi.

Malik mengeluh. \"Tapi memang perlu ke kita tunggu sampai dia habis sembahyang?\"

\"Memang kita nak jumpa dia pun. Kenalah tunggu sampai dia habis sembahyang. Lagipun, orang nak buat ibadah. Biarlah. Benda baik tak elok kita halang.\"

Tiba-tiba tombol pintu surau dipulas. Farid keluar dengan muka yang bercahaya. Tapi, kehadiran Dafi dan Malik di sofa ruang menunggu buat Farid tergamam seketika.

\"Farid bin Abu?\" tanya Dafi.

Farid angguk bagai dipukau.

\"Dah habis sembahyang?\" tanya Dafi lagi.

Farid angguk lagi.

Dafi pangkah nama Farid dalam senarai. Dengan tidak semena-mena, Dafi keluarkan pistol dan tembak tepat ke arah kepala Farid. Farid jatuh tersungkur. Mati di tempat kejadian. 


Innalillahiwainnailaihirajiun (kata penulis).

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa