Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
mereka tahu?!
Gina membuka matanya. Sudah sejam dia menelaah buku di perpustakaan. Otaknya sudah tepu dan penuh sehingga tak boleh menambah lagi memori. Gina akur. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk kembali ke hostel. Hari ini merupakan hari jumaat dan esoknya dia akan berangkat ke kampung tercintanya di pulau pinang. Dia sudah terbayang masakan kampung yang akan disediakan oleh ibunya. Hanya dengan berangan sudah buat dia kecur liur apatah lagi..pabila dia menghidu makan mampu buat jiwanya melayang. Propa Gina.
Semasa dalam perjalanan, Gina seakan tertarik untuk singgah ke kedai serbaneka. Niatnya untuk membeli roti namun hatinya pula membayang magee kari keluaran mamee. Gina pusing ke rak-rak yang menempatkan magee idamannya itu. Hampa! Tiada satupun yang kelihatan. Selesai mengambil barang-barang yang ingin di belinya, di ke kaunter bayaran. Sempat lagi dia berbual-bual dengan cik penjaga kaunter itu.
“ Dik. Magi kari tak dijual lagi ke?” soal Gina.
“ Eh! Ada je la kak. Mungkin akak yang tak perasan kot”
“ Maksud akak magi kari mamee la” terang Gina.
“Dah abis stok. Maaf ye kak. Kedai lain mungkin ada” jawabnya cuba menyedapkan hati Gina.
Gina kempunan. Baginya jika keinginannya tidak dituruti boleh membuatkan dirinya mogok! Dia berjalan di sekitar kolejnya. Melihar kalau-kalau terdapat kedai atau pasaraya yang berdekatan. Tesco? Gina cepat-cepat berlari ke pasaraya itu. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa agar magi kari dijual lagi di sini. Aminn. Kedinginan pasaraya itu langsung tak melemahkan semangatnya. Dia masih melangkah penuh harapan. Sesampai di rak yang menempatkan magi kari yang selalu dilihatnya di binggung. Takde? Gina memanggil-manggil beberapa pekerja di situ. Menanyakan jikalau stok magi masih ada atau tidak. Dan sungguh malang dia hari ini. Kesemuanya menjawab tidak tahu melainkan seorang pemuda lelaki itu. Dia mengatakan bahawa magi itu baru di beli. 12 kotak? Oleh lelaki? Dia terlewat.
Sudahnya, dia merenung kesemua magi yang terdapat di situ dan menyumpah-menyumpah bagai orang gila! Hanya kerana magi kari. Seorang kana-kanak mendekati dirinya. Gina tidak perasan yang dia tahu, keinginannya tak dapat dipenuhi. Ingin sahaja dia menagis di situ. Namun dia punya perasaan malu. Kanak-kanak itu menarik baju Gina agar Gina menyedari kehadirannya. Saat terpadandang kanak-kana itu, Gina merenungnya penuh minat. Comelnya! Pipi putih. Gebu. Hati Gina meronta-ronta mahu mencubit pipi kanak-kanak itu.
“Kakak. Nak gula-gula?\' tanya kanak-kanak itu.
Comelnya suara. “ Boleh juga” jawab Gina. “adik siapa nama? Mana mak?”
“Nama Aiman. Mama kat situ” dia menjawab sambil menunding ke arah perempuan yang sedang ralit membelek susu nestum. Mungkin ngin meneliti tarikh luput.
“Nah. Tapi tadah tangan dulu” sambil tersenyum Aiman berkata.
Gina menuruti kata Aiman.dia menadah tangan. Gula-gula kopikosudah selamat mendarat di tangannya. Sweet betul budak ni.
“Terima kasih” jawab Gina sambil mengusap kepala Aiman. Aiman tersengih malu-malu.
