Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

UFO

 

 

Babak 1:

 

Suatu hari akob duduk di tepi sungai sedang memancing. Sungai tersebut airnya amat jernih letaknya dalam sebuah kampong nan permai. Kerana kebosanan menunggu kailnya disambar ikan, akob menyalakan rokok. Mula-mula habis sebatang, kemudian dua, kemudian tiga. Sehingga batang ke enam tiba-tiba telinga akob terdengar bunyi berdesing.

 

Akob melihat sekeliling untuk mencari benda alah apakah yang membuat telinganya berdesing. Tiba-tiba satu objek muncul di langit tak berapa tinggi pun dari tanah. Benda tersebut terapung-apung atas kepala akob. rupanya bunyi berdesing itu adalah bunyi injin benda tu.

 

“UFO!! Tidak syak lagi!”, Akob menjerit dalam hati.

 

Akob bajet UFO tu akan menyedutnya masuk ke dalam melalui cahaya yang keluar dari bahagian bawah UFO. Akob pun dalam dilema samada hendak lari selamatkan diri atau merelakan dirinya disedut.

 

Dalam masa yang sama terlintas di fikiran akob mungkin dia akan ditembak saja oleh UFO tersebut. Kalau dia disedut pun mungkin dia tidak akan menikmati moment persahabatan dengan makhluk asing dan menikmati pemandangan di angkasa lepas sebaliknya dijadikan bahan ujikaji.

 

Sedang akob dalam dilema tu tiba-tiba akob ditangkap oleh suatu cahaya. Cahaya itu mempunyai kuasa tarikan menarik akob masuk ke dalam UFO. Akob menggelupur terkapai-kapai di udara sebelum jasadnya masuk ke dalam UFO sepenuhnya.

 

 

Babak 2:

 

Akob tersedar. Kepalanya pusing. Dia mendapati dirinya terbaring di atas sofa. Dia mengalih kedudukan daripada berbaring kepada duduk. Tatkala itu dia mendapati pak mail sedang berada di hadapannya sedang duduk di atas sofa yang satu lagi.

 

“Pak mail… dekat mana ni? Tadi UFO culik aku”, kata akob sambil mengusap-ngusap kepala.

 

“Rileks bro. Lu selamat je. Nah minum kopi ni”, balas pak mail dengan slanga mat rocknya.

 

Akob menyambut kopi pak mail dan melihat sekeliling. Dia mendapati mereka berada di dalam sebuah ‘bilik’ berdinding besi.

 

“Kita kat mana ni pak mail?” akob bertanya lagi dengan courious.

 

“Rileks la, lu dalam UFO gua sekarang ni!”. Terang pak mail dengan selamber rock.

 

“Biar betul pak mail ada UFO!!! Fuyyoooo!!”. Akob berteriak separa tak percaya dan separa excited.

 

“Bro, lu datang sini tengok luar tingkap”, arah pak mail kepada akob yang masih confious. Akob pun bangkit menuju ke tingkap dan melihat ke luar.

 

“Wadefak pak mail!!! Takkan kita kat outerspace kot!!! Banyak giler bintang kat luar ni!!!”. Akob terkejut beruk sehingga terhamburkan kopi yang dia minum tadi.

 

“Shit doh lu ni!! Habis kotor tingkap UFO gua!”,  marah pak mail sambil melempang belakang kepala akob.

 

 

Babak 3:

 

“Kau tahu akob, 20 tahun aku buat research dan usaha buat UFO mini ni dalam bangsal dekat ladang aku. Takde siapa pun tau. Semua barang-barang UFO ni aku kutip dekat tempat lupus sampah aje. Sapa kata anak Malaysia tak bijak?”, ujar pak mail dengan bangga sambil tersengih-sengih nampak giginya yang rongak hitam.

 

“Tu la pasal….”, jawab akob pendek.

 

“Kenapa pak mail sedut saya tadi?”, soal akob kemudiannya.

 

“Saje je bro. boring tau tak kalau naik UFO sorang-sorang kat angkasa lepas ni”, pak mail menerangkan.

 

Pak mail terus menekan punat-punat dan mengendalikan joystick pada dashboard UFO lalu UFO pun memecut laju.

 

Fuh laju gila!! Kita nak pegi mana ni? Soal akob.

 

“Rileks la, gua saja nk test power UFO gua ni… lu tau tak kita tengah bergerak dengan kelajuan cahaya ni!!, jelas pak mail dengan eksyen.

 

 

Babak 4:

 

Lebih kurang 15 minit UFO pak mail meluncur dengan kelajuan cahaya tiba-tiba UFO pak mail meragam. Lampu dalam UFO terpadam. Akob dan pak mail panik macam kena sakat dengan hantu mak lampir.

 

“What the hell is going on pak mail???”, jerit akob seolah-olah digigit hantu mak lampir.

 

“I don’t know! tapi minyak UFO ni ada lagi! Pegang kuat-kuat akob. Gua rasa nak terhempas ni!!”, jerit pak mail panik.

 

 

Babak 5:

 

“………. Selepas pasukan kami mendaratkan kapal angkasa NAST-46 di permukaan planet GH5, kami keluar dengan mengendalikan kenderaan robot NAST-7 yang dibawa bersama untuk mengutip sampel planet untuk kajian. Lebih kurang 200 meter kami bergerak kami terperanjat apabila menjumpai sebuah objek yang mana menurut penglihatan kami adalah sebuah “kapal angkasa mini”. Kami telah memaklumkan kepada unit kawalan di bumi dan mendapat arahan untuk menyiasat lanjut objek tersebut. Menurut siasatan objek tersebut telah terhempas dengan kelajuan yang tinggi berdasarkan kesan seretan permukaan planet, selain keadaan objek yang remuk dan lerai dengan teruk sekali. Kami menjumpai 2 rangka manusia tanpa sut angkasawan pada bangkai objek tersebut. Turut dijumpai ialah 2 unit gelas, 1 unit cerek elektrik, sepeket kopi cap “kapal api – betul-betul kaw” yang sudah terbuka, dan 1 set sofa. Berkenaan 2 rangka manusia yang dijumpai identiti mereka telah dikenalpasti melalui kad pengenalan yang dijumpai dalam dompet mereka iaitu ismail bin bob marli dan yaakob bin endot. Berdasarkan dokumen tersebut kedua-duanya ialah warganegara Malaysia. Sebab kematian mereka adalah dipercayai akibat hentaman kuat semasa objek terhempas berdasarkan kesan retak di tengkorak. Kalau diorang masih hidup lepas terhempas pun nescaya diorang mati sebab tak ada udara nak bernafas. Gambar-gambar  telah diambil dan bangkai objek dibawa balik ke bumi untuk siasatan lanjut. Cadangan kami supaya penemuan ini dirahsiakan dari pengetahuan umum kerana sejarah bakal ditulis semula sekiranya dunia tahu rakyat Malaysia adalah orang pertama yang dapat menjelajah ke galaksi selain galaksi bimasakti dan menemui planet GH5.”

 

Sekian laporan saya.

 

Disediakan oleh:

 

(tanda tangan)

 

Mr. Gegeh G. Gagap (cucu cicit Lady Gaga)

Bertarikh pada 2 oktober 2080.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan heylelaki

Read all stories by heylelaki