Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Show your support for siapakah ramli?, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

siapakah ramli?

 

 

Nama aku ramli. Aku cuma budak kampung. Nama aku pun nama kampung. Aku pun tak suka nama ni sebab nampak kolot dan tak urban. Tak elegan. Aku malu dengan nama aku. Sekarang aku darjah enam.

Pagi  tadi ada perlawanan bola sepak final antara sekolah aku dengan sekolah lain. Aku jadi wakil sekolah untuk team sekolah aku. Aku main posisi penyerang. Posisi paling glemer sekali.

Team kami menang 2-0 sebab aku sumbat dua gol. Aku bangga. Semua orang dekat sekolah puji aku -- kawan-kawan aku, cikgu-cikgu aku. Kecuali girlfriend aku sebab aku tak ada girlfriend lagi. Mungkin sebab nama aku ramli agaknya budak-budak perempuan malu nak ada boyfriend nama ramli.

Aku ingat lagi gol pertama tu macam mana aku score. Aku bawa bola sorang-sorang dari gol team aku naik ke atas ke gol team lawan. Aku tak hantar bola tu dekat sapa-sapa pun sebab diorang tu macam haram tak reti langsung main bola tapi aku hairan pasal apa cikgu ambil diorang jadi wakil sekolah. Mungkin mak bapak diorang dah bagi rasuah dekat cikgu untuk naikkan nama anak diorang.

Aku gelecek sorang-sorang pemain lawan. Rasa senang sangat. Aku rasa aku tak layak main peringkat sekolah rendah. Mungkin aku dah layak main peringkat piala dunia. Pele pemain brazil tu pun dulu main dekat piala dunia masa umur dia 16 tahun. Aku yang umur 12 tahun ni tak mustahil boleh main piala dunia cuma masalahnya Malaysia tak pernah layak dan bilalah entahnya nak layak masuk piala dunia. Itulah isu paling besar yang aku fikir setiap kali aku jaga dari tidur.

Oh ya, lepas aku gelecek sorang-sorang dari bawah sampai atas padang tu, aku sekarang dalam situasi satu lawan satu dengan keeper team lawan. Selamber je aku kuis bola dengan hujung kaki aku, kemudian bola tu bergolek perlahan masuk celah kelangkang keeper sebelum masuk dalam gol. Keeper tu pula terkapai-kapai macam orang lemas sebelum dia bergolek-golek jatuh masa cuba save bola padahal bola tu cuma bergerak perlahan macam kura-kura.

Gol kedua pula tak payahlah aku cerita sebab aku malas nak cerita. Takut-takut nanti bertambah riak aku.

Lepas habis perlawanan tersebut, kami pun terima pingat, terima piala, julang piala dan tangkap-tangkap gambar. Aku dapat piala special sebab aku dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan merangkap penjaring terbanyak.

Aku pun balik ke rumah dengan piala tu. Aku tunjuk dekat mak aku piala tu siap baeritahu dia aku sumbat 2 biji gol. Tapi mak aku tak puji aku sebab dia tak boleh bercakap. Sebab dia demam panas, mengakibatkan dia sakit tekak, bibir mengelupas dan ada ulser yang banyak dekat bibir dan lidah dia. Jadi kalau dia bercakap juga dia akan sakit dan menggelupur.

Aku tunggu bapak aku balik. Akhirnya bapak aku balik petang tu. Belum sempat dia masuk rumah aku dah meluru keluar bawa piala tunjuk dekat dia seraya berkata dengan eksaited dan gembira alang kepalang: “Bapak! Bapak! Tadi ramli score 2 bijik gol!”.

Entah apa bahana yang menimpa bapak aku mungkin dia datang haid dan kena segugut kot dia pun tengking aku: “Anak jiran sebelah tu score 8A tau!!”.

Lepas tu bapak aku tak tengok muka aku dia terus masuk dalam rumah. Aku sedih dan marah yang teramat-amat sebab bapak aku tak puji aku apatah lagi menghargai aku. Yang kena tengking tu paling aku tak tahan tu.

Dalam pada tu aku turut menyimpan dendam dekat Amin anak jiran sebelah tu sebab dia score 8A. Mananya dia tak score 8A sebab dia tu anak guru besar sekolah menengah. Kompem-kompem bapak dia bagi dia soalan bocor masa PMR tu.

Aku pulak macam mana aku nak score 8A sebab aku baru darjah 6. Paling tinggi aku boleh score 5A je sebab UPSR maksimum ada 5 subjek. Lagi pun aku tak ambik UPSR lagi pun macam mana pulak bapak aku nak presume aku ni bodoh.

Dipendekkan cerita bila dah besar panjang aku jadi seorang pemain bola sepak professional yang hebat. Pengurus Manchester United alex ferguson beli aku untuk main dekat liga inggeris. Tahun itu dan malam itu team Manchester United dapat masuk final champions league lawan team Barcelona.

Aku macam biasa jadi penyerang utama dan skripnya macam biasa aku score 2 biji gol untuk team Manchester united. Waktu tu dah minit-minit terakhir sebelum perlawanan berakhir dalam masa tambahan. Kedudukan gol waktu tu ialah Manchester united 2 -- Barcelona 1.

Semua orang dah anggap Manchester united kompem menang match tu. Tiba-tiba seminit sebelum match habis aku tersumbat gol sendiri.

“Haram jadah betul!!” Aku jerit maki hamun dalam hati. Aku rasa macam dunia nak kiamat dowh! Kedudukan berubah jadi Manchester united 2 – Barcelona 2.

Dipendekkan cerita yang dah jadi panjang ni, perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti. Takdir tuhan mengatasi segala-galanya. Aku gagal score penalty menyebabkan team Manchester united kalah tertonggeng tahun tu.

Lepas perlawanan alex furgeson marah yang amat dekat aku. Dia dirasuk iblis sampai dia tergamak baling kasut boot terkena dahi aku sampai berdarah masa dalam bilik persalinan.

Sebab aku marah yang teramat dekat alex babi haram jadah tu aku pun berhijrah main bola sepak di sepanyol dalam team real Madrid. Kemudian aku berhijrah pula ke amerika syarikat bermain untuk team LA galaxcy.

Aku tak pernah balik ke Malaysia sejak pindah ke sepanyol dan amerika syarikat. Yang aku tahu dari adik aku melalui facebook, bapak aku menangis 2 kali kat rumah masa tengok live final match Manchester United lawan Barcelona.

Pertama bapak menangis kegembiraan sebab aku score gol yang dianggap “winning gol” oleh seluruh dunia. Kedua bapak menangis kesedihan sebab aku jadi symbol kebodohan iaitu penyebab tumbangnya Manchester united dek sepak bola tak masuk gol masa penalty.

Dalam iklan TM dekat Malaysia tu diorang tunjuk bapak aku menangis sekali je iaitu masa aku score “winging goal” tu. Iklan tu pun aku tengok dekat youtube je.

Sejak aku berpindah ke sepanyol aku rasa malu yang tersangat-sangat sebab jadi  punca kekalahan team Manchester united dulu. Yang demikian menjadi sebab aku tukar nama aku ramli kepada nama ‘Aarony Azizi’. Aku juga nekad membuat pembedahan plastik untuk menghilangkan wajah ramli daripada umat dunia buat selama-lamanya. Sekianlah cerita bohong separa benar aku ini.

Baca perbualan

Show your support for siapakah ramli?, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) teruskan bohong..ha ha
  • 2) haha oke ini sgt rare ni haha
  • 3) parodi..haha

Cerpen-cerpen lain nukilan heylelaki

Read all stories by heylelaki