Gina terbaring di katil. Gula-gula kopiko itu dikeluarkan dari koceknya. Gina tersenyum senanng. Aiman. Harap-harap dapat jumpa lagi! Tubuhnya yang melekit dengan bau peluhnya. Busuk! Kutuk Gina. Tanpa membuang masa dia menyambar towel mandinya dan menuju ke bilik air. Aroma lavender yang jadi kegemaranya terbau-bau di tubuhnya. Wangi!
Tiket bas yang di beli seminggu lalu terletak elok di meja tulisnya di selit di buku. Gina mengemas meja belajarnya sebelum menyiapkan asignment yang diberi oleh Puan Habsah. Due date makin hampir. Dia tak mahu didenda lagi. Itu janjinya. Sedang Gina tekun menyiapkan asignment, telefonya bergetar menandakan mesej masuk. Gina buat tidak peduli. Dia mesti menyiapkan hari ini jugak! Tenaga dikerah hingga ke tahap maksima.
Assalamualaikum gina! Kau kat mana ni? Hari ni kan kau dah janji nak lepak kat kedai mamak?!
Gina betul-betul terlupa! Dia menepuk dahinya. Dia meneliti pakaiannya. Perfect! Sweater dan wallet cepat-cepat di capai. Harap-harap Warda tak memarahinya.
Maaf! Aku siapkan asignment tadi. Aku sampai kat sana dalam 10 minit. Cau!
Gina meghidupkan skuternya dan menderum laju membelah kegelapan malam. Kedai mamak di tuju secepat mungkin. Bayang Warda di cari di seluruh kedai mamak itu. Tiada? Satu mesej masuk di telefonya.
Jumpa aku kat padang bola. Tengok siaran langung perlawanan bola
pukul 10 tengah malam ni? Gila ke apa kawan aku ni? Fikir Gina. Lantaklah, janji warda tak marah kat aku. Itu pun dah melegakan hati aku.
Dia dan Warda menapak di padang bersama-sama pelajar-pelajar kolejnya hingga perlawanan selesai. Senior yuki yang kacak dengan pakaian sukan melangkah menghampirinya. Kenapa?
Aku ada buat salah ke?
“Watashi no chisana Gina wa kuru. Watashi anatano tame ni nanika o motte ita kitaru. (my little Gina, come. I had something for you). Tapi, kena tutup mata ye”
“Anataga nozomu yo ni (As you wish)”
Gina mula menutup matanya dengan kain hitam. Kejutan apakah yang mahu diberikan kepadanya? Nak kasi kereta honda city dia ke? Walauapapun, gina masih tak pasti kenapa senior yuki berkelakuan begini. Dan dia hanya menuruti bagai lembu dicucuk hidung.
Senior yuki membuka penutup mata Gina. “Ima anata no me o hiraku (open your eyes now)” pelahan-lahan matanya di buka. Seakan ada sinaran yang menyilau pandangan matanya. Cahaya itu di fokuskan hanya untuknya. Gina cuak. Senior yuki nak buat apa sebenarnya ni? Lamar aku? Bagus jugak. Sengih Gina.
Senior yuki memetik jarinya dan saat itu paket-paket magi kari jatuh dari atas seperti salji gamaknya! Apakah semuanya ini? Gina mengutip beberapa paket yang sempat di gapainya. Ting! Jam di menara kolejnya berbunyi kedengaran sampai di padang. Hebat! Sempat Gina memuji. Batch dari persatuan musik mula memetik gitar dan menyanyi lagu kegemarannya dan bila esok oleh kumpulan sofaz.
Kilauan cahaya yang menumpu pada Gina mula beralih arah. Pada suatu tempat yang gelap. Taraaa! Magi kari? Yang sudah dimasak terhidang di meja itu. Gina telan liur. Dia tergoda kerna itulah makanan segera yang dicarinya tadi. Hampeh! Rupa-rupanya diorang yang beli!
“opss! Happy birthday Gina” jerit senior Yuki dan penonton bola sepak tadi. Saat itu Gina hanya mampu senyum tak terkata. Mereka tahu?!