Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Ayat-ayat Ibu
Bina ayat berkenaan dengan perkataan IBU yang berikut. Kamu hanya ada 10 minit sebelum saya talipon ibu kamu agar datang mencubit kamu, tau!
IBU SUSU
Saya tidak dibenarkan berkahwin dengan anak lembu yang dimiliki oleh bapa saya, sebab ibu lembu itu merupakan ibu susu kepada saya.
2.IBU BAPA
Jamdol tidak pernah menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ibunya, walaupun secara sembunyi-sembunyi.
3.IBU ROTI
Semenjak melahirkan beliau, ibu Roti sering demam-demam dan mabuk-mabuk. Roti ialah seorang anak yang baik kerana sering menjaga ibunya di rumah.
4.IBU AYAM
Saya sering menangis mengenangkan ibu ayam peliharaan saya yang mati digilis keretapi setahun yang lalu.
5.IBU TUNGGAL
Pendekar Harimau Petir akhirnya ditewaskan oleh Pendekar Sayur Kerabu dengan Jurus Ibu Tunggal Petir peringkat 18.